New Zealand 8: Kami menyanyi, ikan oh ikan kenapa engkau sedap sangat?


↑ Jika anda suka kisah ini, berikan saya bintang-bintang

“Salmon! salmon!” Yatt dan Abid terjerit-jerit. Aku telah terlepas simpang masuk ke  Mount Cook Alpine Salmon.

“Ah… kena u-turn la ni?” Tanyaku kebodohan.

“Apa lagi…. malaysian style!” ujar Nott. Nott akan menggunakan frasa Malaysian style tentang apa-apa yang berkaitan dengan tabiat memandu. Selama berkembara di tanah Kiwi, selain kemahiran membuat pusingan-U di mana-mana saja asal boleh pusing, kami juga menyedari beberapa tabiat pemanduan rakyat Malaysia yang unik. Jika di negara sendiri, kita mungkin tak menyedarinya kerana ia sangat biasa. Cuma bila berada di negara orang, secara automatik kita menjadi lebih sensitif.

Setelah memastikan jalan selamat, aku pon segera membuat pusingan U. Sempurna. True Malaysian! Haha. Aku membelok ke kiri. “Canal Road” begitu yang tertulis di papan tanda jalan. Canal Road serta merta mengubah mood kami. Kami disajikan pemandangan lembah landai dan luas saujana mata memandang, terdampar di sebelah kiri. Jalan ini dibina di atas tebing yang sangat curam dan tinggi. Walaupon ada penghadang jalan, aku rasa sedikit gayat, merasakan seolah-olah van kami akan terhumban ke lembah. Namun pemandangan sebelah kanan jauh berbeza. Terusan mengiringi jalan raya dua lorong ini. Apa yang membuatkan kami terpegun ialah, air terusan ini berwarna biru susu lemakkk….. manisss……. berkrim. Sangat biru dan pekat. Kami semua terkinja-kinja kesukaan. Mulut kami bising berkericau. Akhirnya! Inilah biru yang dicari-cari.

Tebing curam berakhir. Aku sangat lega dan memandu dengan selesa. Sebahagian jalan tersebut (agak jauh juga jaraknya) sangat lurus seperti landasan kapal terbang. Begitu juga dengan terusan. Keduanya berapit seperti sepasang kembar tak seiras. Langit luas, bumi lapang. Garisan horizon kelihatan sangat jauh. Aku suka dengan pemandangan tak bertepi seperti ini. Dua jalur masing-masing berwarna kelabu dan biru bertemu di titik pusat di garisan horizon. Tak lama kemudian kami pon tiba di tempat penternakan ikan salmon. Ikan salmon di ternak di dalam sangkar di terusan ini. Tertanya-tanya juga aku. Apa gunanya terusan ini? Kenapa ia di bina? Takkanlah semata-mata untuk menternak ikan salmon.

Ketibaan kami di ladang ternakan Salmon di sambut oleh seorang lelaki Cina berusia 60-an. Dia bukanlah penyambut tetamu, juga bukan pekerja ladang. Dia mendokong seorang budak lelaki berumur dua tahun.

“Orang Malaysia?” dengan wajah manis berseri dia terus menyapa kami sebaik saja kami keluar dari perut van. Sapa-menyapa berlarut menjadi perbualan. Orangnya kurus dan tidak begitu tinggi. Dia menyimpan janggut. Sebahagian rambutnya telah beruban. Begitu juga janggutnya putih dan jarang. Melihatnya aku teringat pendakwah antarabangsa Hussien Yee. Sempat aku menduga-duga, mungkinkah pak cik ini seorang muslim? Tetapi dia tidak pula memberi salam ketika menyapa kami. Berjanggut ciri yang agak asing bagi orang Cina di Malaysia khususnya. Walaupon janggut itu sebenarnya bersifat universal. Tak pernah aku jumpa patung Buddha yang tidak berjanggut. Imej Jesus yang digambarkan penganut Kristian juga berjanggut. Rabbi Yahudi apatah lagi. Namun janggut lebih sering dikaitkan dengan imej muslim. Namun ramai manusia paranoid yang mengaitkan janggut dengan muslim ekstrimis. Lebih lebat janggutnya lebih ekstrim seseorang itu. Sakit benar sistem penilaian masyarakat dunia sekarang, masakan ideologi boleh ditimbang dengan helaian  janggut? Lebih mengecewakan, ada juga kalangan muslim yang merasa diri mereka moderat atau liberal juga berpendapat sedemikian.

