Tunggu! Aku belum berhenti menulis


Aku tak sepatutnya berhenti menulis. Walaupon aku tak dapat menulis travelog, tetapi aku memang tak patut berhenti menulis. Seolah-olah aku telah berhenti berfikir.

Kenapa aku tidak upaya menulis.
Aku seorang penulis dengan dua identiti. Menulis ayat manusia dan menulis ayat komputer. Ada masa dan ketikanya, aku tak boleh menzahirkan kedua-dua identiti tersebut serentak.

Dipendekkan cerita, kira-kira dua bulan lepas, bermulalah fasa “projek baru”. Walaupon waktu itu, aku sedang giat menulis travelog dan identiti sebagai penulis ayat manusia lebih dominan, tetapi ia kalah juga dengan identiti penulis ayat komputer. Walaupon aku sangat cinta menjadi penulis ayat manusia, tetapi kerja menulis ayat komputer adalah sumber nafkah kehidupanku. Ia adalah satu tanggungjawab.

Ketika bermulanya fasa yang aku sebutkan tadi, hampir setiap hari aku dan rakan seperjuanganku berbincang mengenai – bagaimana menyelesaikan masalah yang ditumpukkan kepada kami. Hmmm… kami ini ibarat ahli silap mata. Masalah apa pon, dan siapa pon di dunia ini, akan cuba diselesaikan oleh golongan seperti kami. Contohnya, kami bukan akautan, tetapi untuk membangun satu perisian yang memudahkan hidup akauntan, kami akan bertungkus lumus memahami kehendak dan sisi pandang seorang akauntan lalu menghasilkan perisian yang memudahkan hidup akauntan. Ya, kami adalah lilin juga, kami stress, kurang tidur, mengabaikan makan, rambut gugur. Pendek kata, kerap kali tunggang terbalik hidup kami untuk menyenangkan kehidupan orang lain. Berbalik kepada berbincangan aku dan rakanku – hampir setiap hari perbincangan kami berakhir dengan – ahh… tak tahu bagaimana mahu selesaikan hal ini ( tak pasti adakah ia boleh di laksanakan, bagaimana ia boleh di laksanakan, apa cara untuk melaksanakannya dan sebagainya).

Dipendekkan cerita sekali lagi, setiap kali mendapat projek baru, banyak hal yang perlu aku belajar. Kalau ketika bergelar pelajar, kita di asak untuk belajar dengan adanya peperiksaan, tetapi dalam alam pekerjaan, kita di asak untuk belajar dengan adanya “deadline” seterusnya ia mungkin mempengaruhi tiga hal iaitu: “performance”, “bonus” dan “salary increment”. Ah.. bunyinya sungguh keduniaan kan? Apapon, waktu ini aku akan stress dan kesannya seperti yang aku sebutkan di atas. Lebih teruk pada kali ini, kerana aku perlu menulis aturcara untuk versi web. Sudah lebih lima tahun aku tinggalkan pengaturcaraan web. Aku sangat-sangat ketinggalan dengan teknologi web terkini yang sekarang banyak di pengaruhi oleh pesatnya evolusi peranti-peranti canggih. Talifon pintar, tablet dan lain-lain. Jadi aku merangkak-rangkak belajar dari sifar. Pengetahuan dan kepakaran aku tentang pembangunan web yang aku kerjakan bertahun-tahun dulu, tak banyak membantu. Hal ini telah menyedarkan aku bahawa – dalam bidang ini, menjadi senior tak bermakna kita hebat dan pakar – teknologi terlalu cepat bertukar dan melupus.

Berbalik kepada cerita stress, ini adalah tabiat ku. Aku orang yang kerap bermimpi. Masalah ini akan Kadangkala sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Tapi, tak pernah pula aku bermimpi tentang cara menyelesaikannya. Ah.. stress bukan??!

Nasihat Ummu Hani
Di dalam buku “I want to be a writer” karangan Ummu Hani Abu Hasan Morad, ketika penulis tidak dapat menulis, tiada siapa dapat memaksanya menulis. Menulis satu ayat pon menjadi sangat sukar. Seorang penulis boleh bercuti dari menulis tetapi tidak boleh bercuti dari membaca. Lagipon menurut Pak Samad (seperti yang diceritakan oleh Faisal Tehrani – aku bukannya dengar kisah ini terus dari FT, tapi agak popular juga kisah ini). Syarat menjadi penulis adalah pertama, membaca. Kedua membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima menulis. Maka aku hargai nasihat penulis-penulis hebat ini, aku pon tak berhenti membaca.

Situasi aku sekarang
Alhamdulillah semakin stabil, walaupon kerja masih jauh dari selesai (kalau kerja selesai, adalah kerja baru yang akan tiba, betul tak? mana mungkin aku di gaji percuma). Sekurang-kurangnya aku sudah boleh jalan merambat-rambat. Semoga aku segera dapat berlari. Mimpi-mimpi yang meletihkan juga sudah pergi. Aku perlukan momentum. Aku mungkin belum dapat meneruskan serta merta menulis travelog, tapi aku akan menulis hal-hal lain secara ringkas. atau sekurang-kurangnya berkongsi buku yang aku baca, filem yang aku tonton, situasi yang aku lihat dan sebagainya. Aku mohon jangan tinggalkan blog ini dan jangan tinggalkan aku sendiri.

Mahukah engkau berdoa untukku kawan?

Advertisements

4 thoughts on “Tunggu! Aku belum berhenti menulis

  1. Aku pon punya hasrat utk memblog semula. Menulis cara santai. Tp hasrat tu selalu terbantut atas sbb yg aku sndr tak tau. Membaca pun selalu aku mengelat utk lakukan. Teruk kan…? Nak kata bnyk kerja di pejabat, tidak juga. Bnyk berjalan ke hulu ke hilir mengelek fail mungkin. Kerja yg bukan kerja. Bila habis waktu pejabat, masa utk si kecil pula. Kadang pasang niat utk menulis atau setidaknya membaca sesuatu, tp selalunya terlajak dgn mimpi bersama-sama si kecil.
    Moga ko terus menulis….tu je aku boleh doakan utk ko….sbb aku selalu jg menjengah ke sini, cari isu baru yg ko coretkan

  2. Kami ‘pagu’ (pasti tunggu)! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s