Small, medium, large?


April, 2009. Bangkok

Thai_Noodle_Soup_by_lilkoda16

Kerana terlalu teruja dan bersemangat hendak membelah kota Bangkok, kami bersiap awal pagi itu. Seperti yang telah kami janjikan semalam, jam tujuh setengah kami berempat sudah turun meninggalkan bilik penginapan. Bukankah kami pengembara? Kami bukannya pelancong yang mampu menyewa hotel mewah bertilam empuk. Bilik sewaan kami cuma berharga 400 bath semalam. Jika ditukar kepada ringgit Malaysia lebih kurang RM40 berkongsi dua orang. Walaupon tilamnya keras seperti papan, kami tidur nyenyak kerana kepenatan. Aku boleh berkompromi dengan tilam, yang lebih penting ialah tandas bersih. Kalau boleh biarlah bilik yang mempunyai tandas sendiri. Mudah, selesa dan yang penting aurat terjaga.

Di pendekkan cerita selepas menghabiskan kira-kira tiga puluh minit di dalam kedai 7Eleven yang terletak berhadapan dengan rumah tumpangan kami, kami pon bergerak ke destinasi pertama, Grand Palace. Oh, engkau nak tahu apa yang kami buat begitu lama di 7Eleven? Terpaksalah aku panjangkan cerita ini. Kami mengitari setiap rak  dan membelek hampir semua jenis makanan yang ada di situ. Memerhatikan apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh. Apa yang halal dan apa yang tidak. Kami senang hati, banyak produk biskut dan coklat keluaran Malaysia dengan tanda halal JAKIM. Makanlah tanpa was-was! Akhirnya kami membeli sedikit biskut dan secawan kopi untuk mengalas perut.

Berpandukan peta yang kami ambil di kaunter khidmat pelancong di lapangan terbang semalam, kami bergerak dari Khao San ke Grand Palace. Tidak ramai orang lalu lalang. Khao San lebih bernyawa pada waktu malam. Tempat pengembara-pengembara mat saleh bersuka-ria, berhibur dan togok arak sampai waktu sahur. Malam tadi, dalam perjalanan pulang ke bilik selepas makan malam, kami berkitaran juga di sekitar Khao San. Walaupon ramai pengembara yang suka dengan kemeriahan Khao San, ia tak sesuai dengan jiwa aku. Aku rasa canggung dan tak selesa. Oleh kerana kami sudah “tertinggal” di kawasan ini, tak dapatlah aku mengelak. Tetapi suasananya di waktu siang agak menarik, mirip suasana di Jalan Petaling. Apa saja yang diperlukan oleh seorang pengembara boleh di dapati di sana. Kedai dan gerai menjual baju, beg, cenderamata, farmasi, buku terpakai dan segala jenis makanan jalanan. Kedai urut pon banyak, pilih saja mengikut keselesaan bertutup atau terbuka. Pendek kata jalan Khao San ni murah meriah. Walaupon ada bar yang buka 24jam, manusia dan syaitan tak begitu menggila di waktu siang.

Ah, bukankah tadi aku mahu pendekkan cerita? Baiklah, kali ini aku benar-benar serius. Di pendekkan cerita kami tidak jumpa pintu Grand Palace. Dengan kata lain, kami sesat. Mungkin kami terlalu awal. Akhirnya kami berjalan tanpa tujuan. Yatt memegang peta dan aku memegang senarai hikmat. Kau tahu apa dia dalam senarai hikmat tu? Hehehe… senarai kedai makan muslim. Berdasarkan alamat dan peta, sepatutnya ada sebuah kedai di situ. Perlu di ambil perhatian, pengembaraan ini berlaku pada tahun 2009. Kami tiada GPS sebaliknya GHS – gerak hati sahaja. Kaki kami terus melangkah mengikut gerak hati. Kami melintas jalan utama dan masuk ke lorong-lorong deretan bermacam-macam jenis kedai. Dari kedai runcit, kedai membaiki alat elektrik, kedai jahit, kedai makan, kedai kain, kedai kraftangan, kedai barang plastik dan sebagainya. Orang tempatan sibuk menadah rezeki di pagi yang cerah. Kami berjalan saja menyusur lorong demi lorong. Aku mula menikmati “kesesatan” ini. Aku 100 kali lebih suka melihat gelagat orang tempatan di tempat yang tidak popular berbanding melihat pelancong mabuk di Khao San. Suasana di sini agak klasik, seperti bandar Batu Pahat dalam memori kanak-kanakku. Walaupon kebanyakan papan tanda kedai bertulisan Thai, melihat dari suasana dan orang-orang yang berurus niaga aku dapat mengagak ini adalah kawasan pemborong. Mungkin kerana lorong-lorong di situ agak sempit, hampir tiada kereta, van apatah lagi lori di gunakan. Sebaliknya mereka mengangkut barang dengan motorsikal yang diubah suai. Gerabak di sambung pada motorsikal sama ada di belakangnya, di sisi atau di depan.

