Isabella – Buku


isabellaTajuk: Isabella
Pengarang: Maulana Muhammad Sadeed Dehlvi

Kisah dalam buku in berlatar belakangkan zaman kegemilangan Islam di Cordova, Sepanyol. Suatu hari anak gadis ketua paderi Cordova bersiar-siar di taman bersama rakan-rakannya. Secara kebetulan mereka terdengar perbualan dua orang lelaki muslim tentang isi Bible iaitu surat St Paul yang mengatakan hukum agama adalah kutukan (curse). Perbualan itu telah menimbulkan persoalan dalam diri Isabella. Oleh kerana tidak berpuas hati Isabella memanjangkan persoalan tersebut kepada ayah dan guru teologinya, namun kedua-duanya gagal memberi jawapan yang memuaskan hati Isabella. Beberapa hari berikutnya, Isabella sekali lagi pergi ke taman Cordova dan mencuri dengar perbulan Umar Lahmi dan Muaz. Isabella merasa tercabar lalu mengutus surat supaya Umar Lahmi dan Muaz setuju berdebat dengan para paderi terkemuka Cordova dan membuat perjanjian bertulis sekiranya para paderi berjaya memberikan jawapan kepada persoalan mereka, mereka mesti memeluk agama Kristian. Cabaran itu di terima oleh Umar Lahmi dan Muaz. Isabella seterusnya mengatur sesi perdebatan tersebut.

Perdebatan yang pada mulanya di anggap enteng oleh pihak gereja, berlarutan hingga beberapa sesi. Mereka berpindah dari satu persoalan kepada satu persoalan. Bukan saja mereka tidak berjaya menggoyahkan keimanan Umar Lahmi dan Muaz, malahan iman Isabella yang goyah. Isabella pon mula mempelajari al-Quran dan membandingkannya dengan Bible yang di pelajarinya sejak kecil. Oleh kerana Isabella adalah anak ketua paderi, hal ini telah memecahkan kekecohan di dalam masyarakat Kristian Cordova. Maka bermulalah cabaran hidup Isabella.

Fakta-fakta perbahasan di dalam buku ini dipersembahkan dengan kemas. Nota kaki membolehkan pembaca membuat rujukan silang. Perbincangan dalam buku ini bukanlah perbandingan agama antara Islam dan Kristian tetapi perbincangan topik-topik bersangkutan konsep ketuhanan dalam Bible antaranya tentang Jesus anak Tuhan, dosa warisan dan penyaliban Jesus . Dihujung buku ini barulah diterangkan bagaimana Quran membetulkan fakta-fakta di dalam Bible termasuk membersihkan nama para rasul.

Buku ini sangat bagus sebagai bacaan ilmiah dalam masa yang sama ia masih sebuah cereka. Cubalah fahami dan fikirkan fakta-fakta dan perbahasan yang di persembahkan oleh penulis. Mungkin kita terfikir, kalaulah seorang Kristian membaca buku ini, tentulah akan mengubah atau sekurang-kurangnya menggoyah keimanan mereka. Namun, yang lebih penting ialah kita bertanya kepada diri kita sendiri. Adakah kita menganut Islam kerana kita faham kebenaran akidah Islam atau kita hanya mengikuti nenek moyang kita? Jika kita hanya menjadi pengikut, beranikah kita mengatakan kita lebih baik dari mereka? Kita menolak agama lain, adakah kerana kita faham akan kebatilan yang kita tolak? Umar Lahmi dan Muaz berani berjanji yang mereka akan memeluk agama Kristian sekiranya para paderi dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati mereka kerana satu sebab. Iaitu kerana mereka adalah pencari kebenaran bukannya pencari hujah untuk membenarkan pegangan mereka. Mereka tidak takut pada kebenaran. Sekiranya kebenaran terbentang di hadapan mata mereka, maka mereka akan menerimanya. Tiada ego yang mahu dipertahankan.

Bagi aku, perbahasan paling menarik adalah antara Umar Lahmi dan ayah Isabella. Mereka mengungkapkan agama masing-masing dengan satu perkataan saja. Bagi agama Kristian, keseluruhan agama mereka boleh diterangkan dengan satu perkataan iaitu “CINTA”. Bolehkah kau teka apa dia perkataan yang menerangkan keseluruhan agama Islam? Aku suka topik ini kerana ia sangat relevan dengan keadaan masyarakat kini. Ramai muslim gelabah bila Islam dituduh zalim dan ganas. Tuhan yang di sebut dalam Quran itu pemarah dan asyik mahu menghukum manusia di dalam neraka. Quran adalah buku yang penuh kebencian, terutama kepada orang kafir. Sebaliknya Tuhan yang disebut dalam Bible Kristian sangat penyayang, dia menghantar anaknya ke dunia kerana cinta. Bible mempromosi cinta. Segala-galanya tentang Kristian berasas dari cinta. Para mubaligh Kristian berdakwah dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang, bukan seperti pendakwah muslim yang keras dan selalu menghukum. Segala persoalan ini, pernah menjadi persoalan yang paling aku takuti. Mujurlah aku tidak pernah di tanya secara langsung tentang hal ini. Namun, sekarang kalau aku di ajukan soalan ini, aku akan menjawabnya dengan 🙂

Walaupon ini kisah cereka (entah kenapa aku sangsi yang ianya dari kisah benar), perlu juga diperhatikan kedudukan umat Islam di Cordova ketika itu dan dibandingkan dengan kedudukan umat Islam sekarang. Persepsi umat Kristian kepada umat Islam pada masa itu dan bandingkan dengan persepsi umat Kritian kepada umat Islam pada zaman sekarang.

Saeed Dehlvi

Aku dan Isabella
Aku terlalu mentah ketika pertama kali membaca buku ini. Setepatnya aku tak ingat tahun yang tepat. Ketika lagu Isabella nyayian Amy Search menjadi fenomena di Malaysia, aku yang sangat naif ketika itu menyangka lagu itu dan kisah dalam novel ini saling berkait. Ha ha ha lucukan? Aku ragui aku memahami wacana yang dipersembahkan di dalam buku ini dalam umur semuda itu. Tetapi nama Isabella dan keberaniannya mempertahankan keyakinannya terpahat dalam memori aku bertahun-tahun sehingga aku dewasa. Pada tahun 2009, aku menjumpai buku ini di sebuah toko buku di Bali. Tak sangka inilah buku yang pernah aku baca ketika sekolah rendah. Antara hal yang aku ingat tentang cerita ini adalah Taman Cordova yang sangat cantik. Bila aku baca semula setelah dewasa, imaginasiku gagal membangun taman seindah taman dalam memoriku. Mungkin kerana kanak-kanak lebih berfantasi, lebih naif maka imaginasinya menjadi lebih indah. Seindah zaman kanak-kanak.

Buku yang aku punyai sekarang adalah terjemahan Bahasa Indonesia. Terjemahan Bahasa Melayu yang di sempurnakan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussin boleh di beli online di Pustaka Iman. [ sila klik gambar ]

isabella_baru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s