Setelah habis dia menemuramah kami, dia pula bercerita. Dia warga Pulau Pinang. Sudah lama pencen dan datang ke New Zealand kerana menziarahi anaknya. Tak pula kami bertanya sama ada anaknya bekerja atau belajar. Menurutnya dia akan berada di situ selama sebulan.

“Rindukan cucu” jelasnya. Dia sungguh peramah, kami pula tak tahu bagaimana mahu meninta diri. Mujurlah isteri dan anak lelakinya datang menghampiri kami. Banyak betul mereka membeli ikan salmon. Selepas bersapa dengan mereka kami pon minta diri.

“Pak cik tu kata murah sangat ikan salmon di sini. Jom kita tengok berapa murah” ujar Yatt. “Murah” itu sangat relatif. Murah bagi orang lain mungkin mahal bagi kami.

“Murahla bagi dia, anak dia bergaji New Zealand dolar kot” balasku.

Betul seperti yang kami jangkakan. Kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia, memanglah murah tetapi tidaklah murah sangat jika ditimbang dengan poket kami. Bermacam-macam produk salmon dijual di sini. Salmon segar, salai dan sebagainya. Separuh badan ikan salmon segar berharga dari NZD13 hingga NZD30. Kalau ditukar ke mata wang Malaysia lumayan mahal untuk potongan ikan sebesar ketas A4 dipotong dua memanjang. Terdapat juga pek-pek sashimi, lengkap dengan kicap dan wasabi. Kami berempat berkongsi pek sashimi paling kecil berharga NZD10. Adalah dalam dua puluh keping potongan nipis selebar ibu jari. Aku tak pernah menggemari sashimi salmon walaupon aku sangat menggemari ikan salmon. Tetapi aku beri pengecualian kepada sashimi salmon yang kami makan hari itu. Mungkin kerana ikannya segar. Rasanya sangat sedap. Kalau diikutkan tekak, mahu saja beli lagi. Tetapi bila dipertimbangkan semula kecukupan poket kami, cukuplah kami merasa. Tak boleh boros. Kembara kami baru menjengah hari ketiga. Kami membeli potogan besar dengan harga NZD27.50 mencecah juga RM70. Aku terbayang-bayang spageti, kuah tomato dan ikan salmon goreng. Lebih-lebih lagi bahagian kulitnya yang rangup. Amboii.. kembang kuncup kelenjar air liur dibuatnya. Jika membeli ikan salmon, diberi juga sepek ais percuma. Teliti betul mereka dalam menjaga kualiti servis. Selepas makan kami melihat-lihat kawasan sekitar. Walaupon dari jauh air terusan kelihatan biru susu lemak manis berkrim, bila di dekati ia sebenarnya jernih. Sangat jernih sehingga tumbuhan dan lumut di dinding terusan pon kelihatan.

“Patutla sedap sangat rasa ikan salmon di sini. Air bersih, udara nyaman. Tak ada pencemaran. Ikan pon tak stress” Aku mula berteori.

“Ikan pon boleh stress?” Yatt ketawa

“Ikan yang kita selalu beli di pasar.. bukankah biasanya bermata merah? Itulah tandanya ikan stress”. Aku terus berteori. Yatt ketawa lagi. Aku hanya tersengih. Mataku kecil melawan silau cahaya matahari. Nott tidak menyertai kami. Dia seperti selalunya, asyik dengan kamera. Maklumat yang aku dapat di internet, pengunjung boleh melawat sangkar-sangkar ikan tetapi kami tak nampak sesiapa di kawasan sangkar. Lagi pon kami tak berniat hendak berlama-lama kerana masa yang menghambat.

