Al-kisah lasik dan pengembara yang menjengkelkan


“Wa, kau tak mahu buat lasik?” Tanya kakak tiba-tiba. Aku segera teringat perkongsian facebook doktor mata tersohor masa kini, Dr Muhaya. “Enam ribu lebih, dua-dua belah mata” ujarnya lagi.

“Hmmm…., dengan enam ribu tu kak, lebih baik aku pergi Turki” jawabku acuh tak acuh.

Kakak mengeluh. “Kau buat lasik, lepas tu seumur hidup tak perlu lagi pakai cermin mata. Tapi kalau kau pilih pergi Turki, seminggu saja”

“Enam ribu aku boleh duduk sebulan di Turki!” kataku sambil berlalu keluar dari bilik. Aku dengar kakak membebel entah apa. Maaflah kak, kerana adik mu ini selalu menjengkelkan.

Sebenarnya, aku mahu menyambung jawapanku, tapi aku bimbang aku menjadi lebih menjengkelkan. Mulut ku tahan, cuma berkata dalam hati

[ Kalau aku belanja enam ribu(sebenarnya hampir tujuh ribu) untuk rawatan lasik. Benar, aku tak perlu lagi memakai cermin mata atau kanta sesentuh. Bebas, mudah hidup aku selamanya. Tapi… berapa lamakah selamanya tu? Dengan mata tanpa cermin mata aku melihat, pemandangan yang sama setiap hari, suasana yang sama setiap hari, pengalaman yang hampir sama setiap hari sehingga ia dipanggil rutin.

Kalau aku belanja jumlah yang sama pergi mengembara, walau dengan kaca mata, aku dapat memandang pemandangan berbeza, merasai suasana berbeza, keluar dari rutin dan belajar menyesuaikan diri setiap hari. Aku akan dapat pengalaman, pemikiran dan pelajaran yang nilainya …… sukar dinilai dengan duit.

Lagipun, tidak teruk sangat rabun mata aku ni :). Kalau aku ada dua belas ribu, mahu juga aku buat temujanji dengan Dr Muhaya]

.
.
.
.
.

{ Kalau kau ada dua belas ribu, setelah engkau pulang dari Turki, engkau akan berkata – ah, baiklah aku pergi Andalusia.. tak tertahan rasanya rindu pada Al-Hamra } Kata bahagian diriku yang satu lagi.

Hahaha.. aku ketawa sendiri.

Haya Sofia @ Istanbul

Al Hamra yang kurindui

Al Hamra @ Andalusia

Advertisements

2 thoughts on “Al-kisah lasik dan pengembara yang menjengkelkan

  1. Salam,

    Saya begitu tertarik dgn pengalaman sdri ke NZ, moga dapat dijadikan panduan untuk trip saya tahun depan.

    Berkenaan Lasik, Turki dan Al Hambra, semuanya telah saya lakukan. Betul kata sdri, Lasik tidak akan kekal selamanya. Berdasarkan kepada perbincangan saya bersama pakar mata sebelum menjalani pembedahan Lasik, wpun telah berjaya lakukan lasik, masih ada kemungkinan untuk memakai cermin mata bagi rabun dekat pula kerana selalunya orang yang rabun jauh, apabila usia melewati 40an, ada kemungkinan untuk mengalami rabun dekat, jadi perlu juga memakai cermin mata untuk membaca 🙂

    Turki dan Al Hambra sememangnya perlu dilawati, insya Allah, banyak pengajaran yang kita boleh pelajari.

    Teruskan berkarya.

    • ooo.. kalau macam tu saya tunggu lepas 40 lah baru buat lasik 🙂

      impian saya ke turki dan andalusia mengikut maghribi. angan-angan nak ikut laluan tariq ibn ziyad 🙂

      kalau perlu itinerary, detail budget kembara new zealand pm saya di fb, dengan senang hati saya kongsikan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s