Siapa yang PEKAK?


pekak_mini

Menurut Syarifah Amani, “Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak”. Selepas menonton saya kira 2/3 filem tersebut, saya setuju, malah saya salute tindakan Brunei dan saya kecewa mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian. Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah. Kesan dari filem ini, saya sudah “dengar” di dalam panggung ketika menontonnya. Kesan seterusnya? Saya tak sanggup bayangkan.

Sebelum itu, saya harus beri kredit pada pembukaan cerita yang segar, sudut kamera yang kreatif dan lakonan Zahiril Adzim dalam menunjukkan kesunyian orang pekak. Sayangnya filem ini bukan cerita tentang dia.

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.
Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.
Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama
Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca
Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.
Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.
Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu memprovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kanak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah “Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.

8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan. Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan
suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus. Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.
Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat. Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip? Heh.

Kenapa saya marah?

Kata Syarifah Amani, “Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya” Saya anggap Amani tersasul menyebut “dakwah”. Siapakah sasaran penonton cerita ini? Pemimpin negara? Supaya mereka mahu buka mata pemimpin negara akan keseriusan masalah sosial di negara ini? Atau adakah mereka sasarkan ibu bapa yang mempunyai anak remaja? Supaya ibu bapa berjaga-jaga akan tingkah laku anak mereka? Jangan sorok fakta, sasaran penonton filem ini adalah remaja. Seperti
remaja-remaja yang duduk di barisan belakang ketika saya menonton. Adakah filem ini mampu beri pengajaran baik? Anda nilaikan sendiri dari cerita saya di atas. Sebelum keluar panggung saya sudah mendengar kesannya. Saya tidak pekak.

Bergiat secara aktif dalam NGO, membuka telinga saya dari kepekakan terhadap isu-isu sosial. Saya mengenali Puan Vimmi Yasmin Razak secara peribadi walaupon saya baru pernah berjumpanya sekali. NGO kami telah bekerja sama beberapa kali. Ketika beliau mula menubuhkan Rumah Kita (rumah perlindungan untuk ibu remaja dan anak tidak sah taraf), Our Touch menyokong dengan dana sewa selama setahun. Saya membaca luahan rasa Kak Vimmi setiap hari di facebook beliau. Tentang anak-anaknya, tentang cucu- cucunya. Kerisauannya tentang gejala sosial yang melanda generasi muda negara ini dan jerit perih mencari dana untuk membela mereka. Anak-anak yang tersasar ini, beliau peluk dan pelihara. Tapi siapa akan merawat puncanya? Kejahatan tak perlu di ajar, syaitan ada di mana-mana. Kenapa kita mahu membantu syaitan? Bukan ada satu saja rumah perlindungan seperti ini di negara kita, banyak! Bukalah telinga anda, dan dengarkan rintihan mereka.

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa
marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.
Kau tidak adil kau tidak menontonnya sampai habis

Durasi filem ini 1 jam 36 minit. Filem bermula kira-kira jam 8.05 malam dan saya keluar kira-kira 9.25 malam. Selama satu jam dua puluh minit filem tu penuh dengan adengan-adengan rendah moral dan ia belum berakhir. Adakah anda fikir beberapa minit terakhir filem tu mampu
memurnikan minda anak-anak remaja yang tercemar dengan segala kebejatan yang diajar selama sejam lebih sebelumnya? Dapatkah mereka memadam imej-imej rendah moral dan dialog-dialog rendah akhlak dari minda mereka?

Tindakan Brunei tepat

Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama
saja. Adengan hisap dadah. Adengan panjat tembok sekolah. Adengan bercumbu. Adengan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara?

Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah.  Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban
hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masaalah yang ada!

Sinopsis cerita boleh baca disini


Ketika melangkah keluar panggung, ada dua stroller di ruang tepi. Saya secara bersahaja bersuara perlahan “Siapa yang bawa anak ni? Baliklah! Cerita ni tak elok bagi anak-anak tengok. Saya pon tak sanggup tengok lagi” Saya rasa hendak menangis lihat si kain putih bermain-main sendiri di tepi tangga sedangkan ibubapanya sedang menonton adengan rogol. Sedih dan marah. Tangan saya menggigil.

 

Advertisements

184 thoughts on “Siapa yang PEKAK?

  1. Melihat previewnya saja sudah tak sanggup. Apalagi mahu tonton filem. Terima kasih keràna memberi ulasan yg sepatutnya. Semoga dapat membuka mata dan minda pihak-pihak berkenaan hendaknya.

  2. Yep… Mmg dah lm sy ingin suarakan perkata yg sama. Jiwa sy tidak tenteram lantaran punya 5 anak. Tersilap langkah mendidik diri yg merana. Jauh dr itu…pemimpin punya byk agenda hingga tak nmpk filem melayu yg semakin agresif menunjukkan nilai moral yg semakin rendah. Bersedialah mereka yg akan dipersoalkan diakhirat kelak. Haramkan filem ni dan yg seangkatan. Sy pun cemuih dgn filem yg suka sgt merosakkan fikiran remaja.

  3. saya setuju memang ada babak yang keterlaluan, tapi ini adalah antara filem yang berani menyuntik reality kehidupan masyarakat minoriti di Msia. kalau anda tengok dgn nafsu, mmg nafsu lah anda dapat. Msg mmg tepat dgn sejauh mana dadah boleh menjerumus budak kpd mcm2 masalah.

    • awak rasa budak-budak remaja dibelakang yang seronok bersorak tu tengok dengan akal ke nafsu?

    • What do you mean by “tgk dgn nafsu” ? Nafsu is what we HUMAN always carry around.. So if u find any moral values in that movie.. Kindly share with the people out there.

    • Hanya minoriti shj yg anggap ia ilmiah.. majoriti mengganggap ia sebagai hiburan.. dan pencetus idea.. lebih baik elakkan diri daripada masalah .. cegah lebih baik dari merawat

    • ye mmg, tapi babak iktibar tu cuma di penghujung cerita, sbb babak kterlaluan dah memenuhi ruang cerita, rasanya tak perlu kot ketengahkan masalah sosial, serupa mcm kita promote masalah sosial kita sendiri. nsib baiklah takde tunjuk adegan buang bayi dlam longkang, lagi memalukan.

    • So salah penonton la pualak sebab tgk dgn nafsu? Islam suruh wanita tutp aurat dan laki tunduk pandangan. Bukan laki je tunduk pandangan pastu pmpuan bukak sana sini. Pastu salahkan org yg tgk?

    • Remaja adalah golongan yang sangt senang di pengaruhi.. dengan memaparkan adegan2 sedemikian, ianya seperti mengalakkan mereka untuk mencuba. ianya umpama melarang seseorang membunuh diri tapi melihatkan cara cara bagaimana untuk melakukan nya. Suntikan realiti kehidupan masyarakat dapat dilakukan dengan cara yang lain. Kenapakah remaja dan belia sekarang semakin teruk? Ianya juga datang dari impak harmless entertainment yang kita siarkan dan tonton saban hari. Untuk melihat adegan sedemikian tanpa nafsu? tepuk dada tanya selera. lebih lebih lagi remaja yg meningkat umur dan suka meneroka sesuatu yg baru. Jika filem filem yg dipaparkan mengangkat nilai moral yang tinggi, tidak mustahil efek yg sama terjadi di kalangan masyarakat kita. Memaparkan nilai nilai moral sebegini adalah seperti mengalakkan masyarakat untuk menerima perbuatan2 tidak bermoral menjadi norma kehidupan. lantas perbuatan sedemikian tidak mustahil satu masa nanti akan di jadikan sebahai sesuatu yang biasa dan acceptable. apa yang lebih banyak buruk daripada baiknya, hendaklah dihindarkan sama sekali. Seni tidak menghalalkan cara. Seperti masyarakat barat yang mengangap potret berbogel sebagai seni, bayangkan kalau terjadi di Malaysia, anak melayu berbogel atas nama send. Adakah ia masih Halal? Seni mempunyai banyak cabang. Sekarang ni, apa yg mencabar adalah bagaimana hendak menjadi kreatif dan sopan at the same time. Senang je nak tayang adegan seks, rogol, menghisap dadah di layar tetapi seni sebenarnya adalah apabila semua itu dapat di paparkan dalam unsur tidak visually provokatif, disitulah baru kita boleh lihat kebolehan anak seni kita dalam menghasilkan karya mereka kerana perkara sedemikian lah sesuatu yg mencabar pada masa ni. Sudah sudahlah duduk dalam zona selesa. Sejujurnya, filem ini hanya menitikberatkan pulangan modal dan keuntungan daripada masyarakat kita sendiri.

    • penonton di pawagam adalah 90% remaja. Adakah remaja boleh berfikir macam yang saudara fikir ???

    • Jangan terlalu taksub…anak2 muda termasuk anak2 anda mungkin tidak mampu berfikir baik atau hajat ..bersih atau Kotor…Kita yg berakal patut memandu mereka bukan menjahanamkan

      • Sebab tu filem ini untuk tontonan 18 tahun ke atas & klasifikasinya 18PG bukan P13 seperti didakwa penulis artikel ini…Maka orang lebih berumur boleh memberi panduan kepada golongan remaja & anak2 yang masih di bangku sekolah.

        Dan bila filem ini untuk 18 ke atas,maka saya pelik & hairan bagaimana ada budak kecil,baby dgn stroller & budak2 remaja boleh ada sekali dalam panggung bersama penulis.Saya pernah mahu menonton filem untuk 18 tahun ke atas bersama isteri & membawa baby umur belum cukup setahun,di halang dari masuk ke panggung di semua pawagam (GSC,TGV,MBO,Cathay).

        Bila kita beli tiket juga akan di cetak bersebelahan tajuk filem angka 18,jadi saya hairan bagaimana penulis berkata bila menjawab salah satu komen,dia tidak melihat di mana2 ada tertulis tentang klasifikasi filem ini..ia seolah-olah menggambarkan penulis tidak pun menonton filem ini di panggung.

      • Lagi-lagi kebenaran saya menonyon atau tidak dipanggung. Saya semak di cinema.com.my. saya tak lihat senarai filem di skrin kaunter. Saya sampai terus beli tiket. Kenapa tak persoalkan tanggungjawab penerbit meletakkan label 18sg di poster?

        Bagi sesiapa yang sudah menonton, dan membamdingkan artikel saya , kira-kira dapat membaca pendetailan di situ sementalah filem ini belum ada di mana2 media lain.

        Atauuuu…. awak pon belum menonton?

    • manusia tanpa nafsu? manusiakah itu?

  4. Syabas atas tulisan ini. Moga diterima sebagai ibadah. Pengajaran besar untuk seorang penulis. Apabila tulisan kita difilemkan dan ditayangkan dan membawa seribu kerosakan… bayangkan berapa banyak dosa yang terkumpul di bahu!

  5. Menang di cannes kut sbb ada adegan berpura2 mengaji. Syok la anti Islam bila org Islam sendiri ‘hina’ agama sendiri.

  6. Thanks for the sharing.. I’m glad there is someone who voice this thing out.

  7. Review yang sangat baik. Inilah punca kpd masalah sosial.pembuat filem mencari sasaran mudah utk mengaut keuntungan. Agak²nya berapa ramai yg bolot baju sekolah dlm beg, berada dlm panggung dan melakukan amali spt yg dipaparkan?. Sdgkan ibu bapa terpaksa menjana ekonomi negara, silibus sekolah yg membosankan. Adakah ini generasi akhir zaman. Sdgkan dgn cikgu² yg berpandukan rotan serta ibu bapa yg tegas 40tahun lepas juga mnghasilkan kepimpinan yg korup..adakah generasi ini mampu mentadbir dgn lebih baik. Sadisss

  8. Tq fr the review. Saya x kan bawa ank2 menonton filem ini di cinema klu mcm tu gaya ceritanya.

  9. Tuan, saya belum tgk. walaupon review persendirian tuan ini saya kirakan amatlah dlm keadaan marah x habis nengok plak tuh, saya tetap nak pergi tgk.

    kerana, selain daripada cerita mistik, gangster, cerita bajet indah murni, saya tau dengan PEKAK, ianya berdasarkan reality.

    segala benda yg tuan saksikan itu berkisar pada reality zaman skrg.

