Kway Teow Laknat


Gambar hiasan

Kau tak salah baca, memang aku tulis LAKNAT. Begini ceritanya..

Alin lapar, dia mengajak aku singgah makan sebelum pulang ke rumah. Aku setuju. Tak pasti kedai mana yang mahu di tuju dan apa yang mahu di makan. Jadi kami berpusing-pusing di sekitar Bandar Baru Uda. Akhirnya kami singgah di kedai makan bersebelahan Bank Islam. Aku pernah makan beberapa kali di situ, kualiti masakannya boleh di kira bagus. Tempat pon bersih dan selesa.

Kami memilih meja sebelah dalam. TV sedang tayangkan drama OBSESI.
Seorang budak lelaki remaja, kurus, mungkin masih sekolah datang menghulurkan meju di meja kami. Alin memesan kway teow ladna. Aku pesan sup campur.

Budak lelaki tadi ambil masa yang lama untuk menulis pesanan. Aku lihat apa dia tulis. Aku nampak beberapa contengan. Rupa-rupanya dia ragu-ragu hendak mengeja kway teow. Akhirnya dengan tulisan yang kecil dan herot-herot dia menulis –  KUE TIAU LAKNA

“T, T!” kataku.

“Haa?” sambutnya perlahan. Mungkin dia segan, jadi dia langsung tidak mengangkat mukanya. Kedua tangannya menongkat di atas meja, mengapit buku pesanan yang kecil. Kepalanya tersorok antara dua lengannya, seperti kepala kura-kura yang hendak masuk ke dalam cengkerang.

“T, T!, tambah T kat situ.” Aku letakkan jari telunjuk pada kertas.

Aku sengih-sengih menahan ketawa namun dia langsung tak perasan kerana dia masih lagi tunduk. Dia langsung tak memandang ke arah kami. Dalam kekeliruan, dia tambah juga “T” pada akhir perkataan LAKNA yang dia tulis jadilah KUE TIAU LAKNAT. Hahaha…

Aku dan Alin ketawa besar, barulah adik tu perasan dia telah terkena. Hahaha. Dia tersengih-sengih sambil menggaru kepala.

Sedap juga KUE TIAU LAKNAT kedai ni. Waktu membayar harga makanan, tuan kedai berkerut dahi membaca pesan yang adik tadi tulis di kertas yang separuh lunyai, sampai tersasul-sasul menyebut harga. Hahaha

Nota: Kisah klasik ini berlaku sekitar bulan November 2008. Kedai tersebut sudah bertukar menjadi kedai aksesori kereta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s