Cik kasut, bertahanlah sebulan lagi


Cik kasut, bertahanlah sebulan lagi

Tapak kasut aku dah haus. Licin. Beberapa kali hampir tergelincir, JBCS pulak baru tukar lantai. Aku ni jenis pandai pakai sepasang kasut je walaupon aku ada banyak kasut. Bajet bulan ni nak beli kasut baru.

Semalam aku menyertai k-Fiqh. Biasalah, mesti ada gerai buku. Aku tak cari buku-buku yang biasa ada di kedai atau di kedai maya. Aku cari buku rare. Memang banyak jumpa, tapi macammana boleh terberkenan dengan yang paling mahal.>,<|||

Dekat 15 minit aku dok pegang letak pegang letak… pusing2 ke buku lain balik semula, pegang letak, pegang letak. Tenung-tenung sampai nak tembus. Timbang pakai dacing, buat kira-kira sikit ….. tarik nafas panjangggggggggggggg… aku angkat dua buah buku ni dan beri pada si penjual. Senyummm saja dia lihat aku. Mesti dia kata – nasib baik kau beli juga akhirnya, tanya macam-macam bukan main lagi kau ya!

Buku atas terjemahan dari buku Inggeris dan buku bawah terjemahan dari buku Arab. Kedua-duanya dalam versi bahasa Indonesia. Aku memang berangan nak serang Gramedia Jakarta hujung tahun ni, tapi itu angan-angan saja, entah jadi entah tidak. Dari terkilan terus, baik aku sapu je la dulu. Walaupun jika aku beli di sana, harganya mungkin kurang dari 50% dari harga di sini.

Dua minggu lepas aku berhabis kos 2 pasang kasut…. kali ni 3 pasang kasut…. kalau aku tak beli buku-buku ni, aku dapat lima pasang kasut. Hmm…..

Kepada cik kasut, tolonglah bertahan sebulan lagi 😐

Advertisements

3 thoughts on “Cik kasut, bertahanlah sebulan lagi

  1. Awa…kasut aku pon dh minta ampun kat kaki aku sbb dok lanyak dia hari2. Dan aku bukan jenis ade kasut banyak. 1 kasut keje, 1 sandal. Itu saja. Kasut kerja tu dh lebih 5 tahun. Alhamdulillah masih setia berkhidmat utk aku. Tapak dh licin tp dek kerana bhgn solenya masih tebal. Sandal tukar masa mengandung hari tu. tu pun tukar sbb takut tergelincir time mengandung. La ni dh setahun lebih umurnya. Dh start nipis. Pi pusing kinabalu park jalan kaki guna sandal ni. Alhamdulillah…..budget aku bnyk pergi ke anak2.

  2. awa, tu namanya kedekut….aku mmg kedekut utk diri sndr, tp tidak utk anak2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s