    Dulu2 ada cerita namanya Spinning Gasing…Saya masih ingat ianya dikecam dgn teruk akibat reality yg melampau. Tiada bezanya dgn Pekak barangkali..

    saya setuju kalau ada babak2 yg kurang sesuai pada umur bawah 18 tahun tapi mungkinkah itu dianggap mundur?

    Bdk2 skrg dah advance semacam. takat nak nengok blue skrg hanya dgn sharing via whatsapp. itu reality yg saya nampak.

    reality adalah kadar kes rogol yg x pernah berkurangan tahun demi tahun.

    reality adalah mencuri demi thrill dan habit dikalangan pelajar menjadi normal since dari zaman saya 90an.

    those teenagers yg giggled masa berlaku babak2 yg rendah morale tuan rasa kerana mereka teruja? kelakar? itu being judgmental. Boleh jadik mereka mentertawakan diri mereka yg pernah melalui pengalaman yg sama? barangkali juga kan? Org kata, terkena batang hidung sendiri.

    brapa ramai yg pura2 amik air sembahyang bila dikejutkan waktu subuh kemudian tidor balik? tiada beza mcm babak mengaji rasanya..

    ini reality remaja zaman dulu dan sekarang. Esok dan semalam.

    Ada org agungkan Cannes, ada org agungkan Brunei, tapi itu pilihan masing2…x perlu menghukum sesiapa.

    so salah satu penyelesaian mungkin dgn mencerminkan kembali reality pada masyarakat.

    possibilities are endless..

    • Saya hormati pilihan anda

      • Puan nurulhawa, thank you untuk review puan berkenaan filem pekak. Sy wakil daripada persatuan Hear Me Malaysia ( http://hear-me.wixsite.com/parents ) and we feel exactly the same way as you do tentang filem Pekak ni. Is there any way that i can contact you personally? Kami ingin dptkan contact no puan if possible. There’s some issue and permission about your statement that we would like to request from you. Please contact us asap if possible. Whatsapp pun boleh. (Carollina – 019 757 5364) Thank you.

    • I like your opinion/ comment. Very mature and realistic.

  10. Saya pun sedang menahan marah…masa diskusi ilmiah pembikin dan penggiatnya industri filem kata: masyarakat perlubsedar peranan filem sebagai medium pendidikan masyarakat.

    Tapi bila ada Dana buat filem – merekalah agen perosak anak bangsa. Syarifah Amani tak.oayah cakap lah soal dakwah kalau sekadar nak menyedap telinga. Kevin baik anda jangan cakap apa2 kalau menyonsang.

    Hmmhhh…selalu berada di set , melihat realiti personality industri ini – saya dah naik muak dengan cakap2 bajet pandai mereka ni. Cakap si sumpah-sumpah.

    Selain demi sesuap rezeki mengisi perut….apa lah yang mereka tahu erti tanggungjawab…tak de apa hal lah!

  11. Moral Mesej Dalam Filem Pekak

    1. Dadah itu perosak bangsa. Jangan hisap dadah. Dadah itu membuang masa dan memendekkan jangka hayat anda serta mempengaruhi emosi dan kewarasan anda.

    2. Dara. Perempuan itu tinggi nilai dan maruhnya. Benda ni kita boleh nampak ketika Uda meletakkan nametag yang tertulis nama ‘Dara’ ke atas baju Dara yang koyak rabak. Kau faham tak ni wahai wanita?? Maruah kau itu harus kau tutup kejap-kejap. Harus ditutupi dan jangan biar terbuka walaupun seinci.

    3. Kekerasan di dalam agama. Semua agama sekarang lebih suka mengeji, memaki dan memaksa daripada memahami. Dan orang yang jahil tentang agama akan lebih suka memberontak dan melawan. Kalau di dilihat bagaimana Nabi Muhammad SAW berdakwah sehingga tertulisnya piagam Madinah. Tiada paksaan tetapi Islam masih tetap diterima dengan hati yang senang. Dan sebab itu lah Islam itu bermaksud kedamaian. Bukannya melalui kekerasan seperti yang ditunjukkan oleh ayah Dara iaitu memukul Dara dengan tali pinggang saat Dara kantoi keluar ke parti dan berpakaian seksi.

    4. Penuggang agama. Masyarakat lebih senang mempercayai orang yang beragama walaupun ahklaknya buruk. Ini dapat dilihat di dalam ‘scene’ bagaimana kawan Dara berpura-pura bertudung dan belajar mengaji dengan Dara sehingga ayah Dara percaya dengan lakonanya sebagai orang jahat yang bertopengkan agama.

    5. Kasih sayang. Kurangnya didikan agama dan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan dan moral anak-anak muda. Lihat sahaja akan Kamil yang terlalu asyik dengan hiburan, parti dan dadah akibat ibu bapanya lebih senang melimpahkan dengan harta benda berbanding kasih sayang.

    6. Hedonisma. Percaya atau tidak budaya ini lah yang menjadi barah di dalam kalangan anak muda. Kelab malam, dadah, drama cinta, pertandingn nyanyian realiti suara sumbang. Tetapi ini tersangatlah berkait rapat dengan elemen kasih sayang yang gagal diberikan oleh ibu bapa lalu mereka yang kekurangan kasih sayang memilih hiburan bagi mengisi ruang di dalam hati yang kering kontang dengan perhatian.

    7. Uda. Watak hero. Lelaki pekak yang disisihkan masyarakat yang lebih suka mengeji dan memaki Uda dari bertindak untuk membantunya. Lantas kesulitannya di tangani oleh seorang tokan dadah. Dek kerana kesusahan hidup Uda terpaksa melakukan pekerjaan haram demi menampung kehidupannya. Kau perlu lihat bagaimana Uda untuk berjaya dia terpaksa MEMEKAKAN telinga daripasa dicemuh oleh masyarakat. Ya kerjanya haram. Tetapi kalau masyarakat itu sendiri tidak ambil pusing dan peduli, mengapa dia sebagai orang yang kurang upaya harus ambil pusing dengan tanggapan negatif orang sekeliling. Asalkan hidup untuk hari esok. Itu sudah cukup bermakna bagi Uda.

    Filem ini filem seni. Filem yang jujur. Dan tidak munafik. Filem yang mengajak kita berfikir. Filem yang menunjukkan betapa gejala sosial yang kian meruncing dan menjadi barah. Tiada watak Tan Sri, Tengku hatta doktor. Yang ada hanya watak kita yang sekian lama Pekak dengan keruntuhan bangsa dan agama dek kerana hiburan dan perasan diri seperti tuhan.

    Dan sejujurnya harus aku akui filem ini sangat kotor dan pahit untuk diterima. Apatah lagi dari segi hukum hakam agama.

    Sekian.

    • Seni tu.. ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Kebolehan menyampaikan mesej tanpa content explicit. Sat lagi nak tonjolkan kebahagiaan rumah tangga dengan adengan bilik tidur melampau pon di kata seni.

      Saya akui filem ni ada pengajaran. Tapi macam saya sebut, sejam lebih ajar buat jahat. Beberapa minit je ajar yang baik. Memaduk ke kat budak-budak tu

      • Itu bukan seni. Nak menelan realiti itu pahit. Buat la pusing sebagaimana pun. Kita jangan menipu diri sendiri. Kes rogol terbesar di malaysia di kalangan bangsa kita yang suka cakap berlapik dan sanggup menipu demi menyorok kebenaran. Akhirnya, bangsa kita juga statistik rogol paling tinggi. Jangan pula kata bangsa kita ramai. Bangsa kita dan cina sama kadar populasinya.

    • kesimpulannya, filem ini patut ditonton hanya oleh orang dewasa yang boleh berfikir macam saudara…bukan anak-anak remaja yang hanya mencari keseronokan….

      • Saya tak pasti umur remaja-remaja yang dibelakang tu. Mungkin juga pihak panggung tak imposed peraturan larangan sebab cerita ni dah rated 18pg. Di poster pon tak ada. Saya google cuma jumpa 1 sumber iaitu di cinema.com.my dan disitu tertulis 13pg

    • Very good list! Thanks for that. I would add to number 1 that drugs harm more than just those who consume them. In the end Uda paid a heavy price for selling them. Melur will forever regret drugging Dara. Dara, who throughout the film has never consumed it knowingly (the first time Azman yang bagi her the drugged drink) was the ultimate victim.

    • Assalamualaikum.
      Tak setuju dgn tulisan saudara sbb justifikasi melalui persepsi yg herot.
      Maaf kalau menyinggung.

      Wassalam:-)

  12. Huge thanks for you mr.writer. Terima kasih. Anda sudah melakukan apa yg sepatutnya dilakukan oleh setiap muslim, mencegah kemungkaran. InshaAllah mendapat pahala di sisi Allah. Terima kasih lagi sekali.

  13. filem ni tak layak dipertontonkan. buat menang anugetah buat je la tong2 duit. kenapa nak tayang?

  14. Terima kasih kerana mengulas dari dalam hati. Saya dah lama benci dan tawar dengan filem filem penuh sentimen negatif dan berpaksikan realiti yg bermain atas terma merendahkan martabat bangsa dan negara semata mata mengejar pengiktirafan. Memang PEKAK BADAK sahaja yang terlibat dalam filem ini.

  15. Terima kasih atas ulasan panjang lebar yang pada saya cukup padat dan berisi. Sudah-sudahlah kita disogokkan dengan drama merapu cinta setiap petang yang diluar realiti. Ditambah pula dengan filem sebegini. Filem stereotype kalau tak rempit, rogol, dadah, gangster etc etc. Bila anak remaja terpengaruh, kesalahan dijatuh pada ibu bapa, sepatutnya semua memainkan peranan. Sedih sebab yang berlakon cerita sebegini bukan orang putih tapi orang melayu beragama islam.

  16. Review terbaik. Sy yg sekadar membaca ulasan admin ni pun dah rasa marah, geleng2 kepala..kalu tgk cite tu ntah camane lg rasa. Mmg yg terlibat itu sendiri yg PEKAK!!

  17. Actually this movie is not P13 but 18 rated movie . U need some acknowledge to write something about movie . If the movie is P13 children still allowed to watch WITH parental guidance for below 13. But PEKAK is 18-rated , which is cannot enter for below 18. LPF&Finas do their work very well which is this movie is to show the reality to parents not children . The moral of the movie is for parents to NOT disown their children even they are OKU or whatsoever and to give full attention to their teenage son/daughter so that they will not influence to any bad attitude/moral. The phrase of “mane penjaga pintu wayang, tak kerja ke?” , is not suitable to use bcos u cant blame them to not doing their works. As for my experiences they basically do their work, hold them to enter if they bring underage to 18-rated movie but people always can argue. To you have tried to bring underage to 18-rated movie? In counters first you will be remind that the movie is 18 so u cant bring underage. U dont want to hear so u still bought tickets and argue it in the checkpoint and still want to enter hall to watch that movie. If you never experience that so please try to do so and u will know. Some cinema very strict and dont want to let them enter the hall even the customer very annoying one. So please dont tell mana pekerja pintu wayang and assume them didnt do their work because that customer still bought their tickets. All the things that i write here is only my thaught and opinion so up to you to agree or not . Thank you 🙂

  18. Setuju..tidak dapat melihat di mana rasionalnya movie ini tentang memberi kesedaran..kalau nk tgk kt komen2 ig barisan pelakon di gmbr2 promosi filem tersebut kebykannya remaja…tidak semua remaja cukup berakal utk menjadikan movie tersebut pengajaran..movie yg berunsur “mean-spirited moral”..cuma mencabar curiosity minda remaja sahaja..seterusnya cuma lebih merosakkan mereka..

