Hatiku terluka di Bukhara – Buku


bukhara
Tajuk: Hatiku terluka di Bukhara
Pengarang: Prof Dr Wan Hashim Wan Teh
Penerbit: Utusan Publisher, 2002
Anugerah: Finalis Hadiah Sako 2001

[ Hadiah Sako is regarded as the most prestigious literary award by novelists in Malaysia. This award was introduced in appreciation of the significant contributions made by the late Datuk Dr. Ishak Haji Mohamad or more affectionately known as Pak Sako, to the field of Malay literature.Sumber ]

Buku ini adalah sebuah travelog, namun ia bukan sekadar cerita ke mana dan di mana. Dikulitnya tertulis – sebuah travelg kaya ilmu. Membaca beberapa mukasurat pertama saja sudah mencabar pembaca dengan kata kunci yang agak berat seperti sosiolisme, marxisme dan komunisme. Juga nama Rusia yang susah untuk di sebut, Tchaikovsky – lagenda musik klasik. Itu baru pembukaan, mengenai sebab musabab Abdul Rahman (watak aku dalam buku ini) mahu melawat Soviet Union.

Adik-adik tahukah di mana letaknya negara Soviet Union? Soviet Union pada masa dahulu adalah negara tebesar di dunia yang berpusat di Rusia. Namun pada tahun 1991, Soviet Union telah berpecah menjadi Russia, Belarus, Ukraine, Georgia, Armenia, Moldova, Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Tajikistan, Uzbekistan, Estonia, Latvia, dan Lithuania. Jadi di mana letaknya Bukhara yang diangkat menjadi tajuk buku ini? Bukhara terletak dalam wilayah Uzbekistan telah merdeka pada 1993.  Tahukah kamu Bukhara adalah tempat kelahiran pakar hadis yang terkemuka iaitu Imam Bukhari? Dapatkah kau meneka mengapa “aku” menjadi emosional ketika melawat Bukhara? Sejujurnya, tajuk inilah yang menggamit-gamit aku membaca buku ini. Tidakkan kamu merasa begitu?

USSR

Destinasi-destinasi pelancongan yang di sebutkan di dalam buku ini adalah:

–       Red Square
–       Pameran pembangunan ekomoni
–       Menonton Boishoi Ballet
–       Kremlin
–       The Armoury
–       Muzium Tchaikovsky di Klin
–       Siberia (Bratsk,Irkutsk,Tasik Baikal)
–       Asia Tengah (Tashkent, Bukhara) Nota: Kini dalam wilayah Uzbekistan
–       Istana musim dingin di Leningrad , kini dikenali sebagai St. Petersberg

Selain menceritakan tentang tempat yang dilawati, ada banyak perbincangan tentang ideologi politik, ekomoni dan sosial di dalam buku ini. Dipersembahkan dengan menarik dan padat fakta. Sesuailah dengan status watak aku yang ketika itu sedang mengaji sastera di Universiti Manchester di peringkat ijazah sarjana. Jika kita imbas semula pelajaran sejarah dunia di sekolah, tentu kita ingat yang dunia terbahagi kepada dua ketika perang dunia kedua. Soviet Union atau U.S.S.R bergabung dengan China membentuk blok komunis menentang kuasa-kuasa besar lain iaitu British, Jepun dan Amerika. Dunia pada masa itu mempunyai dua pilihan, sama ada menjadi sosialis atau kapitalis. Sayang sekali Islam tiada di antara keduanya. Walaupon komunis kelihatan kalah, pada tahun 80-an, hampir separuh dunia mengangkat sosialisma. Namun, sekarang kita lihat satu demi satu negara yang mengamalkan sistem komunis beralih kepada system demokrasi. Jelaslah sosialisma sudah gagal. China walaupon masih negara komunis, tetapi telah membuka pintu ekomoninya, maka dengan cepat ia berkembang.

Kehidupan masyarakat dalam negara seperti Rusia pada waktu itu jauh berbeza dengan situasi negara bukan komunis. Aku pernah menonton sebuah filem tentang anak-anak kecil di China yang di letakkan di asrama sejak kecil kerana ibu bapa mereka bekerja untuk negara. Itu juga berlaku di Rusia pada waktu itu. Walaupon mereka bekerja keras, mereka tidak boleh mempunyai harta. Sosialisma cuba membetulkan kepincangan kapitalisma yang mana kekayaan dikuasai oleh golongan pemodal. Idea sosialisma adalah keadilan kepada semua orang tanpa ada status dan darjat. Malangnya, keadilan di salah tafsir. Memberi sesuatu dalam jumlah yang sama bukanlah satu keadilan, malah ia satu kezaliman. Keadilan bermaksud, memberi sesuatu sesuai dengan situasi penerima. Aku melihat, sistem ekomoni Islam adalah wasatiah, berada di tengah antara keduanya. Islam tidak menghalang sesiapa pon mencari kekayaan dengan syarat melakukannya dengan jalan yang halal dan tidak menindas orang lain. Selain itu, zakat yang mesti di beri kepada golongan kurang berkemampuan adalah bertujuan mengimbangkan jurang si kaya dan si miskin. Bukan saja jurang ekonomi, tetapi jurang sosial. Dalam Islam, hartawan di seru menyayangi orang miskin. Sekiranya, zakat dan sedekah selalu di beri, menghilangkan perasaan cemburu dan hasad dengki. Kedua-dua pihak akan mendapat keredaan Allah. Dalam Islam, orang yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa dan taqwa itu tidak memerlukan duit untuk mendapatkannya. Oleh itu, masalah kasta, status dan darjat dapat diselesaikan.

