Bual-bual tentang Tuhan, tentang Allah, tentang God


Ini dialog yang berlaku antara aku dan seorang kawan, berlaku beberapa tahun dulu. Ketika kali pertama isu Kristian memohon menggunakan perkataan Allah. Dia belum Islam. Bukan Melayu dan bukan Malaysian. Dia tak tahu Bahasa Melayu kecuali beberapa perkataan. Aku mohon kawan-kawan doakan Allah beri hidayah kepada dia.

Perbualan dalam bahasaa Inggeris, aku terjemahkan tanpa mengubah konteks

C: Hawa, kenapa orang bukan Islam tak boleh sebut perkataan Allah?

A: Bukan tak boleh.

C: Habis, isu yang heboh sekarang ni?

A: Isu sebenarnya mereka nak guna perkataan Allah dalam Bible terjemahan Melayu

C: Ok… jadi kenapa tak boleh?

A: Dalam Bible Inggeris kamu, perkataan apa yang di gunakan?

C: God

A: Kalau mereka nak terjemah Bible dalam Bahasa Melayu, guna sajalah Bahasa Melayu. Perkataan Allah tu Bahasa Arab

C: Ha?… habis tu, apa God dalam bahasa Melayu?

A: Tuhan

Dia diam, tunduk buat kerja. Aku diam, tunduk buat kerja. Pura-pura tenang. Aku tak berani pandang dia. Sebab semalam ……

Advertisements

2 thoughts on “Bual-bual tentang Tuhan, tentang Allah, tentang God

  1. Hi Awa, dalam bible mengatakan “I am the Lord your God”, dan bila ditranslate dalam Alkitab bermaksud “Akulah Tuhan, Allahmu”.

    Lord = Tuhan
    God = Allah

    Itu translation dalam Alkitab, yang telah digunapakai lama.

    • Lai leng, secara peribadi, kita tak ada masalah bila non-muslim guna Allah. Dan sebenarnya, kita teringin sangat, bila berbual-bual dengan kawan non-muslim, sama-sama guna nama Allah. Allah ni bukan terjemahan dari perkataan ‘Tuhan’ tapi sebenarnya nama khas Dia. Seperti nama kita Hawa dan Lai Leng. Kefahaman berbeza tapi kita merujuk kepada Tuhan yang sama, itu lebih dekat dan memudahkan kita mencari persamaan.
      Apa pon, Allah bukanlah perkataan Melayu tapi arab. Kalau dari konteks bahasa arab, Istimewanya perkataan ni, dia tak ada gender dan plural. Ini menunjukkan Allah itu bukan lelaki dan bukan perempuan oleh itu ia tidak beranak adan tidak diperanakkan. seperti yang Allah katakan dalam surah Al-ikhlas:

      Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”

      Tapi tak boleh lah seorang muslim memaksa non-muslim menerima konsep ketuhanan dalam Islam. Soal bimbang muslim keliru kita akui adalah masalah orang-orang islam sendiri. Tanpa isu ini pon, ramai muslim yang keliru, buktinya banyak ajaran sesat di Malaysia. Tapi alhamdulillah, dakwah di malaysia lebih baik dari 10 tahun dahulu.

      Akhir sekali, kita lebih suka kawan yang beragama berbanding kawan yang tak beragama. Walaupon agama dia tak sama dengan kita. Just so you know :). oh ya, jemput baca siri lain dalam “berbual-bual tentang…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s