  19. memang pekak lah filem ini tidak menjalano penapisan dulu ke..
    dah terpengaruh dgn filem barat..tunjuk isap dadah dgn real.
    .permerkosaan yg real…aman nilai kemelayuan yg pattut si contohi…filem macam ni yg boleh merosakkan anak muda terus mendapat idea untuk melakukan perkara yg tidak baik..memangnya semua PEKKak kak..bagus tindakan brunei

  20. Di dunia ini memang dipenuhi dengan keindahan unicorn dan rainbow saja kan? Sebelum filem ini ditayangkan negara ini memang bersih dari gejala dadah dan seks bebaskan?

    • Sarcasm sangat. Ouch! Awak search kat facebook, VimmiYasmin Razak. That’s the reality

      • Dua dua pun realiti. You can’t deny that these things happen just because you think you know better working with an NGO. I’m an NGO director too working with children and I see the absolute relevance of this film. Inilah perangai tipikal orang Melayu yang takkan maju. Bila watak Aaron Aziz rogol perempuan kampung bertudung kemudian kahwin dengan dia lepas tu ada adegan atas katil tak berbaju dengan Lisa Surihani Takpe pulak, jual sampai berbelas Juta. Sebab apa? Sebab ending dia positif Dan ada pengajaran, macam Tu? Bagi Saya la, Ombak Rindu mengagungkan anak orang kaya yang merogol, kaki pukul Dan kaki botol hanya kerana dia handsome Dan semuanya jadi OK sebab dia ambil jalan yang murni untuk mengahwininya. Ini mentaliti masyarakat kita. Cerita merempit gangster takde masalah sebab Ada ‘pengakhiran yang berakhlak’. Hypocrite to the highest order. Reality is difficult and bitter. At least Pekak tak pretentious. Kalau orang (remaja atau dewasa) yang tengok cerita ni Dan masih tak dapat mesej keburukan dadah memang benak sangat Dah Tu, tak boleh ditolong. Saya tak suka 90% cerita Melayu di pawagam yang lagi memperbodohkan orang kita, tapi Saya tak akan menyokong untuk filem filem itu di ban. Hak masing masing. Kalau Mak bapak pandai ajar anak pergi la tengok cerita apa pun takkan tersadung imannya. Tak payah semua orang pulak nak jadi penceramah bebas. Cannes bukan kiblat sesiapa. Tapi itu pilihan masing masing. Ada yang agungkan Brunei Dan Arab Saudi yang kononnya amalkan hudud Dan syariah tapi pemimpin pemimpin di raja yang paling corrupt Dan berperangai tak payah cakap la. So buka mata buka fikiran. Dunia ni luas, jangan sempitkan.

  21. Komen yg sangat bagus. Tapi sejak 10 thn lps ni, rasanya tak lebih 3 filem melayu je yg saya tengok. Lebih2 lagi filem2 kebelakangan ni. Drama tv pun sama. Sebab apa? Sebab semakin lama semakin BANGSAT

  22. Terima kasih banyak banyak sebab tulisan ini…saya hargai penilaian jujur begini….x akan sekali kali saya tonton filem ini…

  23. Baca review ini saja dah buat saya panas hati. Memang takkan saya tonton filem itu. Orang-orang filem kita ramai yg terlalu berkiblatkan Hollywood. Kalau Hollywood boleh buat, mereka pun boleh buat. Tak mustahil suatu hari nanti ada yg berani berlakon babak ranjang yang sebenar. Nauzubillahiminzalik….

  24. State of denial…permasalahan mmg sudah berlaku, bukan akan berlaku. Dalam setiap hasil seni pasti ada yg tersirat, kita perlu menjadi pengkritik yg matang dan lihat msg sebenar yg cuba disampaikan. Kalau hasil seni tu terlalu direct mcm cerita psl cinta cintun dua darjat..selalunya xberjaya diolah dgn penuh…jdnya half cook..mmg majoriti masyarakat suka sbb xtunjuk benda yg betul2 berlaku..

  25. Kasihan pd guru2 dan segelintir ibu bapa yg beria2 membentuk, pertahankan disiplin, sahsiah dan kerohanian anak2…. jiwa yg tulus, naif cepat terpesong dgn serangan secara halus begini…

  26. Matlamat memang tak menghalalkan cara.tapi adakah elok kita sembunyi kan realiti yang kita hadapi sekarang?takut sangat kah kita pada kebenaran & tak berani untuk lihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini?

    Saya faham ada juga pihak yg bersalah seperti penjual tiket filem ini di pawagam kerana klasifikasi P13 bermaksud budak2 bawah umur 13 perlu panduan ibubapa..sepatutnya klasifikasi lebih tinggi perlu untuk filem ini.

    Saya lihat ulasan2/komen2 mengenai filem ini sama seperti ulasan2/komen2 kes sebuah Maahad Tahfiz yang sedang disiasat atas kes penderaan seksual terhadap murid lelaki berumur 10 tahun.sampai ada yg cakap 2-3 kes penderaan seksual tak apa lah sebab mereka dah hasil kan begitu banyak hafiz & hafizah..ada mangsa & keluarga mereka malu & tak nak beri keterangan..sampai bila kita mahu sorok atau pejam kan mata…

    Realiti sentiasa pahit untuk di telan tetapi itu sudah menjadi tugas kita untuk mendidik anak2 kita,adik beradik kita,sepupu sepapat & lain2 lagi tentang moral,baik,buruk & sebagai nya…

    Tak kan lah kita asyik nak disogokkan dgn filem/telefilem/drama yg memaparkan melayu korporat,polis,cintan cintun,fantasi,hiburan sahaja sampai kan ada babak yang tak kena langsung dgn penceritaan seperti che ta jadi pengemis tapi jari kuku semua cantik..CPR yang entah apa2 ditunjukkan seperti dalam Misiku Sado yang kalau ada orang tiru aksi tersebut waktu kecemasan bukan nya boleh membantu mangsa…lama sangat dah kita ni terutama kaum Melayu dibuai & terbuai dalam dunia fantasi kita…

    • Realiti perlu dihadapi. Tapi ini bukan caranya. Target audiends ni bukan pemimpin bukan ibu bapa. Saya dah sebut dalam artikel tu

      • Tapi semua pawagam klasifikasi untuk 18 tahun ke atas…macam mana ada stroller budak kecik cakap bodoh pulak ye…

    • You don’t get the point here. KETERLALUAN. Boleh sahaja memaparkan realiti kehidupan dalam filem; tapi apabila keterlaluan dan melampaui batas, apa kesannya nanti? Dapat yang buruk lebih banyak dari yang baik, begitu mahunya?

  27. ada satu filem tajuk dia saya lupa mungkin ‘jiwa taiko’ kot, sedih gila filem tu, ehh bukan sedih tapi menyedihkan, niat nak promote pasal remaja2 yg terbiar tapi jalan cerita sama mcm pekak ni sampah. ada adegan cumbuan dari pandangan blakang, yg paling intense babak bront palarae cium2 betis nadia nisa, lama plak tu. eee goddamnit

  28. Yang baik buat teladan, yg buruk buatlah sempadan!

  29. Ini kisah realiti kehidupan.what really happened to our teenagers nowadays.you cant deny it.i worked in a hospital and i saw these kind of people in hospital everyday.it’s REAL.u must remember this is a film and one of the medium to tell people what’s really going on in our community.u take it positively and make a change bcuz i believe u are active in NGO.frankly speaking,i havent watched the movie and apparently i can see that u are more bothered by those teenagers behind u rather than the movie itself

    • Sebab tu ada namanya seni. Seni memberitahu. Melalui karya kreatif. Tapi bukan live demo macam filem ni. Dan ibu bapa tak tengok pon filem ni. Yang tengok anak-anak. Sampai ke penyampaian mesej tu pada wali-wali anak-anak tu?

    • Saya check dekat TGV & MBO pun sama filem ini untuk tontonan 18 tahun ke atas..

      Pawagam kampung mana yang bagi masuk ye…

      Saya dgn baby belum umur setahun pun nak tengok filem jason bourne yang baru kat pawagam2 ni kena tahan tak boleh masuk…

      Kita kena lapor kan pada LPF & Finas ni sebab ada pawagam dah langgar peraturan klasifikasi…

  30. Kah kah kah.. enko dok cerita pasal keburukkan cerita ni.. enko pon lebih kurang jer.. buat tag line bagi orang nak baca.. orang share artikel ni..
    budak yg tak ada duit pon boleh tiru yg tak elok tak payah tengok cerita pekak ni..
    sebab enko dah detailkan apa yg tak elok..
    Gampang la nko..
    enko pon penyebar jugak tingkah laku yg tak elok dalam masyarakat..
    Kalau enko blok komen aku ni enko memang musibat…
    munafik…

  31. realiti kat luar mmg macam tulah skrg ni.. depan mak ayah semua baik je..belakang kita tahu perangai sebenar anak kat luar..ayat kau dah on semua tu mmg terjadi kat luar ni dikalangan budak sekolah..dr segi positif nye berkawan lah dengan anak2 dan ambil tahu kawan anak2.. sebagai remaja pandai2 lah pilih kawan silap pilih kawan mcm tulah jd.. tp sy bersetuju babak nye mmg agak keterlaluan. cuma kena pandai2 fikir..

  32. Bagus garapan kritikan yg sudah tentu tidak dapat dijawap dgn ilmiah oleh pembikin filem ini mahupun mereka yg sealiran dgnnya…. sepatutnya kita perlu tunjukkan jati diri membina minda dan sahsiah dlm berkarya …. berkarya dgn kreatif dan penuh tanggungjawab….. kalau bertanding kat luar negara… kompom menang sebab pengkarya luar sangat suka filem yg mengikut telunjuk gaya mereka… terutama jika karya bersifat liberal dari negara yg ramai orang Islam… syabas kpd Brunei…

  33. ulasan yang terbaik memang pengiat filem dinegara kita saya lihat semakin pekak dengan apa yang hendak disampaikan…walau dengan rasa untuk menyampaikan realiti kehidupan tetapi tidak prihatin akan kesan terhadap anak-anak remaja yang melihatnya.Sebagai pekerja ditempat pemulihan saya sendiri melihat ada diantara yang melakukan kesalahan ini tidak berasa bersalah kerana bagi mereka itu adalah trend dan kebanyakkan belajar dari filem kita.

  34. Subhanallah. Dunia semakin menuju laju dan deras ke penghujungnya. Rungkai dan tanya kembali kpd sang pengarah atau sesiapa yg seangkatan, apakah sebenar-benar ‘MESEJ’ yg hendak dibawakan ke dalam pemikiran generasi kini? Jika majoriti menyuarakan filem sebegini perlu di HARAMKAN, maka pasti ada sudut sinopsis filem yg ‘terlepas pandang’ MELANGGAR hukum-hakam agama Islam itu sendiri. Tetapi jika sebaliknya, maka benarlah Allah menyembunyikan MURKANYA dalam kehidupan kita sehari-hari. Saya amat BIMBANG azab yg AMAT pedih bakal kita lalui nanti. Semoga Allah terima segala taubat kita. Marilah kita menambah amal ibadah kepadaNya. Sekurang-kurangnya MALAPETAKA Allah dapat dikurangkan. Wallahua’lam.

