Sultan of Science


Beberapa tahun lepas, aku membaca mengenai 1001 Inventions yang membawa pameran tentang kegemilangan kurun ke-16. Owh… alangkah baiknya jika aku dapat melihatnya. Klik logo untuk ke halaman web 1001 Inventions. 1001 Inventions adalah projek di bawah National Geography

Baru- baru ini, secara tak sengaja aku mendapat tahu tentang pameran “Sultan of Science” di Pusat Sains Singapura. Syukur, semalam sempat aku pergi menyaksikan pameran tersebut. Walaupon pameran Sultan of Science tak sebesar dan sehebat 1001 Inventions, tapi ia sangat menarik. Masa di cadangkan 60-90 minit. Tapi sebenarnya, aku memerlukan lebih.

Tiket: SGD 12 untuk dewasa dan SGD 8 untuk kanak-kanak.

Tempat: Singapore Sains Center.

Kalau nak cerita memang panjang lebar jadi aku kongsikan gambar sahaja. Cerita lebih lanjut sila ke SULTAN OF SCIENCE

Kesimpulannya,

1) Pameran sebegini bagus untuk jati diri. Dan pameran ini bukan untuk anak-anak saja. Sejarah bukan untuk di kenang-kenang sahaja.

2 ) Hmmm…. ramai yang tahu kurun ke-16 adalah zaman emas orang Islam, tapi selain pernyataan itu, apa lagi yang kau tahu? Saintis Islam pernah hebat, tapi sehebat mana? Benar-benar hebat ke? Percaya dan tahu adalah dua perkara berbeza. Maksud aku bila orang beritahu kita Islam pernah gemilang. Kita percaya. Kepercayaan pada pernyataan itu kita sangka adalah pengetahuan, walhal kita tak tahu apa-apa tentangnya.

3) Dasar kepada sains ialah Matematik. Sistem nombor yang di gunakan sekarang iaitu 0-9 adalah ciptaan ilmuan Islam. Hmmm…. bukan kecil dan bukan sikit impaknya. Di kala kita percaya moden = barat, ada banyak yang perlu kita pelajari tentang jati diri sendiri.

At the entrance., Singapore science center
Dinosaur tak ada kaitan dengan Sultan of science hehe

Pakar mekanikal. Banyak replika mesin ciptaannya di pamerkan

Star of the exhibition. Kau tahu apa ini? Ciptaan al Jazari yang paling unik

Atas: mesih wudhu
Bawah: salah satu di antara masin-mesin mekanikal

Masih digunakan hingga sekarang oleh pelayar

Lihat kedudukan bintang untuk menentukan masa. Muslim telah lama menjelajah bumi.

Kapal Laksamana Cheng Ho. Bandingkan saiznya dengan kapal Inggeris tahun 1930-an

Ahli perubatan Islam tersohor

Peralatan pembedahan yang dicipta oleh ahli perubatan Islam, sehingga kini masih digunakan. Peralatan asal lebih cantik dengan motif bunga dan geometri pada permukaannya, manakala peralatan baru lebih ringkas. Mana satu yang lebih moden?

Buku-buku berkaitan sains tulisan ahli akademik Islam

Senibina Islam di Al-Hamra, Andalusia

Advertisements

4 thoughts on “Sultan of Science

  1. berbeza penulisan sekali ini
    apa pun masih menarik.
    bermalam di sana ka?

  2. teringat aku pernah ajak en.somi pergi muzium, pergi zoo. En.somi tny nak tgk apa kat sana? zoo bau busuk. tapi aku aku jawab pasti 1 hari nanti kita mesti bawa anak2. biar mereka kenal apa itu singa, bukan tgk dlm tv saja. apa tu burung kakak tua, bukan hanya pandai nyanyi saja. muzium pulak boleh tgk n tahu bnyk perkara yang belum tentu kita dpt dlm hidup seharian kita.

    • masa diaorg kecikla seronok nak bawa kesana sini. kan. btw, spore science center tu tak jauh pon (tpt kat sg ada ke yg jauh?huhu). dan sangat best utk budak-budak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s