New Zealand 1: Chirstchurch berkata, Selamat datang gadis manis ;)


Akhirnya setelah lebih kurang sebelas jam berada di dalam pesawat, kami pon mendarat di Lapangan Terbang Chirstchurch lewat setengah jam dari waktu yang dijadualkan. Ketika kapal terbang merendah, dari tempat duduk kami di barisan tengah, kami mengintai-ngintai tingkap pesawat. Nanti, sebenarnya bukan tingkap pesawat yang kami intai, kami intai paparan kamera orang yang mengambil gambar dari tingkap pesawat. Pemandangan pergunungan membuat keterujaan kami membuak-buak.

Pelepasan imigresen dibuat secara berkumpulan, sekaligus kami berempat. Pegawai imigresen dengan senyum ramah menanyakan beberapa soalan seperti adakah kami datang untuk melancong atau urusan lain. Dia juga bertanyakan hubungan kami, adakah kawan atau saudara. Adakah kami menyewa kenderaan, apa rancangan kami dan di mana kami akan bermalam pada malam itu.

“Rakaia George” ujarku.

“Maafkan saya” dia memandangku keliru.

“Rakaia George”  aku mengulangi. Tapi pegawai imigresen masih keliru. “Sebuah tapak perkhemahan di Rakaia George” jelasku lagi.

“Oooo… iya, Rakaia Gorge” Dia menyerahkan dokumen-dokumen kami. “Semoga kamu menikmati percutian yang hebat!” ujarnya. Tak lekang dengan senyuman.

Kami mengucapkan terima kasih dan berlalu. Seperti yang di sepakati, hanya aku dan Yatt akan membuat pengistiharan kastam manakala Abid dan Nott akan bergerak dahulu untuk mencari pek talian talifon pra-bayar, mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dari kaunter i-site dan memaklumkan syarikat sewa kereta supaya menjemput kami. Kami berpecah di kawasan pengistiharan kastam. Pada saringan pertama, aku dan Yatt disambut oleh seorang pegawai kastam wanita. Dia bertanyakan apakah jenis barang yang kami mahu ishtiharkan. Aku memberitahunya kami bawa sedikit makanan. Dia mengepilkan borang ketibaan aku dan Yatt lalu menulis food dengan pen marker. Seterusnya kami perlu beratur sekali lagi untuk pemeriksaan rapi. Aku dan Yatt asyik memerhatikan gelagat pengunjung yang membawa pelbagai barang yang langsung tidak terfikir oleh kami. Sepasang suami isteri berbangsa Cina membawa sekotak makanan ringan. Sepenuh kotak TV cembung dua puluh satu inci! Mereka terpaksa kosongkan kotak tersebut dan mengisinya kembali. Pelancong eropah membawa basikal lipat dan pelbagai lagi peralatan. Dalam pada memerhatikan orang  itulah baru kami sedar yang kami perlu mengihtiharkan kasut. Kami membawa beberapa pasang kasut dan selipar. Sebenarnya, selain kami masing-masing menggengong beg sandang belakang, kami juga berkongsi satu beg tambahan yang berisi makanan, kasut, penyangkut baju, barang-barang mandian dan sebagainya. Satu beg ini saja yang kami daftar masuk. Beg sandang kami bawa masuk ke dalam kabin. Itulah cara kami menjimatkan kos.

Aku bergerak semula kebelakang, membawa borang ketibaan untuk memberitahu pegawai wanita di saringan pertama yang kami juga ada membawa kasut. Pegawai tadi dengan senang hati melayani aku. Lovely! katanya sambil menambah Shoes pada borang ketibaan kami.

“Yatt, tau tak apa dia kata?” ujarku yang masih dalam keterujaan.

“Apa?”

“Dia kata Lovely!”.

“Terharu sangat dia dengan kejujuran akak”. Yatt turut ketawa.

Imigresen dan kastam di sini tak lah seteruk yang aku bayangkan. Walaupun pemeriksaan agak ketat namun jika kita mengikut peraturan, semuanya akan berjalan lancar.

Akhirnya giliran kami sampai. Kami mengeluarkan barang-barang yang mahu diistiharkan. Pegawai kastam cuma bertanya apa yang ada dalam bekas makanan.

“Chilli Anchovy” jawab Yatt.

Sebenarnya, satu bekas lain berisi kuih siput sira pedas, tetapi oleh kerana kedua-dua bekas berbungkus oleh beg plastik ia kelihatan serupa – isi dalamnya tidak kelihatan. Selain itu kami membawa beberapa buku roti dan mi segera. Tiada masalah membawa makanan kecuali produk daging dan tenusu sahaja yang tidak dibenarkan. Oleh itu kami tidak membawa bancuhan minuman segera dan mee segera perisa ayam. Kasut-kasut kami yang bersih dan berbungkus dalam beg plastik, cuma dipandang sekali lalu saja oleh pegawai kastam. Sebenarnya selain kasut, alatan sukan dan apa-apa yang mungkin mempunyai kesan tanah perlu diisitiharkan. Kami dilepaskan dengan senyuman. Seterusnya kami perlu ke mesin pengimbas pula. Seorang petugas membantu menyusun beg-beg kami di atas rel dan menyuruh kami menunggu di hujung mesin. Selesai semuanya, aku dan Yatt menolak troli keluar menjejak Abid dan Nott.