  35. Remaja adalah golongan yang sangt senang di pengaruhi.. dengan memaparkan adegan2 sedemikian, ianya seperti mengalakkan mereka untuk mencuba. ianya umpama melarang seseorang membunuh diri tapi melihatkan cara cara bagaimana untuk melakukan nya. Suntikan realiti kehidupan masyarakat dapat dilakukan dengan cara yang lain. Kenapakah remaja dan belia sekarang semakin teruk? Ianya juga datang dari impak harmless entertainment yang kita siarkan dan tonton saban hari. Untuk melihat adegan sedemikian tanpa nafsu? tepuk dada tanya selera. lebih lebih lagi remaja yg meningkat umur dan suka meneroka sesuatu yg baru. Jika filem filem yg dipaparkan mengangkat nilai moral yang tinggi, tidak mustahil efek yg sama terjadi di kalangan masyarakat kita. Memaparkan nilai nilai moral sebegini adalah seperti mengalakkan masyarakat untuk menerima perbuatan2 tidak bermoral menjadi norma kehidupan. lantas perbuatan sedemikian tidak mustahil satu masa nanti akan di jadikan sebahai sesuatu yang biasa dan acceptable. apa yang lebih banyak buruk daripada baiknya, hendaklah dihindarkan sama sekali. Seni tidak menghalalkan cara. Seperti masyarakat barat yang mengangap potret berbogel sebagai seni, bayangkan kalau terjadi di Malaysia, anak melayu berbogel atas nama send. Adakah ia masih Halal? Seni mempunyai banyak cabang. Sekarang ni, apa yg mencabar adalah bagaimana hendak menjadi kreatif dan sopan at the same time. Senang je nak tayang adegan seks, rogol, menghisap dadah di layar tetapi seni sebenarnya adalah apabila semua itu dapat di paparkan dalam unsur tidak visually provokatif, disitulah baru kita boleh lihat kebolehan anak seni kita dalam menghasilkan karya mereka kerana perkara sedemikian lah sesuatu yg mencabar pada masa ni. Sudah sudahlah duduk dalam zona selesa. Sejujurnya, filem ini hanya menitikberatkan pulangan modal dan keuntungan daripada masyarakat kita sendiri.

  36. Filem ini bukan klasifikasi 18 ke? Bukan 13. Sebab saya beli filem Ni melaluai apps Gsc memang untuk 18 tahun ke atas je. Budak budak memang tak boleh tengok filem Ni.
    Filem ini bukan rujukan untuk budak budak. Sebab ada banyak aksi bagi saya melampau. Tapi, bila saya tengok Pekak. Saya dapat rasa kecewa ayah kepada Dara, bila anaknya jadi teruk. Dirogol Dan dipukul. Rasa lepas tengok filem. Memang kena jaga anak baik baik. Check juga latar belakang kawan kawan. Tanya anak anak. Apa masalah dia. Tapi ini lah realiti kehidupan dekat Malaysia. Bukan macam drama Kapten Mukriz, Tundukkan playboy itu. Bagi saya filem ni ada pengajaran, tapi dari sisi hitam.

  37. Teruskan usaha menulis saudari semoga Allah memberkati

  38. filem ni bagus untuk tatapan ibu bapa, penjaga.. tapi bukan untuk golongan remaja.. lepas baca ni, tak jadi nak tengok cerita ni..

    • http://www.timeout.com/kuala-lumpur/film/khairul-azri-interview

      Excerpt:
      Q: Like how the Malaysian Film Censorship Board altered the ending for ‘Kabali’?

      A: Yeah, I heard about that. I went to Malaysian Film Censorship Board (LPF), aiming to get a PG13 for ‘Pekak’. But I was told to cut 25 scenes. If that’s the case, I might as well not show the movie. So I managed to convince Grand Brilliance to go with PG18 instead.

      This is the proof you were looking for. Maybe the rating wasn’t updated online. Untuk berlaku adil kepada para pembikin filem ini, saya cadangkan anda update article anda untuk mencerminkan bahawa remaja2 bawah umur tak patut pun dapat masuk panggung wayang. Soal dapat masuk tu, hal lain. Sebab by right, hanya “wali-wali anak-anak” tu yang patut dapat tengok.

      Saya setuju dengan komen Farhan tentang moral lessons yang tersirat dalam filem ini. Tak obvious, but it’s there. Mature audiences (which is the target given the pg18 rating) should be able to reflect on this. Yes some scenes were unnecessary and sakit mata but reality is bitter, darling.

      Remaja sekarang punya access to internet. This film will hardly corrupt them. There is the message at the end that drugs ruin lives. Not just the ones taking them ie addiction. But those dealing/forcing others to take drugs eg Melur forcing Dara which resulted in her being raped by Azman. Compare dengan the typical unrealistic Suamiku Perfect 10 or KL Gangster ke-10, ada message?

      Lagi satu, seni is something subjective. It can be to the point ie tersurat, or tersirat. Seni, either way.

  39. In denial.
    Filem ini lah yg paling mirip dgn dunia sosial negara kita sekarang. Lebih realistik dari filem2 hipokrit keagamaan yg anda sanjung. Kiritikan anda menunjukkan kejahilan anda terhadap kehidupan masyarakat kita. Dan orang seperti anda lah yang membunuh lagenda2 seni seperti P Ramlee.

    Jika anda mahu ban filem2 sebegini, ban seorang diri. Dunia perfileman tak perlukan orang2 seperti anda yg hanya berminat untuk menghalang orang lain untuk menikmati sesuatu. Tiada manfaat.

  40. its a sad thing the producers succeeded to portray the worse of Malaysia to the world. It is absurd to potray Malaysian in that standard of living have that kind of behaviour, but congrats the producers, u have succeeded to make people think so and looks like its a normal thing for them to have social problem. May I tell you, dear producer, its like a mockery to them.

    Owh.. yes..may be the Government should look into this and speed up the High Income Nation agenda to curb the social problems among the lower income group. The halal way, though..not the innocent crime committer way

    -‘Hope for a hero to bring the best of Malaysia to the world.-

    • Portray the worst of Malaysia? It’s f**king reality. This is how the youths of Malaysia acts right now. Don’t ever deny that. The fact that the viewers laugh at serious matters are proof of that. The fact that they laugh at teenage sex and juvenile delinquency is proof that we fail in educating them. Do not blame the filmmakers for portraying it as it is, blame yourself for being unable to face the truth.

      I’ve seen the movie and there are plenty of values to be learnt in there. The reason you can’t see it is because you’re to daft to realize and only see it on the surface through a rosy window. I always hate the preacher type characters because they’re just a simple way for people like you who are too stupid and lazy to think for yourselves and needs someone else to teach you.

  41. Puan nurulhawa, thank you untuk review puan berkenaan filem pekak. Sy wakil daripada persatuan Hear Me Malaysia ( http://hear-me.wixsite.com/parents ) and we feel exactly the same way as you do tentang filem Pekak ni. Is there any way that i can contact you personally? Kami ingin dptkan contact no puan if possible. There’s some issue and permission about your statement that we would like to request from you. Please contact us asap if possible. Whatsapp pun boleh. (Carollina – 019 757 5364) Thank you.

  42. 80-90% penonton pawagam adalah remaja…siapa yang kita nak sedarkan sebenarnya tentang realiti?? Remaja yang pergi panggung adalah remaja yang dah faham sangat semua benda tu @ yang memang dah terlibat dgn benda-benda tu..Yang mereka cari di panggung hanya hiburan dan keseronokan….Mr Luca..kalau nak cakap tentang realiti.. pi buat rombongan orang kampung mai tengok cerita ni..sedarkan depa..inilah realiti anak-anak kita zaman ini..lepas ni balik, jaga anak betul-betul naa

  43. Salah ejaan…sepatutnya “adegan” bkn ‘adengan’

  44. Terima kasih atas ulasannya.
    Saya ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya.

  45. This post was utmost dissapointing to say the least. It just show people refuse to see thing on the other side of the spectrum. I talked to my mom she said in her day it was zama jahiliah. Pekak was the definition of that time. And due to this post it shows that it still is zam jahiliah but the difference is people close a blind on it thinking that their life here in this cointry is so perfect. The fact is why I dislike this post is because you clearly are one sided. You dont dicuss you critisize thinking that this show was totally not islam worthy. Stop that n think maybe that this country is still in jahiliah time. I stick to comment about this post and would love to talk to the one who post it. I would love to have a debate with him or her. And I would to say finally that I agree with the actress who said that its shame people cant appreciate the film and to find deeper meaning and understanding.

    • saya tak nafikan reality. saya peroalkan penyampaian filem tu. kata orang seni tu kreatif. tapi bab mencari cara menyampai kan mesej tak kreatif pula. semua tunjuk terang-terang macam demo video

  46. Jika atas nama seni anda boleh buat apa sahaja. Berbogel ditengah jalan raya juga seni. Semua org kena memahami kenapa anda berbogel n x boleh ditegur … sebab anda pekak

  47. filem ini rate 18++. Please do your research. maksudnya hanya untuk tontonan orang dewaja yang boleh mengawal nafsu dan berfikir secara matang. Yang bawa anak itu ternyata sendiri bodoh, bukan salah filem. Yang remaja bawah umur tonton filem ini itu mak ayah bodoh sebab tak awasi anak-anak. Bukan salah filem.

    • sekejap lagi availale on youtube. tak guna dah rating tu semua. Btw, saya google, tak jumpa rating filem ni. saya jumpa di cinema.com.my rated 13pg. di poster pon tak tulis 18pg

      • hmm kalau dia keluar kat youtube rasanya tak boleh salahkan pihak film prodcution. drg pun takmau ada piracy or stealing property case.

        saya tegaskan, amat penting confirmkan betul2 18 atau 13 pasal kamu juga berdepan dgn risiko perlu minta maaf kalau ianya 18.

  48. Moral Mesej Dalam Filem Pekak
    1. Dadah itu perosak bangsa. Jangan hisap dadah. Dadah itu membuang masa dan memendekkan jangka hayat anda serta mempengaruhi emosi dan kewarasan anda.
    2. Dara. Perempuan itu tinggi nilai dan maruhnya. Benda ni kita boleh nampak ketika Uda meletakkan nametag yang tertulis nama ‘Dara’ ke atas baju Dara yang koyak rabak. Kau faham tak ni wahai wanita?? Maruah kau itu harus kau tutup kejap-kejap. Harus ditutupi dan jangan biar terbuka walaupun seinci.
    3. Kekerasan di dalam agama. Semua agama sekarang lebih suka mengeji, memaki dan memaksa daripada memahami. Dan orang yang jahil tentang agama akan lebih suka memberontak dan melawan. Kalau di dilihat bagaimana Nabi Muhammad SAW berdakwah sehingga tertulisnya piagam Madinah. Tiada paksaan tetapi Islam masih tetap diterima dengan hati yang senang. Dan sebab itu lah Islam itu bermaksud kedamaian. Bukannya melalui kekerasan seperti yang ditunjukkan oleh ayah Dara iaitu memukul Dara dengan tali pinggang saat Dara kantoi keluar ke parti dan berpakaian seksi.
    4. Penuggang agama. Masyarakat lebih senang mempercayai orang yang beragama walaupun ahklaknya buruk. Ini dapat dilihat di dalam ‘scene’ bagaimana kawan Dara berpura-pura bertudung dan belajar mengaji dengan Dara sehingga ayah Dara percaya dengan lakonanya sebagai orang jahat yang bertopengkan agama.
    5. Kasih sayang. Kurangnya didikan agama dan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan dan moral anak-anak muda. Lihat sahaja akan Kamil yang terlalu asyik dengan hiburan, parti dan dadah akibat ibu bapanya lebih senang melimpahkan dengan harta benda berbanding kasih sayang.
    6. Hedonisma. Percaya atau tidak budaya ini lah yang menjadi barah di dalam kalangan anak muda. Kelab malam, dadah, drama cinta, pertandingn nyanyian realiti suara sumbang. Tetapi ini tersangatlah berkait rapat dengan elemen kasih sayang yang gagal diberikan oleh ibu bapa lalu mereka yang kekurangan kasih sayang memilih hiburan bagi mengisi ruang di dalam hati yang kering kontang dengan perhatian.
    7. Uda. Watak hero. Lelaki pekak yang disisihkan masyarakat yang lebih suka mengeji dan memaki Uda dari bertindak untuk membantunya. Lantas kesulitannya di tangani oleh seorang tokan dadah. Dek kerana kesusahan hidup Uda terpaksa melakukan pekerjaan haram demi menampung kehidupannya. Kau perlu lihat bagaimana Uda untuk berjaya dia terpaksa MEMEKAKAN telinga daripasa dicemuh oleh masyarakat. Ya kerjanya haram. Tetapi kalau masyarakat itu sendiri tidak ambil pusing dan peduli, mengapa dia sebagai orang yang kurang upaya harus ambil pusing dengan tanggapan negatif orang sekeliling. Asalkan hidup untuk hari esok. Itu sudah cukup bermakna bagi Uda.
    Filem ini filem seni. Filem yang jujur. Dan tidak munafik. Filem yang mengajak kita berfikir. Filem yang menunjukkan betapa gejala sosial yang kian meruncing dan menjadi barah. Tiada watak Tan Sri, Tengku hatta doktor. Yang ada hanya watak kita yang sekian lama Pekak dengan keruntuhan bangsa dan agama dek kerana hiburan dan perasan diri seperti tuhan.
    Dan sejujurnya harus aku akui filem ini sangat kotor dan pahit untuk diterima. Apatah lagi dari segi hukum hakam agama.
    Sekian.

