Rindu Andalusia


Ulasan buku ini aku ambil dari blog lama. Diterbitkan pertama kali pada Monday, May 11, 2009 

Aku kemaruk novel sejarah. Sama ada novel sejarah dengan watak yang sebenar seperti Siri novel Sejarah Islam karangan Abdul Latip Talib atau novel yang berlatarbelakangkan tempat dan zaman tercatatnya sesuatu sejarah.
Tajuknya, ‘Rindu Andalusia’ saja cukup untuk menarik minat aku memilih buku ini antara buku2 lain dirak. Ringkasan pada kulit hadapan tertulis
‘Meyingkap penindasan sebuah keluarga muslim di granada setelah empayar muslim runtuh. Porak peranda. Hancur tidak berbentuk..’

TERSENTAP!.. mulanya aku sangakakan ini tentu cerita tentang zaman kegemilangan Islam di Andalusia. Rupa2nya kisah zaman kejatuhan. Manusia memang lebih suka mengingat hal2 yang manis. Berapa ramaikah antara kita yang tahu sejarah pahit manis bangun jatuhnya Islam? Kita tahu Islam pernah gemilang, Islam menaung 1/3 dunia. Tetapi kita(akulah tu) tak begitu ambil tahu perit dan payahnya semasa membangun apalagi semasa meruntuh.

Kemaskini:
Sebelum ini aku baca Tariq bin Ziyad – Di Andalusia (Sepanyol) – Syahid atau menang. Itulah awal Islam datang ke Andalusia. Dan buku ini adalah saat akhir Islam tumbang.

Kisah Rindu Andalusia bermula dengan Boabdil el Chico ‘menggadai’ rakyatnya dan kunci2 kota AlHamra melalui perjanjian terbuka dan rahsia dengan raja dan ratu Katholik. Raja dan pemimpin berpindah dengan selamat manakala rakyat ditinggal kekeliruan. Dengan itu bermulalah kerumitan dan penderitaan umat Islam Granada. Bermula dengan perampasan masjid, pembakaran kitab hinggalah pemaksaan menganuti Agama Kristian yang akhirnya menjadikan amalam Islam bahkan bercakap dalam bahasa arab pun adalah satu jenayah! Seolah2 lahir sebagai seorang Arab adalah satu dosa! Tragedi demi tragedi dari pembakaran kitab hingga ke pembakaran manusia hidup2 sebagai hukuman. Sesungguhnya iman menuntut bayaran yang mahal sekali waktu itu. Ramai yang bertahan, ramai juga yang kecundang.

Ceritanya sekitar kehidupan keluarga Abu Jaafar;Ummu Jaafar, Ummu Hassan, Saleemah, Hassan. Kisah keluarga itu berkembang dengan kehadiran Abu Mansour, Naeem, Said dan Mariama. Kisah pertemuan, perpisahan, percintaan dan perjuangan. Kisah2 meruntun jiwa, mereka menduakan muka. Mereka menyembunyikan iman, bahasa, budaya malah kitab-kitab untuk ‘kebenaran’ terus hidup dikampung sendiri. Malah mereka rela dibabtiskan, bertukar nama dan mengunjugni gereja saban minggu. Bermacam2 perasaan timbul ketika kembara buku ini. Kadang cemas, kadang suka, kadang geram, kadang gelihati, kadang sedih, kadang hairan, kadang kecewa.

Buku ini berakhir dengan tragedi. Bukankah tragedi ‘runtuhnya’ Islam masih berlangsung hingga sekarang?

Buku ini adalah terjemahan versi Bahasa Indonesia. Pengarangnya ialah Radwa Ashour, seorang profesor kesusasteraan Inggeris di Mesir. Membacanya perlu sedikit sabar, keterangan suasana terutama rekabentuk bangunannya agak terperinci. Oleh kerana ia asing bagi kita jadi susah sedikit untuk dibayangkan. Bertuah aku kerana Jawaku, maka perkataan2 seperti bocah, jagal,sabuk,sumpek tidak janggal bagi aku. Namun banyak juga perkataan yang asing. Makanya sila rujuk pada glosari dimuka2 penghabisan. Mudah-mudahan kesabaran engkau berhasil dan mudah2an engkau akan dapati kesabaran itu angat berbaloi.

 

Advertisements

2 thoughts on “Rindu Andalusia

  1. salam,

    nurulhawa, di dbp ada 3 jilid buku, lepaskan aku kembali ke laut oleh shaari isa. novel ini pernah dipindah ke kaca tv (walau kurang memberi emosi seperti membaca novel, paling tidak produksi ke tv terhasil). tak ramai yang menganggap novel sejarah ini satu karya popular, tapi saya sarankan nurul baca. barulah kita tahu tentang perkembangan tanah melayu dengan tokoh-tokoh dunia nyata yang terlibat di dalamnya. tak dapat saya bayangkan watak utama kazman dapat masuk ke dalam seri carcosa dan melihat fail-fail sulit british di bawah pimpinan sir donald mcgillivray.

    watak izma (kakak kazman) menganggap wajah salah satu patung di tugu negara benar2 iras kekasihnya leftenan usmal yang dibunuh chin peng. itu membuatkan saya ingin sekali melawat tugu negara.

    cubalah baca. ada cerita tun dr mahathir ketika menjadi doktor mengayuh basikal (tahun 50an) dan berkerjasama dengan kazman (yang menjadi guru di langkawi) membangunkan kampung di langkawi dan penduduknya.

    saya belajar banyak dari buku ini.

    -nota lala-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s