Bila umur bertambah setahun lagi …..


Saban tahun kita menerima ucapan selamat hari lahir. Kita gembira dan bersyukur. Kita lihat kembali jalan-jalan yang telah kita lalui. Dahulu kita kecil sekarang sudah besar. Dahulu poket nipis, sekarang sudah tebal. Dahulu sendiri sekarang berkompeni. Mungkin juga sebaliknya berlaku. Tapi mari melihat yang positif saja. Dahulu menyewa, sekarang punya rumah sendiri. Dahulu naik bas, sekarang berkereta. Begitulah seterusnya.

Pernah tak kita lihat perkara yang lebih kecil. Pernah tak kita lihat pada rak buku, majalah yang bertumpuk, susunan DVD dan TV serta radio kita? Cuba ingatkan kembali apa jenis buku dan majalah yang kita baca 15 atau 20 tahun dulu. Apa jenis filem kita tonton dan apa jenis rancangan TV dan saluran radio yang kita suka. Masih ingat pada kawan-kawan lama? hobi masa lampau? Jom kembali ke masa lampau.

Cuba ingat dan senaraikan. Contohnya begini:

20 tahun lalu

Buku: Novel-novel Lamia Aimal, Ahadiat Akashah (paling tersohor waktu aku remaja)

Majalah: Mangga? URTV? Gila-gila, Ujang, Al-Islam (dah ada ke?), Intisari, Variasi, Mastika (dahulunya mastika adalah sastera dan politik, bukan majalah mistik)

Akhbar: Berita harian, Utusan Malaysia

Filem: Abang92, Perempuan isteri dan dot dot dot, Isabella

Rancangan TV: Majalah 3, Muzik-muzik, Melodi, Sinaran Passport Kegemilangan

Stesyen radio: Best 104

Hobi: Karaoke? Kumpul setem?

Kawan-kawan: Kawan sekolah (geng ulat buku/geng kaki ponteng?), sepupu sepapat

15 tahun lalu

Buku: __________________________________

Majalah: ________________________________

Akhbar:_________________________________

Filem: __________________________________

Rancangan TV: ___________________________

Saluran radio: ____________________________

Hobi:___________________________________

Kawan-kawan:____________________________

10 tahun lalu

Buku: __________________________________

Majalah: ________________________________

Akhbar:_________________________________

Filem: __________________________________

Rancangan TV: ___________________________

Saluran radio: ____________________________

Hobi:___________________________________

Kawan-kawan:____________________________

5 tahun lalu

Buku: __________________________________

Majalah: ________________________________

Akhbar:_________________________________

Filem: __________________________________

Rancangan TV: ___________________________

Saluran radio: ____________________________

Hobi:___________________________________

Kawan-kawan:____________________________

Sekarang [ selari dengan perkembangan zaman, aku tambahkan beberapa input ]

Buku: Novel / Motivasi / Agama / Sejarah / Falsafah

Majalah: URTV atau Solusi?

Akhbar: Berita Hairan / Utusan Meloya / Sinar Harian / Metro

Mengekor FB & Twitter: Nelofar?

Blog langganan: kembara poket nipis? hehe

Filem: hantu dalam botol kicap? nongkrong, cangkung, mengkarung?

Rancangan TV: American Idol? Gangstarz? Mentor? Raja lawak?

Saluran radio: Era? Ikim? hotfm? sinar?

Hobi: Konsert? jalan-jalan? makan? tidur? masak?

Kawan-kawan: Facebook? tak ada kawan, anak-anak dan suami adalah duniamu? mak cik keypoh sebelah rumah? mak cik geng surau?

=======================================================================

Cuba lihat kembali, bagaimanakah kita berkembang? adakah kita masih membaca bahan yang sama kategori semasa kita remaja? Masih suka pada novel ย cinta remaja? Menonton program yang sama (melodi, muzik-muzik)? Jenis filem yang sama (ringan-ringan, lawak slapstik)? Saluran radio yang sama? masih menggilai lagu-lagu cinta tak keruan? rancangan gosip dan realiti tv nyanyi-nyanyi? lawak kosong? Atau masih suka pergi konsert? atau joget lambak di kenduri kawin?