    Kredit to farhan ismail

  49. Bagi saya apa yg sharifah amani cuba disampaikan semua betul,walaupun hakikatnya mmg ada anak perempuan sekarang yg sudah berani berana merokok di khalayak ramai dan melakukan perbuatan tidak bermoral seperti sesetengah kaum lelaki,tetapi ini tidak bermakna ia harus ditunjukkan,benda mcm tu tidak membantu anak muda untuk berfikir dua kali dan bermuhasabah tetapi ia memberi mereka peluang utk mencuba atas alasan bahawa ia diiktiraf oleh negara lain dan ia ditayangkan di seluruh malaysia jadi tiada salah bagi mereka utk terpengaruh,dan saya rasa tajuknya tidak sesuai untuk menjadi tajuk cerita kerana ia langsung tidak menunjukkan jalan cerita yg berkaitan dengan apa yg disampaikan,kalau setakat ada karakter yg pekak tp jalan cerita nak menceritakan apa yg ank muda sekarang dah buat,saya tak setuju,ia umpama nak mengatakan bahawa orng yg kurang kemampuan seperti pekak,bisu atau sebagai nya hanya boleh melaukan perkara yg tidak elok utk menampung hidup mereka semata mata kerana mereka tidak sama seprti yg lain,pada mulanya saya cukup tertarik dengan tajuk dan ilustrasi yg dintonjolkan,tetapi apa yg saya dapat cuma perasaan hampa,sekarang ni berlambak anak muda under age yg bijak IT yg mampu melihat cerita ini walaupun ia ditekan untuk 18+ sahaja

  50. Saya rasa admin lah yang pekak dan tuli selama ni. Itu adalah realiti kehidupan dan tak salah penggiat seni membongkarnya. Kita marah apabila filmmaker buat cerita cerita cinta dan seram yang cliche tetapi apabila filmmaker cuba mengetengahkan tema dan isu yang kritikal tuan puan membentaknya. Filem jenis apakah yang tuan puan mahukan sebenarnya?
    Tuan takut ‘anak- anak’ yg menonton filem ini akan terikut dengan adegan dalam filem? Adakah tuan puan pasti bahawa punca utama kebejatan sosial yg berlaku dalam masyarakat masa kini adalah dari menonton filem? Saya pasti rakyat malaysia berfikiran terbuka dan pandai membezakan baik dan buruk. Jangan menilai apa yg zahir sahaja dan cuba lihat dari perspektiv berbeza, di sebalik mesej yg ingin disampaikan. Sudah terang terangan filem ini adalah untuk mereka yg berumur 18 tahun ke atas, iaitu golongan rakyat malaysia yg matang, intelektual dan berfikiran minda kelas pertama eh?

  51. Knpa negara Brunei tolak?sbab bnyak unsur2 haram yg tidak menggambarkan krhidupan orang ISLAM..

  52. grow up nurulhawa… Welcome to reality dear, this world aint pretty, too bad you have to live in it. Hadap je lah kan. At least your blog entry are showing what our society has become, just like you. Judgemental. No empathy, try to understand why the director/writer make the movie like that. It’s like a hammer, to knock some sense to the likes of you. to make you realise the reality of the world we live in today. Ugly.

    It’s up to us to change so that the society can change. Stop judging, be kind. and p/s the movie is subjective, depends on how you interpret it. If you want to see all negative that is entirely on you/viewers. dunia yg kotor ni dik,kalau kau betul2 buka mata, sudah pasti kau akn nmpk keindahan.

    wallahualam

  53. Cannot take a review by someone who didn’t finish the movie seriously lol. This is by far the most incoherent, and self-righteous post I’ve ever read about the movie. Not only that, it’s so obvious that you didn’t understand the context of the movie.

    • My concern is about the visual impact. Lack of creativity to tell but not show.

      • Concern about visual impacts?
        we have this thing called the internet and i am pretty sure those who goes to see this movie have seen much worse since i’m pretty sure this movie is rated 18 therefore i’m pretty sure most if not all are above 18

      • At least I did something to bring up some awareness. To voice up, we do not want local film to be like this. If we let this go, future malay movie will become more explicit, more daring.

        We can’t stop what comes from outside, at least we do not do the samething from inside. We have to protect our young generation, as best as we could

  54. Bagi saya tulisan ni tak adil pada filem tu sendiri (bukan sebab blah sebelum habis). Paling mengelirukan, entah yang dibisingkan tu tentang filem atau orang-orang yang menonton.

    Seni bukan semata-mata untuk menyampaikan pesan, tapi ruang untuk berekspresi dan pada satu-satu takat, untuk bereksperimen di samping boleh jadi kayu ukur untuk uji sejauh mana tahap pemikiran orang kebanyakan. Dan dari komen-komen yang saya tengok, rata-rata masih lagi terkekang dengan mentaliti katak bawah tempurung. Masing-masing tak nak keluar dari kepompong sedia ada dan berlaku objektif bila berdepan dengan persoalan sosial yang serius.

    Ada beberapa hal yang saya tak setuju dengan tulisan ini.

    1. Tulisan ni terbeban dengan prasangka moral yang tebal, usahkan pada filem, penonton pun terkena sekali. Mungkin sebab ia jelas memaparkan kisah yang berkitar dalam kelompok anak-anak melayu, jadi bukanlah ganjil sangat bila ramai memekak pasal kandungan/cara penyampaian filem.

    2. Dari sini, dapat tengok yang rata-rata kita masih lagi berkongsi cara fikir yang cetek, lebih mempermasalahkan hal-hal picisan yang ada di permukaan tanpa ada tekad untuk hampiri masalah tu dengan lebih dalam. Benda ni bukanlah sangat soal filem tu bagus atau tidak, tapi lebih kepada perangai penonton yang suka ambil jalan pintas. Orang tak ada memekak sangat pasal cerita bohsia, rempit, dll sebab hujung cerita tayang protagonis jadi baik/ada paparan mesej/happy ending dan sewaktu dengannya. Ni masalah besar bila orang terlalu ghairah dengan pesan-pesan fizikal dan malas nak gali lebih dalam. Lagi satu, kalau semua benda nak kena suap, baik jadi hamster.

    3. Yang ni buat saya agak terkilan. Sudahlah semua point pasal adegan cakap benda yang hampir serupa, lepas tu hukum ‘remaja-remaja’ kat belakang tu dengan sikap holier-than-thou saudari. Terus-terang cakap, ni perangai buruk orang-orang melayu yang konon lebih dulu makan garam. Ya, memang lebih berpengalaman, tapi takkan sebab lahir awal dulu dari remaja-remaja tu beri hak untuk saudari pandang rendah pada tahap pemikiran mereka? Banyak yang komen bimbang bagi impak pada akhlak remaja etc etc. Kalau betul bimbang, engage lah dengan mereka dengan serius. Ini setakat komen tapi tak pernah langsung nak faham realiti yang mereka hadap sehari-hari. Takpun kalau bimbang sangat, haramkan saja panggung wayang, sekali dengan komputer-internet-telefon semua. Kalau nak cakap pasal akhlak ni, semua bermula dari rumah. Budak 11 tahun dah pandai rogol orang tu bukan salah masyarakat saja, tapi mak bapak.

    Okay, cukuplah takat ni. Apapun, filem ni secara keseluruhan ceritanya tak ada lah betul-betul best. Banyak plot-plot yang tak ditutup dengan kemas. Yang pasal saudari bising-bisingkan tu, ambillah secara positif. Filem sebegini berpotensi untuk buka perbincangan-perbincangan yang lebih mendalam tentang realiti sosial sekarang di samping cara penyampaiannya yang terus dan sinis. Khas untuk orang-orang macam saudari dan geng-geng komen suruh ban itu ini.

    P.S. Kebenaran memang pahit untuk ditelan, lagi-lagi bila kena batang hidung sendiri.

    P.P.S. Tak dinafikan memang ada jenis-jenis filem yang kita tonton sekadar untuk berhibur dan ada filem yang buat kita berfikir. Nak hukum remaja sekarang semua jenis suka berhibur pun tak tepat juga. Kata terlibat aktif dengan NGO?

    Cheers

    • Saya bukan berprasangka pada mereka yang dibelakang tu. Saya resah kerana pertama mereka muda, kedua kerana mereka seronok melihat contoh tak baik, saya bimbang sebagai seorang kakak, sebagai ahli masyarakat. Kalaulah mereka adik-adik saya, boleh saya tanya dan pastikan mereka ambil yang baik2 saja. Tapi REALITI nya, ramai yang belum cukup matang menapis. Ajaran buruk 120 minit. Pengajaran baik 10 minit. Tambahan syaitan tolong ingatkan yang buruk-buruk saja.

      Ini bukan tayangan akademik. Yang kemudiannya boleh berbincang. Adakah saya ada kuasa menahan mereka di pintu keluar, jom kita minum2 sambil berbincang tentang filem. Realitinya, adik-adik ni bila balik mungkin ada cerita sikit2 tentang pengajaran. Tapi kemudiannya akan lebih banyak tentang, sexi, skirt pendek, stim, on ….. ini juga realiti.

      Kenapa masyarakat tak bising tentang filem2 seperti ini sebelumnya? Masyarakat resah sebenarnya. Umpama gunung berapi, tunggu nak meletup. Golongan yang resah ni tak tonton pon filem-filem tu – termasuklah saya. Kali ini sebab tajuknya pekak dan katanya mengisahkan survival orang pekak, maka saya pon pergi menonton. Sangka saya ala-ala filem redha.

      Saya menikmati sastera berat, seperti karya2 Arenawati dan Premoedya. Kalau di banding, filem ni bukan berat sangat pon bagi saya. Cliche juga kisahnya. Predictable.

      • Kalau dah anggap macam adik & risau sebagai kakak,masa menonton tu juga boleh tegur…tegur elok2 bole je org lain dengar..

        1 lagi banyak kes juvenile rapist sekarang bermula dari rumah.

