Menunggang motor di Vietnam


Riding at Mui Ne. Ini baru selfie!Riding at Mui Ne… ini baru selfie!

Nota: Saya tak menunggang di Saigon kerana trafiknya terlalu menakutkan 😛

Saya menunggang di Mui Ne dan Da Lat. Kalau anda berkembara berseorangan atau berdua, motorsikal cara kedua yang yang paling ekonomi. Cara paling ekonomi tentulah dengan menghayun kaki hehe. Jadi di bawah ini, saya catatkan sedikit nota yang perlu anda tahu jika mahu menunggang motor dia Vietnam. Lagi pula, Mui Ne dan Dalat tak besar. Pusinglah celah-celah pekan dan kampung tapi ingat, sorokkan bakat rempit anda hehe.

1. Mengikut undang-undang Vietnam, hanya pemegang lessen Vietnam saja yang boleh memandu. Tapi di Mui Ne atau Dalat, ramai pelancong menyewa motorsikal. Jadi kamu mesti berhati-hati jangan sampai berlaku perlanggaran dan sebagainya yang akan melibatkan pihak polis.

2. Sentiasalah pakai topi keledar keselamatan.

3. Di sekitar sand dunes di Mui Ne, pasir berterbangan terutama waktu siang. Pemandu mesti pakai topeng muka & cermin mata

4. Suhu Dalat siang sekitar 20° dan malam sesejuk 13°. Jadi sedialah jaket, kalau naik motor petang-petang sejuk macam Kuala Krai.. haha.

5. Banyak motor jenis skuter, motor kapcai jarang kelihatan.

6. System trafik mereka berbeza. Pemandu di sebelah kiri. Jadi lorong pemanduan terbalik dengan kita.

7. Orang Vietnam tidak memandu laju, slow and steady je.

Sesat di hujugn jalan, balik ke pangkal jalan :PSesat di hujung jalan, balik lah kepangkal jalan 😛

8. Walaupon tak memandu laju, tetapi mereka tidak pandai berhenti. Tak kisahlah di simpang jalan atau lampu trafik sedang merah.

9. Mereka sangat sukaaaaaaaaaa tekan hon. Lebih-lebih lagi kalau mereka hendak memotong. Bawa bertenang, hon mereka tidak bermaksud marah cuma bermaksud – “aku kat sini oiiii!!!”

10. Jika mereka hendak memotong, mereka tetap memotong walaupon ada kenderaan dari arah depan. Jadi kamu perlu lebih berhati-hati dan perlu juga perhatikan pergerakan kenderaan di lorong bertentangan.

11. Oleh sebab tabiat pemanduan mereka yang ‘selit asal boleh ni’ saya cadangkan anda sewa motorsikal gear automatik. Sebab kalau terberhenti di tengah-tengah simpang yang mana semua kenderaan lain bersimpang siur, sekurang-kurangnya enjin tak mati ( pengalaman ngeri saya )

12. Di Da Lat, saya tak pasti adakah semua motorsikal memang macam tu atau motorsikal yang saya bawa sahaja (sebab semua orang pandu perlahan). Kelajuan maksimum motor tersebut, 30kmj. Bayangkan saya panjat bukit untuk pergi stesyen kereta kabel. Haha

13. Bahu jalan di Vietnam adalah kaki lima kedai. Jadi kalau hendak singgah kedai kamu perlu naik ke kaki lima, kadang-kadang agak tinggi.

14. Di Dalat, ada banyak bulatan. Jadi agak mudah nak pusing atau u-turn.

15. Jalan di Mui Ne, sebenarnya jalanya tegak saja. Kalau hendak ke Red Sand Dunes, memang mudah naik motor. Kalau ke White Sand Dunes … jaraknya lebih 30km dari pekan. Saya patah balik sebab minyak tak cukup :P. Kalau anda tak ke White Sand Dunes pon, bawa motor kea rah sana memang seronok memandu turun bukit di tepi pantainya yang panjaaaaaaaaaaaaanngggggg.

16. Di Dalat, peta amat penting. Mintak dari rumah tumpangan/hotel/hostel anda menginap. Mui Ne pula, jalannya tak rumit (dari kawasan guest house cuma ada satu jalan menuju ke pekan/kampung nelayan), cuma pastikan anda ingat betul-betul lokasi rumah tumpangan anda sebab sepanjang jalan tu kelihatan sama saja.

Itu sajalah setakat ni, kalau ingat yang lain nanti saya tambah lagi. Dua gambar di bawah ni, suasana di Saigon.

Saigon's Night Rider

Saigon during rush hour

Advertisements

3 thoughts on “Menunggang motor di Vietnam

  1. macam tu rupanya keadaan trafik di sana… selalu tengok dalam tv jer.. rupenya mmg betul.. saya memang tak berani nak sewa motor kat negara orang… takut… ! hehe….

    • Stress juga sebab asyik kena hon. Cambodia pon lebih kurang sama. Bayangkanlah, naik bas dari Phnom Penh ke Saigon, driver asyik tekan hon sepanjang perjalanan. Langsung tak boleh tidur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s