“Ikan mata merah bukan sebab dah lama ke?” Mendengar soalan naif Abid, pecah ketawa aku dan Yatt. Abid gagal menangkap temberangku sekaligus menimbulkan jenaka secara tak sengaja. Ah… Abid… kadangkala bersifat lurus. Suci, polos, seperti anak kecil. Ciri-ciri pendengar yang baik. Dia selalu mendengar luahan apa pon tanpa mengadili pengadu dan tidak terburu-buru memberi respon.

This slideshow requires JavaScript.

Bila kami sampai semula di van, aku berebut-rebut menempati kerusi belakang kerana tidak mahu memandu lagi. Rupanya semua orang mempunyai isi hati yang sama denganku. Kami berempat beradap-adap di tempat duduk belakang. Khali sejenak. Kami saling berpandangan, masing-masing hanya berkata-kata dengan mata. Aku ketawa dalam hati, kalau dah empat-empat orang duduk di belakang, macammana van ini akan bergerak?

“Biar kita sajalah pandu, tapi tak berapa yakinlah” Akhirnya Yatt menawarkan diri. Setakat ini, hanya dia seorang yang belum memandu.

“Akak duduk depan dengan Yatt” Aku rasa perlu sedikit bertanggungjawab kerana aku yang memandu pagi tadi. Kami turun dan mengambil tempat duduk depan lalu segera memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan menyusuri tebing terusan, kami terus-terusan memuja pemandangan yang tak bertepi. Yatt tidak mengambil masa yang lama untuk mengumpul keyakinan dan kelihatannya dia memandu dengan selesa. Hari sudah tinggi. Kami bergerak menghadap matahari. Walaupon cahayanya menyilaukan, namun kehangatan matahari selepas beberapa hari kesejukan merupakan satu rahmat besar. Tubuh rasa segar dan bertenaga.

“Tasik Pukaki pon warna macam ni kan? Seronoknyaaa!!” Yatt melepaskan perasaan bila aku memberitahu yang kami akan menyusuri Tasik Pukaki untuk menuju ke Gunung Cook. Tiba dihujung jalan, Yatt membelok ke kiri menuju Gunung Cook. GPS menunjukkan kami perlu bergerak tiga puluh tiga meter ke hadapan sebelum bertemu simpang ke Gunung Cook.

_________________________________________________________________________
↓ Jika anda rasa kisah ini menarik dan bermanfaat, kongsikan. Jika suka Like

Advertisements

4 thoughts on “New Zealand 8: Kami menyanyi, ikan oh ikan kenapa engkau sedap sangat?

  1. Rasanya lps ni jika ada kembara berkenderaan perlu ada giliran pemandu. Tentang ikan salmon, aku sndr tak pernah beli atau masak ikan tu. tp pernah makan sushi. Lps ni mak cuba beli dan tgk respon Alif dan Atif kecuali en.suami sbb dia kurang suka produk ikan (kecuali ikan besar yg dimasak stim ala cina)….

    • ikan salmon rasa dia lain, daging pon warne oren dan pejal. pan fry je pon sedap. stim pon boleh gak kot, tapi biasanya jual dah potong

      kiteorg tak ada giliran untuk semua kerja. termasuk memasak, membasuh dan mengemas. sebab utamanya – kembara ni nak keluar dari routine dan formaliti 🙂

  2. aku mula suka baca blog ko, terutama ttg Kiwi…teringin nak pegi cara ko…camne ek? brp budget? dan ada kengkawan ke ko ke sana?…nak berguru boleh?…

    • aku tak de kawan pon kat sana, plan sendiri je.

      dulu aku pergi murah, AAX tambang baru 617 return. Skrg AAX dah tak pi sana. skrg sama ada MAS fly ke Auckland. Atau Jetstar dari changi ke christchurch

      kedua, aku pegi bulan 5, dah dekat winter. sewa campervan murah. separuh dari harga masa summer

      ketiga, campervan aku jenis backpacker punya. kalau ko bawak anak-anak sesuai sewa motorhome. lebih selesa

      nanti aku pos kan itinerary 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s