        Pandangan & paradigma kita rakyat Malaysia ni perlu berubah…sebagai contoh saya bagi wanita Melayu berkecimpung dalam dunia lumba motosikal,semua mencemuh & ada yang siap cakap baju tu tak sesuai la sebab ketat & sebagainya..

        Tapi tak ada pula saya dengar orang Malaysia ni tegur & mencemuh cara pakaian Azizulhasni Awang bila dia berlumba basikal yang teramat ketat sampai boleh nampak la semua…puji & sanjung lagi ada..tu pun contoh tak baik juga kita bagi pada generasi muda & angkat datang…lelaki/wanita semua ada aurat yang perlu dijaga & agama tak boleh ambil separuh2 jek..

      • Tegur dalam wayang yang gelap tu? Ketika mereka menonton? Silap2 saya keluar di giring security dan yang viral sekarang bukan artikel ini tapi berita perempuan meroyan dalam panggung. Saya sempat tegur ibu bapa yang bawa anak sebab dia duduk belakang saya.

    • Jika berbicara soal seni, pasti ada pro dan kontranya. Cuma dalam menikmati seni atau menerbitkan satu naskhah kesenian, selalunya tidak dapat lari dari tanggungjawab. Persoalannya, adakah maksud seni yang dipersembahkan itu tujuannya untuk maslahah ummah atau maslahah poket? Jika maslahah umat diutamakan, saya yakin negara Brunei pasti meluluskan tayangan filem ni tanpa banyak soal. Pada saya Brunei lebih bagus dari Malaysia, dari beberapa segi lebih terkehadapan.

      Saudari menyuarakan pandangan saudari, kritikal.saya kira saudari adalah bumiputra terpelajar. Suka diingatkan, tidak semua mencapai tahap pelajaran sebagaimana saudari dan tidak semua berfikiran kritis seperti saudari. Jika semua penonton seperti saudari, aman lah Malaysia. Tapi realitinya, lebih ramai yang seperti saudari kata, ramai yang duduk ‘bawah tempurung’. Jadi bila demikian, usahlah saudari mengharapkan khalayak berotak kancil macam saudari. Penapis masing-masing berbeza saiz.

      Realiti produser filem di Malaysia pula, kalau dikata demi poket dan demi mendapat crowd, mungkin boleh dikata demikian. Bagi yang tidak bersetuju dan mahu defend, di persilakan di lain bab. Bersambung…

      • kita sekadar berharap agar penonton boleh cerdik, tapi sampai bila nak tunggu semua jadi cerdik. baik, tayangkan sahajalah semua cerita bodoh macam darama tv3 petang2 yang x mencabar minda dan menutup potensi akal tu

      • kita juga berharap pengkarya lebih bijaksana dalam menyampaikan mesej. kalau ikut rentak hollywood dan korea misalnya, seks pon dah dikira sebagai seni. semuanya halal atas nama seni. pengkarya harus mengembangkan potensi akal dalam kerangka yang lebih terhormat.

    • kesimpulannya baik haram kan saja filem ni. tutup periuk nasi org yg buat filem tak senonoh.

  55. Kak hawa ni fokus sangat dengan budak kat belakang ni.

    Satu lagi, kak hawa kata kat YouTube pun ada tutorial isap dadah. Aku pun baru tahu. Kalau lepas ni aku isap dadah bolehlah aku salahkan kak hawa. Kbai.

    #limaplohcenje

    • Memang sangat sangat concern dengan adik-adik kat belakang tu. Saya harap mereka ambil pengajaran baik yang 10 minit dan lupa pengajaran buruk yang 120 minit. Kalaulah saya ada super power menyuntik software perisai dalam minda mereka.

      Kalau saya yang buat video tu, ye, awak boleh salahkan saya. Tapi saya adalah orang yang menentang video sebegitu. Saya adalah orang yang cuba lindungi awak dari akses ke video itu. Nak salahkan saya juga? Terpulang.

      • Perkara Paling Mudah.. Remaja suka meniru watak.. Remaja adalah individu yang masih ada conflict dalam diri.. kita tak tahu apa yang mereka fikirkan bila melihat filem sebegini.. Mungkin serba sedikit babal didalam filem akan menjadi ikutan.. “Manusia lebih mudah ingat yang buruk dari yang baik”.. Contoh apabila memerlukan duit seperti dalam cerita ini “adakah menjual dadah adalah satu jalan”.. Perbuatan ini baik atau buruk??? Remaja mungkin boleh terpengaruh…

    • Hahaha yela kn..sy pun x tau n x kaji Sgt utube..takut habis data pun ye hahaha..kakhawa ni serba tahu nampaknya..so remaja2 x payah tgk filem tu lg..Baru baca review kakhawa pun dah dapat input..tentang cara2 hisap dadah cthnya..tutorial nya Kat utube saje.

  56. Saya setuju dengan pandangan kak hawa. Sebagai pendidik, anak2 didik memang suka tiru aksi yang negatif, ayat yang kurang sopan berbanding dengan yang positif. Budak2 yang belum matang, manalah nak beza sangat baik dan buruk berbanding kita yang dewasa ini boleh pikir “ok kita ambil yang positif,tinggalkan yang negatif”. Tapi kalau budak2? Yang negatif tu la menjadi ikutan.. bila ditanya belajar dari mana? Tengok di mana? Jawapan mereka tengok wayang, tengok dalam tv, internet. MasyaAllah.. hancur akhlak anak2 dek kerana niat murni seseorang (pembuat filem) kononnya nak sampaikan dakwah melalui filem, tapi sayang penyampaiannya terpesong dan boleh di anggap syok sendiri. Yang rugi disini adalah anak2 orang melayu. Apa yang kita lihat di dunia.. mata kita nanti akan menjadi saksi di akhirat kelak.. salam aidil adha untuk semua muslimin dan muslimat.

  57. What you don’t like it’s happening now, Mak Cik…

  58. Thanks kak hawa, i support sgt2x.. Tis is not about us being judgemental ke, otak sempit ke. Tapi if we want to curb social illnesses, it has to start from every possible angle. I mean people learn from visual mcm ni.. Im an educator, nampak sgt budak2 zaman skrg ni mudah sgt terpengaruh dengan benda2 bodoh and yes, terlalu banyak benda bodoh kat luar tu jadi kalau boleh elak, malaysia hentikan lah keluaran movie sampah ni

  59. petanda akhir zaman….. semoga allah menjaga kita semua.. amin…..

  60. Salam, saudari.
    Tahniah di atas komen saudari yg membuka mata saya mengenai filem ini. Terus terang saya sangkakan filem ini tentang kesunyian seorg OKU yg pekak. Tp bila tgk trailer saya ada rasa ragu2..Rupa-rupanya memang benar filem ini penuh dgn kebimbangan.
    Saya bersetuju dgn pandangan saudari bahawa perkara buruk tak perlu divisualkan, tak perlu ditayangkan dgn nyata. Cukup berkias. Itu lebih kreatif.
    Tak perlu berbangga2 dan menunjuk2 masalah sosial kita yg buruk lagi hodoh ke luar negara. Apa yg cuba kita buktikan? Cerita ini tidak layak diklasifikasikan P13, sepatutnya dinaikkan klasifikasi ke P18 atau apa2 yg setara. Anak2 remaja yg masih sekolah menengah seharusnya dihidangkan dgn cerita yg membuka minda mereka. Bukan disuapkan dgn kebobrokan begini.
    Jangan bicara soal mencari nilai2 murni atau makna tersirat kepada mereka kerana daya pemikiran mereka tidak sama dgn kita yg dah berumur 20an ke atas. Apalah yg mampu mereka gali apabila melihat adegan rogol? Hendaklah bersikap lembut dgn perempuan?
    Ini bukanlah mahu bersikap lebih baik berbanding sesiapa…Tetapi dlm Islam sendiri menegah kita berbangga dgn dosa2. Kita semua tahu relaliti masalah sosial skrg. Tugas kita adalah menegah hingga ke akar umbi, bukan hanya menanyang2 dan berbangga2.
    Apa pun, syabas di atas ulasan penulis aetikel ini..

    • Saya merujuk rating di cinema.com.my, nampaknya mereka silap, filem ini 18sg, tetapi selepas selesai panggung, filem ini akan ke youtube, torrent, dvd cetak rompak. Waktu itu tiada lagi kawalan. Ini meresahkan saya

    • Cik Ain,filem ni memang untuk 18 tahun ke atas…klasifikasi daripada LPF…dan kalau filem klasifikasi 18 memang budak2 kecik hatta baby sekali pun tak boleh dibenarkan masuk…jadi saya tak nampak bagaimana ada stroller,budak kecik & remaja dalam review ini…

      • Memanglah awak tak nampak, dah awak tak ada di tempat kejadian. Kenapa mereka ada di situ, itu saya tak tahu. Bukan saya yang jual tiket dan jaga pintu.

  61. Kenapa mesti libatkan nama Brunei didalam statement Miss Syarifah Amani? Kalau Orang sudah tak mau, tak apa lah, tidak perlu memaksa dan berkata-kata sebegitu, kami percaya Kerajaan Brunei melakukan semua itu demi kebaikan rakyatnya, biarlah rugi di dunia, jangan nanti rugi di akhirat pulak. harap tuan/puan memahami,

    Satu lagi,realiti kehidupan memang lah begitu,siapa dapat menjamin negara mana yang aman dan bebas dari dadah serta pengaruh negatif tapi semua itu terpulanglah kepada individu/negara masing-masing untuk melakukan pencegahan dan ini salah satu cara kami mengurangkan pegaruh negatif serta cara untuk melindungi anak-anak bakal pewaris serta pemimpin negara kami dari terdedah dengan perkara-perkara yang difikirkan tidak mendidik, tidak semestinya kami PERLU menonton filem ini untuk mendapat ‘pengajaran’, ada banyak cara lagi yang lebih bermanfaat untuk mendapat pengajaran, biarlah kami dilihat tidak tahu menilai seni, kami hanya perlu dinilai oleh yang Maha Esa. 🙂

    P.S harap maaf jika ada terkasar kata atau menguris hati pembaca, Terima Kasih Kak Hawa kerana memahami.salam mesra dri Brunei

  62. Here is another perspective worth considering since you harp on reactions made by the young audiences…

    Have it crossed your mind on why did the scenes became so relatable to them (as such they laughed at it while you had to rely on translations on screen)?

    It’s either they acknowledged that it is happening in their life or they have been seeing it happening around them.

    Perhaps it’s an education to you rather to those kids. It’s naive and shallow to assume the material shown will be the sole influencing factors and it’s even more naive to judge audience reactions based on your own blindsided views and underexposed experience.

    If you claimed yourself been working in the social work field hence making such remarks in your posting, then please put a disclaimer that it doesn’t represent the rest of social workers out there. It definitely doesn’t represent my view and I personally am embarrassed if such thing would come out from my fellow peers.

    • My writing is base from personal opinion. I do not represent any group. This is personal blog. I was worried rather then prejudist about them. The scene was made humoristic. If I could reach out to them after the movie… no if I could protect them from such influence. If I could … 😕

  63. Hawa….thank you so much for your critical and concerned comments on our new generations. May Allah and His Messenger bless you and forgive all of us. I was and still NGO social activist. May whatapps at 016 7133 400 ..Jue. i work with HIV/aids patients

  64. A ah sbb seronok lagi nak tengok movie cinta cintun pakai tudung bole pegang pegang tangan peluk peluk sipu sipu malu camtu. Ye tajuk dia Pekak, tak semestinya nya cerita pasal yg pekak. “pekak”. Mcm awak pekak seni. Mcm saya pekak lain pulak kan….

