Rindu Eropah Tawan Damascus – Buku


Tajuk: Rindu Eropah Tawan Damascus
Pengarang : Abdul Munir Md. Ramli
Penerbit: Karangkraf , 2011

Sangking menariknya cerita kembara Munir Ramli, aku menghabiskan buku ini dengan sekali baca. Hal yang membuatnya lebih menarik adalah kembara ini bermula setahun sebelum aku lahir dan di dalamnya ada disebutkan tempat-tempat yang aku sangat kenali. Dari Jalan Kebun Teh Johor Bahru hinggalah Orchard Road, Singapura. Aku penasaran bagaimana rupanya bandar Johor Bahru dan Singapura ketika itu.

Seperti ramai pengembara muda di Malaysia, Eropah adalah antara impian terbesar mereka. Lebih-lebih lagi pada tahun-tahun 70-an dan 80-an gaya hidup hippies sangat popular. Hippies yang datang dari Amerika syarikat dan Eropah mempopularkan gaya hidup kembara dan jalanan. Dari pengamatanku di forum-forum pengembara di internet, aku dapati hal ini masih sangat significant walau hingga zaman ini. Tanah Eropah yang jauh dan asing, yang panjang sejarahnya, yang misteri budayanya, yang sejuk iklimnya, yang biru mata penduduknya, dengan segala kemodenan dan kebaratannya adalah “ultimate dream” bagi ramai pengembara di Malaysia.

Dengan berbekalkan wang saku lima ratus ringgit (aku kira agak lumayan jumlah itu pada tahun 1978) dan buku South East Asia on Footsteps, Munir bertolak dari kampungnya di Sitiawan Perak menuju Thailand. Rancangan asalnya Malaysia -> Thailand -> Myanmar -> Bangladesh terbantut kerana konflik politik Myanmar ketika itu yang masih di bawah kekuasaan komunis. Lalu Munir menjalankan pelab B. Melalui Johor -> Singapura -> India. Dia bekerja beberapa ketika di Johor dan Singapura. Setelah tabungannya di rasakan cukup, dia berlayar menuju India dengan kapal laut bernama Chidambaram.

Aku bertanya kepada rakan sekerja ku warga India yang bertugas di ibu pejabat kami di Singapura tentang kapal Chidambaram. Dia sendiri pon tidak pernah tahu yang India dan Singapura pernah di hubungkan dengan kapal laut. Chidambaran, menurutnya adalah nama biasa di kampungnya. Ia salah satu nama tuhan dari beratus tuhan agama Hindu. Memang lazim orang Hindu menamakan anak mereka dengan nama tuhan-tuhan mereka.

Selalu kita dengar “Kita hanya merancang, Allah yang menentukan”. Itulah kata-kata yang cocok kepada kisah pengembaraan penulis. Di atas kapal Chidambaram dia bertemu beberapa orang yang mengubah haluannya dan boleh di kata mengubah keseluruhan hidupnya. Pada mulanya Munir mengikut arus kerana keadaan yang mendesak, namun akhirnya dia
“Sekiranya Allah tidak beri apa yang kita minta, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik”. Walaupun impian penulis untuk mengembara hingga ke Eropah terhenti di Damascus, itu bukan hal yang buruk. Akhirnya penulis mendapat nikmat yang lebih indah dari menjejak Eropah. Tanah manakah yang lebih berkah yang lebih bahagia bila kita berada di sana selain tanah suci Mekah?

Walaupon Damascus telah di tawan, penulis tetap mahu meneruskan perjalanan ke Eropah. Antara benua Eropah dan Timur Tengah. Antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Antara mata bitu dan mata hazel. Antara burger dan kebab. Antara pepsi dan teh. Antara skirt dan purdah. Antara Trem dan Unta. Antara salji dan padang pasir. Antara dunia orang putih dan dunia orang arab, bezanya ibarat malam dan siang. Begitulah semuanya

Kalau hendak digunakan buku ini sebagai panduan kembara mungkin tidak berapa sesuai. Tetapi buku ini mampu memberi inspirasi kepada para pengembara dan bukan pengembara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s