“Ehhh…..” aku terkejut melihat pintu keluar cuma beberapa meter dari tempat kami berdiri.

“Kenapa?” tanya Yatt

“Sekecil ini saja? Tak sangka” ujarku. Yatt ketawa kecil.

“Yalah, kita pon bayangkan tempat ni besar”. Yatt, bila bercakap dengan aku atau Abid membahasakan dirinya kita, tapi kalau bercakap dengan Nott dia membahasakan dirinya aku.  Ini kerana dia sebaya dengan Nott dan lebih muda dua tahun dari aku dan Abid. Dia memanggil aku Kak Awa. Tapi Nott sebaliknya beraku kau dan memanggil aku dengan nama saja. Yatt aku kenali ketika masih belajar. Aku dan Nott mula berkawan ketika bekerja di tempat yang sama lapan tahun dulu. Aku yang mempertemukan mereka.

Ramai orang berlegar-legar di ruangan itu. Abid dan Nott berdiri di sisi kiosk syarikat telekomunikasi berdekatan pintu keluar, berborak-borak sambil menunggu kami.

“Macam mana?” Ujarku sebaik saja mendekati mereka.

“Mahal! lapan puluh dolar untuk kad pra-bayar saja, belum masuk pelan data lagi” ujar Nott. Setelah berkira-kira kami berkeputusan untuk tidak membeli kad pra-bayar. Aku melihat segugus broshur dan pamplet pelancongan di raga troli. Tentu mereka dapatkan di i-Site.

“Sekejap lagi orang kereta sewa akan datang jemput. Kita kena tunggu di luar sana” Abid menunjuk tempat menunggu di luar bangunan. Cuaca kelihatan baik. Kami berpecah semula. Abid dan Nott pergi membeli kopi, Yatt ke tandas dan aku ke i-Site. Aku mahu menanyakan lokasi pejabat DOC. DOC bermaksud Department of Conservation atau dalam bahasa Melayu bermaksud Jabatan Perhilitan. DOC New Zealand menyelenggarakan kawasan-kawasan trekking, tramping dan juga perkhemahan. Di i-Site ada segala macam brosur pelancongan. Tetapi semuanya bersifat komersil. Tak ada peta kawasan yang lengkap.

Selesai mendapatkan maklumat tentand DOC, aku dan Yatt bergerak ke luar menyusul Abid dan Nott. Beberapa van syarikat sewa kereta beratur menunggu penumpang. Van yang sepatutnya membawa kami hampir penuh ketika kami tiba. Cuma ada dua tempat kosong. Oleh kerana Abidlah yang telah menguruskan urusan sewa campervan, aku dan Yatt mengalah dan melepaskan Abid dan Nott di bawa dahulu. Jam hampir menjejak 3.30 petang. Matahari memancar dan hawa tidak begitu sejuk. Mungkin sekitar 20 darjah celcius.

Di pejabat Jucy, beberapa kumpulan pelancong menunggu giliran untuk mendapatkan kereta sewa masing-masing. Hanya kami orang Asia. Seperti kanak-kanak yang tersesat di kawasan orang dewasa. Kami menunggu giliran untuk dipanggil sementara dokumen kami diproses. Aku duduk bersama Yatt, menghadap dinding kaca telus cahaya. Pemandangan kami lepas ke luar bangunan, memerhati kereta datang dan pergi. Para penyewa kereta pulang dengan kereta kotor dan berdebu dan para penyewa baru pergi dengan kereta yang bersih berkilat. Kami tertanya-tanya bagaimanalah rupanya Jucy Condo yang kami sewa.

Yatt mencuit aku, “Itu ke campervan kita?”

Sengih lebar Yatt melihat van Toyota Hi-Ace yang lebih tinggi bumbungnya diletakkan betul-betul berhadapan dengan kami. Enzim jakun merembes. Tak tunggu-tunggu lagi aku dan Yatt terus keluar meninjau-ninjau campervan tersebut. Sempat juga bergaya ala-ala model campervan.

“Masih tak dapat la nak bayangkan macam mana kita nak tidur dalam ni” kata Yatt sambil mengintai dari cermin belakang. Kakinya terjengket kerana van itu agak tinggi.