  65. Terima kasih kerana highlightkan isu ini. Ini membuktikan tindakan Brunei mempunyai asas yang sangat kukuh.

    Ada yang memuji filem ini dari kaca mata seni dan kritikan sosial. Tetapi apakah batasan di dalam menjadikan seni sebagai medium kritikan sosial? Apakah batasan seni di dalam menterjemahkan realiti? Pada soalan ini ada neraca yang perlu kita timbangkan secara waras.

    • Sama-sama. Ada beberapa babak yang berseni – dari mata saya yang jahil filem. Babak flashback Uda masa kecil contohnya. Tetapi babak-babak yang menunjukkan kebejatan akhlak memang terus terang je, tak ada berlapik-lapik. Kata mereka nak tunjuk realiti tapi saya fikir itu stereotaip filrm Melayu. Entahlah, dari segi akademik filem atau teknikal saya bukan orang yang layak bercakap. Artikel ini cuma tak lebih dari luahan rasa.

      Sebenarnya, masyarakat sudah lama gelisah dengan penunggang seni sebegini (meminjam kata penunggang agama). Saya selalu menunggu-nunggu filem Melayu yang bermutu. Sejujurnya saya fikir, team filem ini berbakat dan berpotensi cuma visual filem ini sangat melampai batas.

  66. Tahniah hawa diatas komentar membina..memang filem sebegini layak ditongsampahkan sahaja..merosakkan anak bangsa

  67. Tengok pun tak habis ada hati nak buat review. Marahkan remaja yang gelak tapi salahkan filem. Tak kisah la siapa awak bro, terlibat NGO ke, kenal orang ni orang tu ke. Ini lah masalah orang macam encik ni, bila orang kita buat drama meleleh, cintan cintun, datok datok, korang cakap tak relevan, korang bash di media social, korang cakap tak prihatin dan tak study keadaan masyarakat, tapi bila orang buat filem menyentuh isu masyarakat, kau hasut pulak orang untuk tidak menonton, kau viralkan. Kenapa tak bash and viralkan western movies yang berlambak tu, even transformers yang terang2 jual body megan fox nampak lurah semua tapi budak2 tengok. Tanggungjawab menjaga hak dan batas ini adalah pada ibu bapa, kalau dah terang-terang filem tu diklasifikasikan untuk adult kenapa awak nak bising? Ke awak lagi suka drama melayu yang sogok kan kahwin segera, pergi dinner kat hotel 5 star, sembang pasal projek juta2 sedangkan rakyat Malaysia ramai yang menderita dengan ekonomi dan ramai yang terjerumus dengan najis dadah. Kaji dulu sebelum bercakap, review awak ni buat ramai orang tidak menontonnya, kesian orang-orang kita yang penat lelah membikinnya. Kalau nak adil bash sekali filem2 luar. Sekian terima kasih.

    • Sebelum awak hakimi kecenderungan peribadi saya, seharusnya awak siasat sedikit latar belakang saya. Setidak-tidaknya tahu jantina saya. Dari blog ini dan page saya jika awak telusuri sedikit, tak perlu baca secara mendalam pon, awak dapat mengagak kecenderungan saya. Adakah saya menyokong hedonism? Adakah saya suka baca novel dan drama cinta? Buku kategori apa yang saya baca? Pemikiran seseorang penulis, sikapnya, personalitinya akan terpancar dari tulisannya.

      Oleh kerana awak gagal melakukan yang tersebut, saya fikir tiada gunanya berhujah dengan lelaki yang lebih emosi dari seorang perempuan. Walaupon saya seorang perempuan, saya lebih suka perbincangan yang rasional dalam emosi terkawal.

      • Well Cik Nurul hawa, kalau kajian tentang diri awak perlu saya buat, awak juga perlu buat kajian tentang isu masyarakat. Tak perlu mendokong hedonis untuk memahami film ini. Saya bukan sexist, saya respect kepada tanggungjawab awak untuk berdakwah. Tetapi seperti yang saya katakan, adalah tidak adil untuk awak menyebarkan saranan supaya jangan menonton filem ini, kerana semua orang ada perspective yang berbeza. Kita yang PEKAK atau uda yang PEKAK sekarang ini?.

      • Saya… tak berani dan tak rasa layak pon untuk mengguna perkataan dakwah. Saya memberi saranan. Kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Tak ada paksaan pun untuk menerima. Tak ada pulak orang kata Brunei tak adil kerana mengharamkan filem tu. Itu hak mereka. Sama juga saya.

        Soalan adakah saya menyokong hedonism adalah jawapan kepada soalan awak adakah saya suka drama-drama pop. Dan saya hargai masa yang awak guna untuk semak latar-belakang saya. Terima kasih.

    • Pelakon ni pun umpama LILIN..Sanggup korbankan diri utk “berdakwah”.utk pengajaran kpd penonton..sanggup tunjuk betis, paha, pangkal buah dada, disentuh,dipegang,dipeluk(pelakon perempuan)Biar mereka tanggung dosa yg penting niat mereka utk mendidik…Bukan itu satu pengorbanan umpama lilin,bakar diri utk menerangi kwsn sekitar..HEBAT DAKWAH PELAKON NI..ADAKAH USTAZ2,USTAZAH2 SANGGUP BUAT BEGITU UTK DAKWAH..TAK SANGGUPKAN…JADI PELAKON MCM SHARIFAH AMAMI LAGI HEBAT DAKWAH……..(harap faham apa saya nak sampaikan..terimakasih nurulhawa)

      • Itu pon dari satu sudut. Jika statement Amani ini diterima, dan filem ini kita terima. Makin gediklah semua orang nak gelar diri pendakwah padahal dia jauh dari jalan dakwah.

        Setakat ini tak ada lagi saya jumpa orang komen tentang statement Amani ni, suruh dia tarik balik statement dia ke. Jadi mainan mereka je dakwah2 ni.

      • Kalau saya lah kan saya tak kan suruh dia tarik balik kenyataan dia..kita ni yang perlu fahamkan dulu ajaran Islam & sunnah Nabi Muhammad S.A.W.baginda sentiasa menyeru kita supaya sentiasa bersangka baik ke atas semua orang hatta dia pencuri atau pelacur sekalipun bahkan pernah mencela sahabat yang bersangka buruk terhadap seorang pencuri/pelacur..sebab nya kita tak tahu pada masa hadapan seseorang itu akan jadi Muslim yang lebih baik daripada kita…

        Ban Ustaz/Ustazah pulak,dengan kejadian yang baru2 ini berlaku terhadap anak teman baik saya sendiri berumur 10 tahun di maahad tahfiz membuatkan saya agak skeptikal dengan apa yang kita ada sekarang dalam bidang keagamaan…patut lah Nabi S.A.W menyebut tugas dakwah adalah tugas semua orang bukan hanya kepada yang memegang title ustaz/ustazah sahaja sebab akhir zaman ini ramai antara mereka juga hanya lah pura2 baik…

      • Kata dakwah tu khusus digunakan untuk memujuk manusia kembali kepada ajaran islam. Bila Amani kata dia berdakwah melalui filem ini, seolah-olah aksi-aksi dalam lakonan dia dalam filem ni selari dengan Islam. Keliru lagi mengelirukan.

        Bab bersangka baik tu pada yang belum berlaku. Saya bersangka baik dan berdoa semoga Amani dapat hidayah. Tak mustahil. Saya tak judge peribadi Amani. Saya bincang statement dia dan caranya berdakwah.

        Tapi kalau dah gaya lakonan macam dalam filem tu pun kita masih nak iktiraf dakwah dia. Hmmm… caca marbalah agama ni jadinya.

        Dakwah memang tanggungjawab semua manusia. Amani pon boleh berdakwah, tapi bukan dengan lakonan dalam filem ini

  68. Question and opinion:

    1. Kenapa 90% of your post sama dengan this article? With no credits whatsoever? Who is copying who?

    http://kisahviral.com/selepas-tonton-filem-pekak-netizen-nasihatkan-ibubapa-jangan-izinkan-anak-anak-anda-tonton-filem-rosak-akhlak-ini

    2. If this is your opinion, I think there’s a need to indicate that this movie has achieved its goals in making people talk about movies and its morals in a more critical manner. The movement is good, rather than talking about nonsense in the current movie scenes in Malaysia this is a rather progressive move and in the right direction.

    If budak budak is prone to be easily influenced by this sort of movies, don’t you think there should be a more emphasis on teaching the budak budak to be more critical about such things? I have not seen the movie, but this is issue is not new.

    Just my two cents.

    Thank you

  69. Well frankly speaking seeing the trailer, we can know it is good or not drama. It has been ages that mostly Malay film is kinda not impressive to me. Good jobs to you for writing a little bit review of the film

  70. Pingback: 11 sebab mengapa filem Pekak perlu disekat – akuwebhost002

  71. kenapa brunei tolak

  72. Hi, Nurulhawa. I haven’t watched the movie yet but after reading your post, I don’t think I would ever want to watch it. I don’t see why these social problems should be highlighted in a movie in the first place (not in a graphic way, at the very least), it is as if we don’t see enough of those in the news.. Like, we all get it. Some youngsters are problematic, and they desperately need help. If those people refer to a movie that will only give negative influences to the youth as so-called art, then I don’t even want to understand art, lol. The youth desperately needs guidance, not another one negative influence. But of course, when you’re a filmmaker or an actress/actor, you’d want your movie to make tons of profit, no matter what.

    • Exacly. We listen to this kind of issues every single day. Yet, they acused us (who do not agree with how the film being visualized) not accepting reality. If I could give a suggestion to them, make a film that discuss solution of the “reality”.

      Is this film comes with new ideas? No. The story is chilce. You do bad. You get karma. Nothing fresh. Full of Malay’s drama/film stereotaip. Wild party, drugs, alcohol, sex.

  73. filem rosak akhlak

  74. Yang kritik filem Pekak tu dah tengok ke? Pengajarannya ialah dadah membinasakan semua yang terlibat. Sebab itu perlu visual impact. Itupun tu tak sejijik yang diwarwarkan di sini.

    Ada kisah ada tauladan. Janganlah pandang rendah pada manusia umur 18 tahun ke atas untuk memilih buruk dan baik. Kau sahaja ke ada iman?

    Kalau didikan tak kuat, bagaimana nak hadapi realiti? Diluar sana realiti lebih teruk. Nak hadapi atau nak buat tak tak peduli? Usia 18 tahun dah boleh belajar luar negara yang ada pelbagai lagi kejutan budaya. Di sini di kampung, di felda, di bandar pun dah banyak maksiat.

    Memang tepat tajuk filem itu. Memang sasarannya ialah golongan yang terkejut ini.

    • Saya bukan terkejut dengan realiti yang dipaparkan. Realiti lebih sadis pon biasa kami sukarelawan jumpa. Saya terkejut dengan penyampaianya, visual content yabg explicit.

      Realiti dan faktanya. Selepas filem ini habis tayangan di panggung, akan segera boleh didapati di youtube, torrent, dvd cetak rompak dan mungkin juga astro. Rated 18pg tidak berguna lagi.

      Saya sedikit lega, ramai ibu bapa memberi respond yang sekarang aware apa isi filem ini. Sekurang2nya boleh pantau anak tonton atau tidak. Pon, akan ada anak2 yang mencuri tengok.

