Kenali siapa HAMAS


hamas

Artikel ini diterbitkan kali pertama pada 6 Jan 2009 di limatahun.blogspot.com

Aku mula kenali tulisan Ust. Maslee Malik dari Majalah I. Dan beberapa bahagian dalam buku ni tak salah aku dari Majalah I juga. Banyak yang kita pelajari tentang HAMAS dari buku ini. Asal-usul, ideologi dan semangat perjuangan, pemimpin2, gerak kerja, organisasi dan sebagainya.

HAMAS mengambil masa untuk berkembang, mendewasa dan mengukuh. Ia bukan bermula sebagai gerila, tapi organisasi kebajikan. Oleh kerana gerak kerja kebajikan yang mendarah daging dalam HAMAS, maka ia di mendapat sokongan rakyat. Sebab itu, bukan sesuatu yang mudah bila Israel atau FATAH sendiri mencabar HAMAS.

Selepas selesai membaca buku ini, aku rasa sangat kecewa. Bukan, bukan buku ini yang mengecewakan. Tapi kecewa kerana tajuk buku ini yang tidak kesampaian.

[Waktu aku baca buku ni, pilihanraya Palestin baru berlalu. Konflik HAMAS-FATAH berlarutan. US yang kononya pengamal demorasi terunggul dunia, membayangi kedegilan menerima HAMAS sebagai pilihan rakyat Palestin – dan nyata sekarang, US tetap menganggap HAMAS sebagai pertubuhan gerila, bukan Parti yang layak memerintah]

Al-Fatihah untuk para syuhada Palestine.

 

____________________ 2012______________________

Amerika dan Israel masih menganggap HAMAS sebuah pertubuhan pengganas dan masih tidak menerima HAMAS sebagai pemerintah Gaza yang sah. Malaysia sebagai ahli PBB ( alasan) juga tidak mengiktiraf kerajaan HAMAS walaubagaimanapun mendokong pembentukan kerajaan Palestine ( itulah yang di katakan oleh Nazri Aziz di parlimen tempoh hari. Aku tidak berapa faham sebenarnya, maksud aku mengiktiraf palestine tetapi tidak mengiktiraf pilihan rakyat palestin. Jadi apa makna pengiktirafan itu? ) Sumber berita di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s