Berbual-bual tentang Isa, tentang Jesus


Sesetengah perbualan tidak berlaku dalam masa yang sama kerana perbualan kami kadang kala tercetus begitu saja waktu makan, waktu berjalan, waktu santai dan waktu duduk kerja. Tapi ia benar berlaku. Bukan semua soalan aku jawab secara spontan, aku tak sepandai itu. Kerap kali aku minta masa untuk menjawab. Kemudian aku akan cari jawapannya. Aku bertanya, membaca, mendengar dan menonton. Aku cantumkan semuanya supaya lebih senang untuk dimengerti.

Sekali lagi aku mohon doa kawan-kawan supaya doakan kawan aku ini, dan semua kawan-kawan kita yang belum muslim agar mendapat hidayah Allah. Juga doakan hidayah untuk saya šŸ™‚

(I)

C: Hawa, kenapa muslim tidak percaya kepada Jesus?

A: Bukankah sebelum ini saya beritahu kamu yang kami juga percaya kepada Jesus?

C: Maksud saya sebagai Christ

A: Hmmm….. Ā kamu tentu tak percaya kalau saya beritahu kamu, dalam kitab suci kami, Al-Quran, Jesus di sebut sebagai Isa al-Masih ibn Maryam maksudnya dalam bahasa Inggeris, Jesus Christ son of Mary

C: … hmmm..

A: Saya perlu buat rujukan semula, bila saya pasti saya akan beritahu kamu

(II)

A: Dalam Quran ada tiga bab yang namanya berkait langsung dengan Jesus. Pertamanya, bab ketiga bertajuk Keluarga Imran. Kamu tahu siapa Imran?

C: …….

A: Imran adalah bapa kepada Mariam atau Mary, jadi dia adalah datuk kepada Jesus

C: .. hmmm saya tak tahu siapa datuk Jesus.Ā Adakah kamu percaya Jesus lahir tanpa bapa?

A: Tentulah, ada ceritanya dalam Quran. Okey saya sambung senarai tadi, ke dua, bab ke lima maksud tajuknya …. hmm…. alas meja..

C: Tajuk yang “menarik”….

A: ………………. Ā Bagaimana saya boleh terangkan.. maksudnya yang sebenar … kain alas makanan seperti orang pergi berkelah di taman tu. Alas kain dan hidangannya sekali. Dalam bahasa arab di sebut al-maidah. Satu perkataan arab, kadangkala memerlukan satu ayat untuk diterangkan dalam bahasa lain. [ tarik nafas ] . Jadi, nama bab ini diambil dariĀ kisah Jesus dan pengikutnya yang meminta al-maidah dari langit.

C: [ Angguk-angguk ] …………..

A: Yang ketiga, bab ke sembilan belas. Tajuknya Mary dan tentulah cerita tentang Mary. Cerita ketika Gabriel datang kepada Mary memberitahu dia mengandungkan anak lelaki. Kamu tahukan bagaimana reaksi orang Yahudi ketika Mary kembali dengan seorang anak?

C: Mereka tuduh dia perempuan jahat

A: Ya, dan Quran menceritakan Jesus waktu itu bercakap. Dia mengaku dirinya nabi Ā dan menerangkan kepada mereka yang ibunya perempuan suci. Jesus adalah satu-satunya nabi yang menunjukkan keajaipan dan mendapat pangkat kenabian dari sejak bayi.

C: …………………………………………………………………………………………………..

__________________________________________________________

Pada mulanya, aku berusaha mencari jawapan untuk dia, tetapi kemudiannya aku sendiri menyoal diriku bertalu-talu. Akhirnya aku mencari jawapan untuk diri sendiri. Dan……… Ā aku melalui fasa yang sukar untuk aku jelaskan.

Baru-baru ini, kami berbual-bual lagi tentang Jesus. Mungkin dia sudah terlupa perbualan di atas yang berlaku beberapa tahun lepas, dia tanya semula, “Apa Quran kata tentang Jesus?” . Kami berbual di Skype. Aku rasa agak sukar dan terlalu panjang untuk aku terangkan dengan penulisan. Jadi aku jawab, “Bila ada masa yang sesuai, saya akan terangkan”. Dan aku masih berhutang dengannya…………..

bersambung………………….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s