“Perut aku dah berbunyi ni” Nott tiba-tiba bersuara. Entah sudah berapa kilometer kami berjalan, manalah tak lapar walaupon masih belum waktu makan tengah hari.

Yatt menepuk bahu aku “Tu ada akak pakai tudunglah!” katanya.

Kami pon berjalan ke arah perempuan yang Yatt maksudkan. Dia masuk ke sebuah kedai. Kami pon menunggu di luar. Agak lama juga kami menunggu. Nott hampir putus asa.

“Entah-entah dia pekerja di sini” ujarnya.

Tiba-tiba perempuan tadi keluar dari kedai tersebut dan terus bergerak melintas jalan. Aku membuka mulut tapi kaku kebingugngan.

“Nak panggil macammana?” tanyaku pada mereka.

Mereka bertiga tidak menjawab soalanku malah menggesa aku. “Cepat! Nanti dia hilang!”

Bingung!

“Miss! Miss!” panggilku. Secara tak sedar aku sedang berlari anak mengejarnya. Dia menoleh dan memandangku pelik. Aku sangkakan dia mahu berhenti, malah dia semakin mempercepatkan langkahnya.

“Miss! Assalamualaikum!” Ah, bukankah assalamualaikum adalah kod universal untuk orang islam? Kenapalah aku tak terfikir tadi. Dan, benar! Dia berhenti. Aku pon tersengih-sengih mendekati dia. Melihat kejayaanku, kawan-kawanku pon segera mendekati kami.

“Assalamualaikum” ucapku lagi.

“Waalaikumussalam” jawabnya. Aku rasa seronok pula, seolah-olah kami benar-benar berbual.

“Err… Do you know any muslim or halal restaurant around here?”

“kapppsaya krungtak fahamkapp kappaawak cakapppkapp apakappp”

“Emmm…. halal.. eat..” aku mengucupkan lima jari dan menyuakan kemulut.

“Ohh…. makankapppp krungkamu kapp mahu makankapppp”

Aku mengangguk-angguk, berkeyakinan penuh dengan kebolehan deria keenamku.

“Kappp kamukrung kapppjalankapp krungterus kapp kapp belokkkap kirikapp”

Aku memerhatikan dengan teliti lenggok tangannya ketika dia bercakap.

“Jalan terus kemudian belok kiri?” Bercakap bahasa Inggeris atau Melayu tak ada bezanya di sini.

“kapppp yakappp”

“Terima kasih” aku menundukkan kepala sedikit. Dia tersenyum sebelum berlalu.

“Jom!” aku mengajak kawan-kawanku dengan bangga.

Hampir sepuluh minit berjalan, kami telah belok kiri tetapi tak berjumpa pon dengan kedai yang dimaksudkan.

“Assalamualaikum!”

Kami terperanjat bila tiba-tiba ada orang memberi salam. Aku menoleh, seorang lelaki sedang menebar roti canai, lebih tepat dia sedang memasak murtabak.

“Waalaukumussalamm” kami menjawab hampir serentak.

