Sinappapal – Buku


image

Tajuk: Sinappapal
Pengarang: Azizi Hj Abdullah
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

Mengekor status FB Saudara Firdaus Wong Wai Hung akhir-akhir ini mengingatkan aku kepada novel nipis ini. Akhir-akhir ini beliau beberapa kali mengungkit sikap sesetengah orang Melayu yang mengeklusifkan agama Islam kepada orang Islam sahaja (dalam konteks Malaysia, Islam = Melayu ). Walaupun ada beberapa pihak yang tidak menerima pandangan itu, pada fikiran aku, keadaan ini adalah realiti pahit yang mesti kita telan. Kerana untuk menyelesaikan masalah, langkah pertama kita mesti menerima yang kita bermasaalah. Kita dapat menterjemah sikap muslim di Malaysia berdasarkan respon terhadap Isu-isu seperti bukan Islam di larang masuk ke masjid atau membaca Al-Quran. Dan baru-baru ini yang paling hangat ialah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sinappapal adalah murid tahun dua. Anak yatim miskin yang tinggal bersama ibunya di kawasan estet tiga kilometer dari sekolah. Setiap hari ibunya menghantar dia kesekolah berjalan kaki. Waktu pulang pula dia berjalan pulang bersama jirannya, Zulkifli. Zulkilfi adalah satu-satunya kawan yang baik dengannya. Persahabatan mereka berdua ibarat adik-beradik. Paling mengharukan bila Sinappapal mengajar Zulkifli mengucap syahadah kerana tak mahu kawannya terus di marahi Ustaz Sudin.

Konflik Sinappapal dan Ustaz Sudin bermula apa bila dia enggan keluar ke kelas Pendididkan Moral sebaliknya mahu tinggal di kelas dan mengikuti kelas Pendidikan Islam. Sejak awal lagi Ustaz Sudin tidak bersetuju tetapi terpaksa menerima kerana Guru Besar membenarkan permintaan Sinappapal.

Ustaz Sudin mengajarkan, pelajaran agama Islam untuk orang Islam sahaja, Allah itu tuhan orang Islam sahaja. Setiap kali Sinappapal memberi salam kepadanya, dituduhnya murid yang naif itu hendak menyindirnya. Bila Sinappapal mengikut-ngikut belajar syahadah, di marahnya. Bila dia tahu Sinappapal curi-curi ikut belajar sembahyang di surau, dia naik angin. Bila dia menampar Sinappapal, terpacul  “Allahu acbat!” dari mulut anak kecil itu. Bertambah kemarahan Ustaz Sudin pada Sinappapal kerana dia terasa di ejek.

Novel ini walaupon nipis tetapi kisah yang tertulis di dalamnya sangat berkesan di hati. Dalam novel nipis ini, Allayarham Azizi Haji Abdullah mencuit sikap masyarakat Melayu berkaitan isu yang aku nyatakan di perenggan pertama pada watak Ustaz Sudin. Watak Ustaz Sudin juga mencerminkan sikap sebahagian masyarakat Islam di Malaysia yang tidak berhikmah dalam berdakwah dan mendidik. Malahan dia tidak merasakan peri pentingnya berdakwah kepada bukan Islam. Sedangkan peluang itu terbuka di depan mata. Dalam cerita ini, Ustaz Sudin masih beruntung kerana muridnya adalah Sinappapal. Akhirnya Sinappapal mengajar Ustaz Sudin bahawa – Hidayah itu milik Allah.

Setiap anak yang lahir, tidak mengira apa agama ibu bapanya, mereka lahir suci dan bersih tanpa dosa. Mereka adalah ahli syurga. Manusia, apabila mencapai umur baligh, barulah dipertanggungjawabkan kelakuannya dan pilihan agamanya.

image

Lihat kod bar. Harga buku ini cuma RM4.50!

—————————————————————–
Sayang sekali buku ini tak lagi dapat ditemui di kedai-kedai buku. Kalau DBP membuat jualan gudang, cubalah cari. Sangat bernilai permata di dalam novel ini.

Berikut adalah secebis cerita yang dikongsikan saudara Firdaus Wong Wai Hung di laman Fbnya pada 11 Februari 2013

Ada seorang perempuan non-muslim, masih belajar di salah sebuah ipta di Malaysia. Dia berminat untuk memeluk agama Islam dan bertekad untuk belajar mengenai asas-asas Islam.

Oleh itu, dia berusaha untuk menghubungi beberapa tempat tetapi tiada suatu tempat pun yang ingin memerimanya. Kata mereka : “Maaf ya, kelas fardhu ain kita hanya untuk muslim sahaja. Non-muslim tak boleh. Nanti kalau awak dah masuk Islam, barulah boleh datang sini”

Dia sangat kecewa tetapi masih berusaha hinggalah akhirnya ada satu tempat menerimanya, yang sebenarnya merupakan sebuah kursus keagamaan (mungkin kem ibadah/solat). Disana, para peserta dikehendaki untuk qiyamullail, baca Quran dan sebagainya.

Ketika waktu solat fardhu berjemaah, dia pun ingin menyertai bersama dengan muslim yang lain lantas berdiri bersama mereka. Tetapi, ada seorang ustazah menariknya kebelakang dan berkata, “Maaf ye, solat ini untuk orang Islam sahaja”

Selepas itu, dia dipanggil oleh seorang ustaz dan ustazah ke sebuah bilik dan disoal-siasat,ditorture dengan pelbagai sangkaan dan tuduhan dan ditanya adakah dia mempunyai agenda tersembunyi menyertai program tersebut. Dia tidak menjawab dan hanya menangis.

Kemudian dia terus pulang dan apabila ditanya mengenai hasratnya sebelum ini yang ingin memeluk Islam, dia seraya berkata.

“Forget about Islam!”

**************************
Selepas mendengar cerita ini, saya hanya terdiam dan termenung, memikirkan masalah mental yang dihadapi oleh segelintir Muslim disini, lantas terngiang-ngiang sabdaan nabi saw :

“Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, tiada sesiapa yang menjadikan agama ini susah melainkan dia akan tewas. Maka hendaklah kamu perbetulkan, dekatkan, gembirakan dan mohonlah pertolongan (gunalah kesempatan) daripada perjalanan pada waktu pagi dan petang serta sedikit daripada perjalanan pada waktu awal malam” [Sahih al-Bukhari]

Tolonglah fikir dan muhasabah sendiri. Sampai bila kita mahu berfikiran kuno sebegini?

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s