“Aku” atau Abdul Rahman juga bertemu dan berkenalan dengan orang-orang yang menarik, antaranya seorang anak Melayu cape yang menjadi penari ballet terkemuka dunia, sepasang suami isteri bangsa Eropah yang pernah bermastautin di Borneo, Professor dari  Universiti Kyoto yang pernah menjadi mata-mata Jepun di Tanah Melayu, sepasang suami isteri warga Afrika Selatan yang menyokong apartheid,  hinggalah orang Islam yang di nafikan hak beragama di Bukhara. Sama ada watak-watak ini benar-benar wujud dan adakah perbualan-perbualan mereka benar-benar berlaku, itu tidak begitu penting. Maksud aku tidak begitu penting berbanding wacana yang dipersembahkan penulis lewat perbualan-perbualan tersebut. Perbualan-perbualan tersebut agak berapi sementalah ia kerap-kali menyentuh isu sensitive seperti politik dan agama. Kalaulah aku berjumpa dengan orang sebegitu, entah dapat atau tidak aku menangani mereka dengan baik.

Abdul Rahman sempat menyaksikan persembahan tarian ballet dari kumpulan ballet terbaik di dunia pada masa itu, Bolshoi Ballet. Penulis tidak menipu ketika dia berkata yang dia sangat mengagumi pemusik Tchaikovsky. Banyak kisah pemusik lagenda ini yang dia ceritakan. Sampaikan, setelah aku selesai membaca buku ini (pada kali pertama, 10 tahun yang lalu), aku pon penasaran dan mencari jejak-jejak Tchaikovsky dan lagu-lagu popularnya. Sebelum itu, aku tak tahu apa itu musik klasik selain bunyi yang mendodoikan. Gubahannya yang paling biasa kita dengar adalah Swan Lake. Kau akan berkata – Ah… lagu ini, aku memang tahu! Sila dengar dari video di bawah ya :). Kadang-kala bila kita lihat perhatikan bagaimana hal-hal dalam dunia ini berkait lalu kita terlibat di dalamnya agak mengujakan. Tchaikovsky mencipta Swan Lake, menginspirasikan Anna Pavlova lalu dia menarikannya dengan indah. Beberapa insan dari belahan dunia yang jauh beribu batu terinspirasi lalu mencipta makanan bernama Pavlova. Hari ini, kita makan Pavlova. 🙂

Buku ini menjadi inspirasi buatku untuk menulis travelogue yang bukan sekadar ke mana dan di mana. Walaupon kisah ini berlaku pada tahun 80-an, ia masih relevan untuk dibaca pada waktu ini. Pada masa itu, soviet Union adalah negara larangan bagi pemegang passport Malaysia selain Israel dan Afrika Selatan. Pada tahun 80an, Malaysia memboikot ekomoni Afrika Selatan keseluruhannya sebagai tentangan kepada sistem apartheid. Jadi, cacatan pengalaman pengembaraan Prof Dr Wan Hashim Wan Teh ini sangat berharga sementalah hampir tiada rakyat Malaysia yang berpeluang menjejakkan kaki ke negara gergasi komunis tersebut pada masa itu. Engkau mungkin punya banyak duit untuk mengembara ke mana saja dalam dunia, tetapi engkau cuma mampu melihat tempat itu pada masa ini. Sedangkan dengan buku sebegini, engkau dapat mengembara merentas masa. Hebat bukan?

Di akhir buku ini, di lampirkan beberapa gambar kenang-kengangan penulis ketika pengembaraannya. Berikut adalah jejak penulis (A) Moscow (B) Bratsk (C) Tasik Baikal (D) Tashkent (E) Bukhara (F) Leninglard / St. Petersburg

ussr_route

Advertisements

5 thoughts on “Hatiku terluka di Bukhara – Buku

  1. Ulasan buku yang menarik, cuma kadangkala terkeliru siapa “Aku” yang dimaksudkan. Terasa ingin membaca buku ini juga 🙂

    • Terima kasih sebab highlight “aku”. Hmm lain kali perlu lebih berhati-hati bila menulis.

      Aku dalam ulasan ini merujuk kepada siti nurulhawa.
      “Aku” (yang ada ” “) adalah watak dalam buku tersebut.

  2. salam.. kebetulan semalam dekat TLC cerita tentang kisah negara-negara seperti yang dicerita dalam buku nie…. bila tengok rancangan tu memang terasa nak pergi kesana.. rupanya ada diceritakan dalam buku.. mesti susah nak cari buku nie…

    • Kalau di pesta buku rasnaya ada. Publisher Utusan. Cari di bahagian hadiah sastera. Cerita dalam buku ni sebelum USSR berpecah, sekarang mungkin keadaan negara-negara tu dah berbeza. Apa pon, bacaan yang baik. Sangat baik sebenarnya 😉

  3. tengok dekat mphonline tadi.. kehabisan stok..huhu… baca sejarah pun best juga.. lepas tu baru kita cari perkembangan hari ni.. baru lah dapat lihat perbezaan dulu dan sekarang.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s