Impian Palestine – Buku


impian palestine

Randa Ghazi, jauh lebih matang dalam menilai isu Palestine berbanding usianya ketika menulis buku ini. 15 tahun! Aku ingin sekali tahu bagaimana remaja berusia 15 tahun ini kemudiannya menghadapi tentangan dan kontroversi yg lahir selepas bukunya. Pelajar IPT kita, aku sendiri pon belum tentu dapat mengupas dan berbincang tentang isu jihad, iman, hak, patriotisme, kasih sayang dan cinta seperti yang beliau lakukan dalam buku ini. 

‘Mereka tidak lain hanyalah tentera-tentera miskin yang memikul senjata kecil dan membawa sedikit kereta-kereta kebal untuk bertempur. cuba lihat lawan mereka, orang-orang Palestin. Mereka adalah pembunuh yang haus darah.. dengan senjata-senjata yang dilengkapi dengan teknologi tinggi berada di barisan depan pasukan pemberani. Peralatan-peralatan canggih yang proses pembuatannya begitu rumit. Apa itu? Batu?’
……………………………………………

‘Ibumu.. mana dia sekarang?! Apakah menyenangkan bagimu kalau aku kirimkan anakku mengejarnya sambil membawa senjata di tangannya? Apakah menyenangkan bagimu anakku mengusir dari rumah dan mengancam hidupnya?!’

……………………………………………..

” Dan janganlah engkau sekali-kali menyangka orang yang terbunuh(yang gugur shahid) pada jalan Allah itu mati,(mereka tidak mati)bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki” (Ali-Imran[3:169])

AMARAN!: Jika engkau berpandangan sempit tentang cinta. Menafsir cinta seperti dalam lagu-lagu pop. Menganggapnya cumalah tuntutan emosi dan seksual. Engkau akan temui banyak watak-watak homoseksual dan cinta bersegi-segi dalam buku ini.

——————————————————————————-
Buku ini aku telah paparkan dua kali di blog limatahun. Pertama kali ketika aku baru habis membacanya pada tahun 2007 dan aku paparkan semula ketika perang Gaza 2009. Kini 2012 aku kongsikan sekali lagi. Tiba-tiba aku rasa sungguh tua.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s