Ogy and the Gedot


↑Jika kau suka kisah ini, berikan aku bintang-bintang supaya aku tahu 😉

Aku tak ingat macammana aku boleh tulis cerita ni. Diterbitkan kali pertama di blog limatahun.blogspot.com pada 22 Jun 2009. Dari kisah benar (aku rasa dari cerita Ogy) yang ditokok tambah sesedap rasa 🙂

———————————————————————————————————-

Gedot terjaga. Sejuk lantai marmar surau Al-Fallah sangat2 menyamankan. Gedot depangkan tangan. sepuluh jari diregang seregang-regangnya kemudian menggenggam. Gedot bengkokkan siku hingga genggaman bertemu separas dada. Arghh!.. Gedot pusinkan badan ke kanan dan kekiri, melonggarkan otot-otot pinggang. Gedot terpandang kalendar di dinding surau. Sekarang bulan September. Peperiksaan SPM mendekat. Sana-sini pelajar tingkatan lima sibuk kepit buku. Gedot maklum, tak sepatutnya dia berada di surau pada waktu itu.

Gedot gerakkan Ogy. “Gee…….” mahu tak mahu saja Gedot seru mana Ogy. Tidak boleh panggil kuat-kuat. Mereka dalam operasi bawah tanah, tidak boleh sampai ketahuan. Manalah tau Che Din sedang baca tafsir Quran di tingkat bawah surau. Ogy berkalih tapi tak ada tanda nak buka mata. Roh Ogy berjalan jauh agaknya hari ni. Balik kampung mungkin. Maklumlah, di kampung sekarang musim durian luruh. Tiga kali tukar bas baru tiba kampung, nak balik semula ke sekolah jadi enam kali tukar bas. Adakah roh juga naik bas? Entah-entah Ogy sudah sampai exit tol Port Dickson, menyusur jalan lama ke Lukut. Di situlah, menurut Ogy, durian Udang Merah gred D24 paling sedap sedunia. Ya tak ya saja Ogy ni, bila masa pulak dia keliling dunia? Kata Ogy lagi dia impikan suami yang sama hobi dengan dia, suka makan durian! Bagi Ogy suasana paling romantik ialah makan durian di gerai-gerai durian tepi jalan. Romantik bercampur akustik. Ah, Ogy kalau cerita tentang durian saja boleh ngences dan terbawa-bawa dalam mimpi.

Gedot gosok-gosok mata macam anak kucing. Ruas jari Gedot macam bayi, pendek padat. Empuk kalau disalam. Gedot panjangkan tangan kanan, meraba-raba tudung yang tertebar macam roti canai kedai mamak. Antara sedar dan tidak, Gedot capai tudung dan terus dipakainya. Kenapa rasa pelik sikit tudung ni, macam tak terletak dimuka. Gedot biar saja tepi tudung tidak berlipat. Hari panas, tudung ini pon ibarat pelindung matahari jua. Gedot turun tangga tinggalkan Ogy. Biar Ogy tidur puas-puas, kalau dia sedang mimpi makan durian, biar dia makan puas-puas. Tak ada apa yang nak ditakutkan seorangan di surau tu. Sekarang jam tiga petang bukan tiga pagi. Lagi pon hantu setan mana nak masuk surau. kalau ada pon semua tengah sibuk bergayut dipelupuk mata Ogy, tu yang Ogy tak mau sedar-sedar tu.

Gedot singgah bilik air, basahkan muka, kemudian membetulkan tudung dicermin besar. Gedot tepuk-tepuk pipi sebelah kanan yang merah. Itulah, kalau tidur mengiring berbantalkan sejadah dilipat lapan. Ah.. tak apalah, comel juga fikir Gedot, ala-ala macam Chibi Maruko Chan. Gedot menyeringai dan memuncung, berulang-ilang kali sehingga longgar otot-otot muka. Tak adalah nampak sangat macam orang bangun tidur. Selepas puas hati, Gedot pon mendapatkan kasut hitamnya. Lenggang-lenggok Gedot jalan dalam baju seragam pengawas, baju kurung ungu dan tudung putih bernila biru. Angin tak berapa kuat haritu, tapi matahari panas macam biasa. Gedot toleh sekali, tak ada siapa di ruangan sembahyang lelaki. Sekarang ialah waktu belajar petang. Mengikut peraturannya semua pelajar mesti berada di kelas masing-masing. Rutin pelajar asrama.

………………….

“Gedot!!!!!!!!!!!!!!” Melantun suata nyaring Ogy di gegendang telinga Gedot. Gedot nampak Ogy baru selangkah masuk kelas. Serius habis! Alamak, Ogy marah sebab ditinggal ke? “Gedot!” Ogy tepuk meja Gedot. Gedot anggkat muka, belum sempat mata Gedot sampai ke muka Ogy, matanya melintas sesuatu yang terpin di tudung Ogy. “MUSLIHA”.

Terus keluar dari mulut Gedot, “Eh! Kenapa kau pakai name tag aku?”

Dukacita dimaklumkan, kisah di atas tiada kena-mengena dengan ilusrtasi kartun ini 😀

Advertisements

6 thoughts on “Ogy and the Gedot

  1. ceh, aku ingatkan ade kene mengena dgn Ogy and the lipasss

  2. Hahahhha…kenangan

  3. seronoknya zaman2 tu kan.. aku pun selalu terlajak tido kat surau.. sedar2 dah pukul 4.. seb baik tak pernah kantoi.. nyaman sungguh surau sek kita tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s