Nott tiba-tiba muncul memanggil kami masuk untuk menandatangani dokumen sewaan. Selepas itu seorang pekerja, Clara, mengiringi kami ke campervan yang bakal kami gunakan untuk 10 hari mendatang. Kami diberikan taklimat dan tunjuk cara bagaimana menukarkan kerusi menjadi katil, menyimpan barang berharga, menggunakan dapur gas, peti sejuk, sinki dan menyambung bekalan eletrik ke van. Nampaknya kami telah salah faham sebelum ini. Kami sangkakan campervan mempunyai simpanan tenaga eletrik yang boleh digunakan untuk menghidupkan alat pemanas dan sebagainya. Bateri dalam campervan cuma boleh digunakan untuk peti sejuk, lampu, pam air ke sinki ,set tv-pemain DVD dan radio. Untuk menggunakan alat pemanas dan mengecas bateri talifon atau kamera, van perlu mendapat bekalan elektrik sebenar. Ah, nampaknya kami akan mengalami masalah. Mengikut perancangan, kami mahu bermalam di kawasan perkhemahan komersil dan kawasan perkhemahan DOC berselang malam. Tiada bekalan eletrik di kawasan perkhemahan DOC. Itu bererti kami akan tidur dalam kesejukan. Jika kami bermalam di kawasan perkehemahan komersil setiap malam bermakna bajet kami untuk penginapan akan meningkat kira-kira tiga puluh peratus. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami.

Sebelumnya, aku telah siap sedia mengambil wuduk ketika menunggu urusan kereta selesai tadi. Ah, sungguh kebetulan yang baik, kedudukan kiblat membolehkan kami solat di dalam van. Aku segera mengambil tempat untuk solat manakala mereka bertiga bergilir mengambil wuduk. Barang-barang di kemas sekadarnya, kami telah sedia untuk memulakan perjalanan. Jam sudah menghampiri jam lima petang. Aku mengubah rancangan, batalkan niat mencari pejabat DOC. Dengan bantuan GPS yang Abid muat turun di talifonnya, kami bergerak meninggalkan Christchurch menuju ke destinasi pertama kami , Rakaia Gorge.

Advertisements

21 thoughts on “New Zealand 1: Chirstchurch berkata, Selamat datang gadis manis ;)

  1. bes!! teringin nk pegi NZ

  2. salam. akak teruja sgt membaca catitan kembara ke new zealand. boleh tak email kan akak ititenary & details utk mendapatkan semua maklumat yg diperlukan untuk mengembara ke nz dgn mengunakan campervan.
    email kat n.hanidah@gmail.com . terima kasih.

  3. Salam dik..akak pun nak minta tips atau itinerary ke nz.kalau boleh nak round tpat yg adik dah pegi jg. boleh tak? akak plan nak pegi ujung November ni ngan anak2.dan akak nak tanya setakat ni tiket paling murah ke Christchurch brapa ya?

  4. apa nama fb nurul ye? thanks

  5. salam..menarik sgt…baru baca entry kedua..plan nak pegi nz next year. boleh tlg email kat itinerary & details utk semua maklumat kat sana. ini email saya ms.nurisma@gmail.com
    btw..mengembara adalah sesuatu yang menarik…sy pon baru balaik dr aussie..mengembara selama 12hari…seronok dan byk tempat kami explore…and of coz la..unplan location…

  6. Salam Nurul,
    Saya pun plan nak ke nz bersama suami dan anak berusia setahun lebih next yr in shaa Allah. Harap Nurul boleh email saya itinerary juga details. kami mmg nak cuba travel by campervan. kalau boleh bg tips jimat pn sgt membantu. kami pun pengembara berpoket nipis juga! 🙂 hope to hear from u soon!
    email : atiqahidayu83@gmail.com
    Atiqah

  7. salam…saya plan nak ke NZ..bleh x email kan itinerary ?
    terima kasih 🙂

  8. Salam.. Hi.. Boleh tak saya nak dapatkan itenary sbb saya akan ke nz jumaat depan selama 10hari jugak naik campervan. Email saya shafiza.jaafar@yahoo.com

  9. Salam Nurul,
    Saya dan suami akan ke New Zealand October ini. Kami akan menyewa campervan dengan Jucy Rentals. Saya ingin tahu valid tak lesen memandu Malaysia sebab some rentals minta kita translate lesen to english. Email saya – adreen.nordin@gmail.com
    Terima Kasih.

  10. Salam Nurul,
    Boleh tak email itenary kembara New Zealand ni pada saya (jhasnihalim@gmail.com) . Saya plan nak bawa family ke New Zealand. Saya tak pernah drive bila melancong overseas tetapi transport, motorhome & camperan ni banyak yg manual , rasa kekok nak drive sebab dah lama tinggal manual drive ni. Apa pendapat Nurul?

    • Esok saya emailkan insyaallah. Kalau saya lupa ingatkan semula. Mesej saya di page atau email.

      Campervan ada yang auto. Saya sewa auto. Tapi ok je kot walau manual. Kat sana tak de traffic cuma ada jalan yang turun naik bukit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s