Destinasi bajet dari kaca mata si poket nipis


Malam tadi aku tonton ‘ulangan’ Destinasi Bajet. Lama punya, zaman Qhusairi jadi host. Destinasinya, Pulau Pinang. Bagus rancangan ni, beri panduan untuk pergi mengembara dengan budget yang minimal. Percutian 3 hari 2 malam dengan hanya RM300, tak termasuk tambang pergi ke destinasi tersebut.

Soalannya, berapa bajet mereka punya bajet. Di sini, aku beri sedikit idea, bagaimana nak jimatkan lagi duit RM300 tu.

Bajet yang tak bajet dari kaca mata pengembara berpoket nipis:
(aku tak pernah melancong gaya poket tipis ke Penang, ini cuma anggaran secara umum saja)

1. Naik teksi dari perhentian bas express ke KOMTAR – RM5

tet!! naik teksi adalah pilihan terakhir untuk pengembara berpoket nipis. Tambang teksi RM 5, maksudnya KOMTAR tu tak jauh mana pon. Kalau naik bas awam pon mungkin tak lama. Aku anggarkan tambang sekitar RM1 -2.

2. Pergi seorang diri tapi sewa bilik berdua – RM 70×2 malam = RM140

tet!! pergi seorang diri. Penang.. hmm.. duduk asrama sajalah. Satu katil berharga sekitar RM30 saja. Biasanya ada dapur dan mesin basuh. Jadi boleh duduk lama sikit tanpa bawa banyak baju. Kepada yang suka kumpul kawan, asrama macam ni adalah tempat terbaik. Macam-macam warna ada.

3. Pakej wisata setengah hari

tet!! orang Malaysia, berjalan di Malaysia pon nak pakai pakej bagai. Biasakan buat kajian sikit sebelum ke mana-mana destinasi. Tanya kawan atau ikuti mana-mana kumpulan FB berkaitan dengan melancong mewah ataupun bajet. Cari la maklumat di halaman web Tourism Malaysia. Buat apa mereka belanja besar-besar dari duit pembayar cukai kalau kita tak guna kemudahan tu. Pokok pangkalnya jangan malas belajar. Biasanya kos pakej adalah dua kali ganda dari kos pergi sendiri. Lagipon, masa terhad bila ikut tour ni. Dan tempatnya pon sudah ditentukan, mungkin ada yang kita suka ada yang kita tak berminat.

Kalau duduk di asrama, kadang-kala mereka ada sediakan servis ini. Pakej wisata ni biasanya lebih murah jika pergi ramai-ramai. Jadi cari kawan di asrama tu, atau selit sajalah kalau ada orang lain yang pergi. Jimat kos.

Dengan duit yang dijimatkan tu, boleh tambah satu atau dua malam lagi atau beli buah tangan untuk mak dan buah hati.

Berjalan-jalan dalam negara, hal yang susah nak jimat ialah makan. Kalau ke negara lain tu, nafsu makan terkawal sikit sebab halal dan harga. Tapi di Malaysia ni, memanglah paling seronok aktiviti jalan-jalan cari makan.

Okey.. sesiapa ada idea lain, di jemput kongsikan di ruangan komen đŸ™‚

….. ada syarikat penerbitan yang tersesat di sini dan nak ambil aku jadi penulis  rancangan Destinasi Poket Nipis? hehehe

Advertisements

2 thoughts on “Destinasi bajet dari kaca mata si poket nipis

  1. Teruja bce blog2 pengembara..start 2 3taun lpas ati da tergerak utk pg mengembara..cme byk hal yg jd halangan..alangkah indah klau ada pengembara2 dluar sana turut mengundang sy utk sertai pengembaraan hebat mereka..nak tggal kn dunia yg terkongkong ni..nk cr ketenangan dan kebebasan dluar sne..hdup 24jm dlm tembok btu sedangkan dunia ini pnya la indah dan unik utk dterokai..
    #plz anyone,, bawa aku pergi..pacu laju2 kita lari dari realiti…

    • bukan tujuan mengembara untuk lari dari realiti hidup sebaliknya salah satu tujuannya adalah untuk belajar tentang realiti hidup.

      Sementara belum mampu berkembara, banyakkan membaca. seringkali orang yang banyak membaca dan tak malas berfikir lebih luas fikirannya dari orang yang mampu pergi banyak destinasi tapi tidak berfikir dan hanya bersuka-suka.

      Saya mohon maaf, saya tak mampu membawa setiap orang yang meminta. Saya doakan suatu hari impian awak akan terlaksana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s