Atau kita sudah berubah sesuai dengan kematangan? hmm… fikirkan semula

Kita boleh berubah selera kerana kematangan. Akan tetapi perubahan selera pada bahan-bahan input untuk otak dan jiwa itulah yang mematangkan kita. Jadi nak tunggu matang sendiri atau nak cari kematangan? Awas, kalau ditunggu MATANG mungkin tak pernah hadir. Sebab itu kita selalu berjumpa dengan orang-orang tua yang menjengkelkan. Tak pandai beratur bila jalan sesak. Bersenam punggung dihadapan rumah orang.

Secara kita sedar atau tidak, input-input tadi membentuk cara kita berfikir, menangani konflik, reaksi pada persekitaran, visi pada kehidupan, harapan pada keluarga dan anak-anak. Adakah kita selalu gagal membuat pertimbangan yang matang? atau kita selalu emosi? bagaimana kita menapis lambakan maklumat yang menggila? Semua terjawab jika kita selidik semula input yang kita masukkan dalam otak kita.

Aku akui, untuk mendapat bahan bermanfaat dari saluran media utama di Malaysia ni agak payah. Susahnya untuk memilih. Mujurlah sekarang ada internet dan sebagainya. Penerbitan buku pun sudah semakin rancak.

Amboi.. awa ni pon, takkan lah nak seriuss saja. Bukan lah begitu, tetapi kenalah ada keseimbangannya (maklumlah, baru balik dari konvensyen Fiqh, belajar wasatiah hehe). Lawak pon boleh jadi bermanfaat, macam lawak UAI, Ust Kazim (ustaz-ustaz di k-Fiqh tu lawak-lawak belaka :P). Lagu pon boleh cari yang indah di telinga, indah di hati, indah di mata (tak ada penari berseluar pendek!). Perlahan-lahan lah kawan, usaha dan doa semoga kita sentiasa dalam bimbinganNya.

Kata pepatah Arab;

Remaja yang paling baik adalah remaja yang berfikir seperti orang dewasa dan,

Orang dewasa yang paling baik adalah orang dewasa yang bertenaga seperti remaja

You are what you eat. You are what you read. … and now,… you are what you write and share on Facebook! berhati-hatilah ๐Ÿ™‚

Advertisements

4 thoughts on “Bila umur bertambah setahun lagi …..

  1. Aku rasa skrg ni aku cuba untuk selalu muhasabah diri. Bnyk lg yg perlu aku baiki. Yang pasti dr dulu sampai srkg aku x minat sgt bc novel. Kwn aku boleh habiskan bernaskhah novel masa dia dlm pantang, aku nk habiskan setgh buku pun xmampu. Tv, dlu hangat cerita mareo attack kestaria baja hitam, transformers, skrg ni cerita jepun korea bukan jd kegilaan (pernah jd kegilaan satu ms dulu). Tv pun ditakluk oleh alif. Berita pun x tgk sgt. Huh….apa nk jd dgn aku yek…..? Tp skrg ni aku suka buat pengiraan, analisis litar. Cari kaedah paling mudah utk aku ajar dlm kelas. Dan selalu jg berdebar takut pelajar lg pandai dr aku hehhehehhe….

    • Baca novel tu harus je, tak apa kalau tak baca pon ๐Ÿ™‚

      Kadang-kadang kita ni terlalu menyempitkan diri kita. Dunia kita cuma di rumah dan tempat kerja. Sedangkan ada banyak hal berlaku sama ada berkait langsung dengan kita atau tak, yang perlu kita ladeni atau sekurang-kurangnya ambil tahu.

      Sekarang ni, ada banyak majalah yang bagus Solusi, Al-Ustaz, Majalah I, Anis.. aii banyaklah untuk di pilih. Cubalah langgan salah satu. Sedikit sebanyak, boleh meluaskan sedikit dunia kita.

      Dah lama mengajar pon masih berdebar ya? hehe..

  2. Aku biasa2 jew… ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s