Seorang perempuan muncul dari dalam kedai lalu menjemput kami masuk. Dia kelihatan peramah dan murah senyuman. Sayangnya kami saling tidak memahami pertuturan masing-masing. Nampaknya mereka baru saja memulakan perniagaan hari itu. Aku kira mereka berdua suami isteri. Seperti lazimnya kedai-kedai makan di sini, mereka masak di pintu kedai dan pelanggan makan di dalam. Bukan main lebar lagi sengih kami saat melangkah masuk. Hai perut, kenyanglah engkau sekejap lagi.Setelah kami duduk, si isteri datang bertanyakan hajat kami. Untuk memudahkan penceritaan, aku namakan dia May.

“kappp makankapp krungminum kappp??” tanya May.

“Emmm coffee?”

“Coffee … kapp coffee” May mengangguk-angguk. Aku kira dia mengesahkan pesananku.

“Macam mana nak mintak air sirap ke.. oren ke..” tanya Oli

“Tak payah mengada-ngada.. mintak kopi atau teh je” tegasku. Yatt dan Nott ketawa melihat Oli terkulat-kulat.

“kapp makammkapppp??” tanya May setelah kami semua memesan minuman.

“Murtabak??” aku menunjuk ke arah si suami yang masih sibuk menebar doh.

“Kapp.. kap…” si isteri mengangguk-angguk.

Yatt juga memesan murtabak.

“Itu apa?” Oli menunjuk kepada bahagian dapur bersebelahan dengan meja murtabak. Beberapa longgokan mee, sayur, telur terpamer di situ.

“Sup….. noodle… kapp kamukappp mahu kappp?”

“Aku nak noodle soup jugalah” Nott mencelah. “Two noodle soup!” Nott membuat isyarat dua jari.

“Kapp… er….. small, medium, large?”  tanyanya pula. “Kapp kapp krung.. small.. kapp meduim.. large… kapp kap kapp?”

Deria keemanku gagal mentafsir. Tapi aku tak mahu kalah dan masih mahu berpura-pura bijak.

“Saiz mangkuk kot!” tekaku.

“Macam McDonald je, ada regular, large.. ha ha lucu” komen Yatt pula.

“Kappp krung.. bukankappp.. kamukapp kungsalah kap fahamkappp”. Sambil bercakap, tangan May menari-nari tetapi aku tak dapat menangkap maksudnya.

Kami tersengih-sengih kerana tidak faham akan maksud si penjual.

“Medium saja lah, kalau large tak habis pula nanti” Nott meminta pendapat Oli.

Bukan kami saja kebingungan, May lebih lagi kebingungan. Dia kehabisan cara mahu menerangkan kepada kami. Tiba-tiba dia meninggalkan kami.

“Aku redha saja lah apa yang dia bagi nanti” Nott menyerah.

“Tak apa Nott, aku dengan Yatt kan ada, kita orang boleh tolong habiskan” aku mengangkat kening.

Yatt pula tekun memerhatikan May. “Dia nak tunjuk mangkuk la” ujarnya.

“Eh.. tak la.. dia terus buat, tu dia dah ambil mee” balas Nott.

“Eh.. dia ambil pinggan pula. Small mangkuk, medium pinggan!” makin seronok pula Yatt berteka-teki.

“Habis tu large pula apa?” soal Oli seolah-olah tak puas hati.

May kembali ke meja kami. Dia hanya menatang sebiji pinggan, membuatkan kami semakin tertanya-tanya. Dia meletakkan pinggan tersebut di pusat meja.

“Small, medium, large!” ujarnya sambil tersenyum-senyum.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaahhhh…………………” serentak kami ketawa.

“Small, medium, large!” ujarnya lagi sambil menunjuk isi di dalam pinggan tersebut. Mee hoon, kuay teow kecil dan kuay teow besar.

Advertisements

4 thoughts on “Small, medium, large?

  1. matabaaaaaaa…. kekekekek..

  2. Wakakaka mee pun ada size!!
    Tapi aku suka yg GHS tuuuu…. 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s