Laporan perbelanjaan kembara poket nipis Miri-Brunei


My_Bn_Sg

Tarikh: 12/9/2013 hingga 16/9/2013

Airport taxi : RM 11 [RM 22 / 2 orang ]
Penginapan: RM 90 [4 malam (25 + 25 + 20 +20 )]
Sewa kereta : RM 142.50 [ ((MyVi RM130 x 4 hari) + RM50 sucharge) / 4 orang ]
Petrol : RM 29.25 [ RM 117 / 4 orang ]
Tol : RM 7 [ (RM 10 + RM 10 + BND 3) = RM28 / 4]
National Park entrance Fee : RM 20 [RM 10 x 2 parks]
Makan : RM 52.10
Dobi : RM 11

Jumlah: RM 368.25

Nota:

(1) Harga dobi sekilo RM 5. Terpaksa hantar dobi sebab basah mandi air terjun + hujan pada hari ke-2. Hari ke-3 kami check in di Highland Backpacker, rupa-rupanya ada mesin basuh dan pengering, kos cuma RM15 perload. Kalau kongsi 4 orang baru RM 3.75 seorang. Rasa macam nak nangis kan? T_T. Di kedai-kedai dobi Miri juga ada mesin pengering. RM 4 perload, jenis yang masuk syiling. Tapi kena tunggu.

(2) National Park Entrance Fee RM 10. Kami pergi dua tempat. Lambir (30km+ dari bandar Miri) dan Niah (80km+ dari bandar Miri)

(3) Harga makanan agak mahal. Nasi ayam penyet RM9 sepinggan. Nasi goreng pasar malam RM3 sebungkus (polystyrene). Nasi lemak RM2.50 sebungkus (bungkus daun pisang). Biasalahkan, ada kedai murah, ada kedai mahal. Otak-otak RM1.40 sekeping. Walaupon kami masuk kedai biasa-biasa terkena juga yang mahal :P. Pisang goreng sangat murah, RM1 untuk 3 biji pisang.. diulangi, 3 biji pisang bukan 3 hiris dari sebiji pisang. Di medan selera Taman Seroja, semangkuk tom yam berharha RM7, boleh makan 3 orang (sebab tak tahu tu yang jadi membazir T_T).

(4) Kereta sewa guna ‘get full tank return full tank policy’. Ada banyak kaunter di airport, tanya setiap satu dan bandingkan harga (lebih kurang je.. kalau nak tawar bisik-bisik sikit :P). Hampir semua jalan adalah jalan sehala, jadi kalau terlepas simpang, memang jenuh la nak u-turn. Kadangkala lebih mudah jalan kaki dari berkereta.

(5) Tol Asean Brigde RM10 sehala. Bapok mahal!

(6) Tol di Brunei sebenarnya BND3 sehala, tetapi masa pergi kami tak bayar sebab kami belum tukar duit. Mujurlah pak cik tol gate sangat baik hati bagi kami lepas, kalau tak terpaksalah patah balik ke Miri. Jadi sila tukar duit siap-siap di Miri. Money changer cuma ada di shopping complex saja ya.

(7) Banyak hotel murah di Miri sebenarnya tak ambil tempahan (jenis hotel ah seng). Kalau ada kosong boleh check-in, mereka tunggu orang keluar (lepas jam 12) baru mereka boleh beri bilik kepada tetamu baru. Beberapa backpacker lodge boleh di tempah melalui internet. Kos semalam dalam lingkungan RM20-RM35 seorang.

Miri_Sept2013 Brunei_Sept2013

5 thoughts on “Laporan perbelanjaan kembara poket nipis Miri-Brunei

  1. Toll asean bridge tu mmg membunuh … apekah justifikasi utk charge RM10 tiap kali lalu??? Padahal jambatan cinonet jer…

  2. Very2 good info…blh jadi panduan kalu nak ke brunei ikot main land. Mahal jugak tol tu ya…ala2 penang brdge ke jaohnya..?

Leave a reply to farikica Cancel reply