  75. Movie ini menyampaikan salah satu perspektif yang patut diambil kira. Sadly to say that, yes all those scenes are reality. Mungkin cara penyampaian agak melampau, tp itu semua adalah realiti. Bg sy movie ini bukan utk menyelesaikan/mengeruhkan masalah yg sedia ada cuma penerimaannya bergantung kepada mentaliti masing2. Siapa yg tak sanggup terima, tak sanggup buat salah/dosa seperti adegan dalam filem ni, yes boleh pilih utk tidak ke arah itu (alhamdulillah). Siapa yg pernah/terpengaruh dgn filem ini juga, seharusnya patut berfikir adalah sebab filem ini mereka berani jd seperti itu atau realitinya, walau tiada filem ini pun, mereka juga berani? Sy dah pernah jumpa, malah mendalami kehidupan org2 yg anda rasa terlampau negatif ini, dan berani sy katakan jalan yg mereka pilih itu adalah dari pilihan sendiri. Dan… Apa hak kita utk menghakimi sebuah jalan cerita? Atau menghakimi watak di dalam jalan cerita ini? Sy cadangkan anda tambah pengetahuan/explore lagi dunia watak2 yg ada dlm filem ini sebelum mengatakan filem ini sepenuhnya teruk. Some people take lightly the power or observing. But do not forget the differences between observing and judging.

  76. Assalamualaikum saudari nurulhawa .. Setelah baca entry ditulis oleh saudari , saya rasa bangga ada orang berfikiran seperti saudari .Saya baca hampir semua komen di sini sepertinya ada pendapat masing-masing namun bagi saya saudari membalas pendapat mereka dengan baik . Saya juga berfikiran seperti saudari dari segi impak yang mampu dihasilkan sebuah filem terhadap sifat seseorang .Positifnya saya melihat mungkin pengarah filem PEKAK ini cuba menyampaikan mesej melalui realiti anak Melayu kita sekarang ini , namun impak dari filem sebeginilah sebenarnya yang mampu menjadikan remaja-remaja kita lebih terpengaruh malah mungkin aksi di dalam filem ini akan mereka tiru dalam kehidupan mereka. Saya masih respect certain filmmaker yang mampu menyampaikan mesej dengan cara yang lebih terkesan dan lebih baik adegannya .Mungkin cara penyampaian filem PEKAK ini kurang tepat. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam menghasilkan filem, saya hanyalah seorang anak Melayu yang mencuba nasib membantu apa yang termampu . Good post Saudari Nurulhawa .. 🙂

    • Saya pon tak ada ilmu perfileman, justeru artikel ini bukan kritik akademik. Ini cuma luahan rasa, kerisauan. Saya fikir, masyarakat dah lama resah dengan input negative dari filem dan drama yang bermutu.

      Terima kasih atas sokongan yang diberikan

  77. Faktanya, kamu tidak menonton sampai habis. Malahan apa yang kamu tonton pun kamu tak faham. Kita dididik untuk mengetahui hujung pangkal sesuatu perkara. Apa pula kamu hanya menonton pangkal tanpa hujungnya?
    Ya, tidak adil. Memang tidak adil.

    Hujah yang lemah untuk mempersoalkan apa 16 minit kesudahan boleh beri terhadap 120 minit awal yang pada awak sudah membuat kerosakan?

    Tebalnya prasangka kamu.

    Boleh sahaja dipersoalkan kembali apalah pengaruh filem lebih kurang hampir 2 jam terhadap didikan ibubapa dan masyarakat selama 18 tahun? Apakah orang lain tiada iman?

    Ya, filem ini untuk 18 tahun. Benar kerana visual impactnya.

    Saya curigai pawagam mana yang kamu pergi yang manusia bawah umur dibenarkan tonton. Sila beri nama pawagam, tempat dan masa. Barulah adil bukan? Ingat, awak mengkritik. Kamu juga boleh dikritik. Kemungkinan juga awak bohong tentang kewujudan penonton bawah umur. Kamu sahaja boleh cerahkan. Sebelum ini pun viral insiden palsu guna ayat-ayat Quran tenangkan anak di atas kapal terbang.

    Yang kritik filem Pekak tu dah tengok ke? Pengajarannya ialah dadah membinasakan semua yang terlibat. Sebab itu perlu visual impact. Itupun tu tak sejijik yang diwarwarkan oleh kamu.

    Ada kisah ada tauladan. Janganlah pandang rendah pada manusia umur 18 tahun ke atas untuk memilih buruk dan baik. Kau sahaja ke ada iman?

    Kalau didikan tak kuat, bagaimana nak hadapi realiti? Diluar sana realiti lebih teruk. Nak hadapi atau nak buat tak tak peduli? Usia 18 tahun dah boleh belajar luar negara yang ada pelbagai lagi kejutan budaya. Di sini di kampung, di felda, di bandar pun dah banyak maksiat.

    Memang tepat tajuk filem itu. Memang sasarannya ialah golongan yang terkejut ini. Tapi tak sangka la sampai boleh mengigil kemarahan. Ini baru fiksyen. Oh, awak terlibat NGO. Saya peguam, Saya baca fakta2 kes, jumpa penjenayah juvana dan ibu bapa mereka. Tak boleh dipadam dari ingatan sepertimana fiksyen.

    Pemahaman filem pun salah. Watak utama ialah Uda dan Dara dan bukannya Kamil. Manusia2 tidak sempurna. Memang negatif. Itulah niat pembikin. Mengangkat sudut kehidupan anti hero. Melihat manusia disebalik pengedar dadah, bohsia dan anak-anak liar.

    Tiada hitam putih. Jahat fullstop dan baik fullstop. Manusia juga, Berada di suatu situasi. Ada azam untuk sesuatu dengan cara yang mereka tahu.

    Mengapa minda tersangkut pada babak-babak negatif? Tiada mesej seperti kamu fikirkan. Kenakalan mencuri, menipu ibubapa, menunggang agama, Itu latarbelakang watak. Supaya faham siapa mereka dan kemana mereka nak pergi. Mesej utama di kesudahan filem. Oh awak tidak tonton.

    Niat Uda untuk mengubat diri tetapi cara yang salah. Dara mahu Uda tinggalkan kerja jual dadah. Uda terperangkap dengan ugutan tokan yang membelanya dari kecil. Faham setakat ini? Bukan mudah hidup miskin bandar sebagai OKU di flat sempit dan kotor. Tidak dipedulikan masyarakat. Sebab itu sebahagian masyarakat terkejut dipaparkan filem sebegini.

    Ada watak sikaya Kamil tetapi alpa. Mahukan dara milik Dara.

    Saya baca komen2 balas awak. Masih pasal visual impact. Bila dijawab untuk 18 tahun, dibidas boleh juga diperolehi dengan cara lain. Ya benar tapi itu sudah topik lain. Bahan lucah pun sudah lepas. Itukan sahaja modal kamu membenci filem ini?

    Brunei mengharamkan filem ini kerana mereka tiada klasifikasi 18 tahun ke atas. Tidak dapat ditayang. Tidak mahu dipotong. Itulah hasilnya. Itulah pentingnya fakta.

    Terima kasih kerana mencetuskan perkara yang viral. Awak contoh golongan sasaran. Malahan berani memberi pendapat walaupun tidak tonton penuh. Sungguh tidak malu memaklumkan fakta itu. Malah dihujah dengan prasangka dan bukan fakta.

    Sebenarnya epilogue itulah yang paling penting. Bagaimana dadah membinasakan semua yang terlibat. Tiada langsung timbul isu demo hisap dadah. Tak betul pun apa yang ditunjuk. Lebih telus lagi iklan kerajaan 80an dengan dadah dibakar dalam sudu menggunakan lilin dan disuntik. Iklan kerajaan. Masih ingat? mungkin saya terlalu tua.

    Filem ini berjaya membuat penonton berfikir. Adakan kita prihatin atau ‘pekak’kan telinga terhadap isu-isu ini.

  78. seperti apa yang saya baca di bahagian “tentang” saudari , ada betulnya

    “setiap orang memandang ke arah yang sama, tapi melihat imej berbeza”

    sama juga seperti mana saya melihat filem pekak tersebut . bagi saya , mungkin kerana saudari tengok tak habis cerita tu jadi pelbagai persoalan negatif yang timbul . bagi saya , remaja yang hidup di bandar yang sosial terasa sangat berkesan tentang filem ini . dan setiap perkara ada baik dan buruk . apa yang saya nampak hanya baik baik sahaja biasalah lain orang lain pendapat lain perspektif

    apa yang saya nampak melalui filem pekak apabila menontonnya sehingga tamat ialah :

    – jangan libatkan diri dengan benda yang tidak elok kerana segalanya memakan diri sendiri
    – tak kiralah anda jadi pusher jual dadah tapi tak isap dadah anda tak akan boleh lari mana lepas tu
    – sekiranya anda terdesak akan duit seperti uda yang terdesak utk membuat pembedahan telinga lalu menjual dadah disini saya ingin simpulkan bahawa carilah pekerjaan yang halal kerana itu pada akhir cerita uda mengambil kesempatan untuk pekak semula

    dan banyak lagi , lain orang lain perspektif kan . rilek .

    • Restless bila fikir hal remaja sekarang. Saya tak ada masalah dengan isu dan motif filem ini. Saya tak setuju dengan explicit content filem ini. Budak2 tu ingat yang baik tak lama. Yang buruk juga yang diikut. 120 minit ajar buruk 10 minit ajar baik. Syaitan keliling.

  79. Salam, saudari.

    Saya kira, saudari terlepas beberapa perkara yang yang diceritakan Pekak dari awal.

    1) ini kisah ‘rintihan hati’ Dara dan Uda. Ia diceritakan secara subtle. Perkara2 obvious dan daring dalam scene yg disebutkan perlu ditonton dengan kefahaman hala arah cerita ini. Tapi, ya, tak semestinya semua penonton berjaya faham.

    2) Filem bukanlah drama radio atau tv. Jauh sekali novel. Kita tidak bersyarah pada dialo bahkan melazimi saranan show dont tell. Melur perlu manipulasi Dara untul mencuri bagi membina watak Melur manipulasi Dara untuk diperkosa.

    Kita boleh saja tuliskan dialog2 “Melur, kau ni suka manpulasi aku lah…”. Namun, ia tidak mampu menyampaikan sedekat realiti teenage wasteland di Flat.

    Ya! Dialog “On…dah on” tu mmg merengsakan telinga, sesakit itulah realiti.

    3) Dara dan Uda kesunyian dari sentuhan ibu dan ayah. Dengar. Dengar. Dengar. Dan, kita faham, Dara tidak dapat rasainya, kerana mereka tersepit dlm crack sosio-ekonomi skrg ini.

    Di KL, sgt ramai org miskin bandar yg hampir2 langsung tiada masa beri perhatian kpd keluarga. Uda dan Dara adalah byproduct kepada keadaan semasa.

    4) Dadah musuh kita. Ya! Dan ketakutan kira terhadap dadah perlu dibina atas kesedaran lewat pengalaman. Untuk dpt pengalaman, tak semestinya mencuba dadah. Cukup menjenguk ke dalam filem drug, sex n violence.

    Kalau tak mahu PEKAK, cari filem lain dalam liganya.

    5) PEKAK bukan filem terbaik untuk sex, drugs n violence. Bukan juga filem terbaik ttg konflik sosial. Namun, hala arah filem ini menjurus memanggil masyarakat mendengar rintih hati kelompok subjek utama mereka.

    Siapa yg dipanggil?

    Guru2 Disiplin di sekolah. Kaunselor, pendakwah, aktivis NGO, ibu ayah miskin bandar, ustaz2 selebriti.

    Pekak tidak memanggil remaja2 yg bejat sosial. Pekak bercakap bg pihak mereka dengan bahasa mereka.

    ++++++++++++++++
    Untuk pengalaman tontonan lebih kritis, saya jemput kita tonton sekali lagi. Ayuh, tiket Pekak saya sediakan untuk saudari. Saya bawa tonton dengan Isteri saya

    Sekian. Terima kasih.
    Thaaqhib Mohammed
    0183163846

    • Terima kasih atas pandangan saudara dan tawaran tu. Orang2 yang saudara sebutkan tidak ramai yang menonton wayang. Bukan nak puji diri, tapi kalau bukan kerana artikel ni viral, kebanyakan mereka langsung tak ambil endah filem apa ditayang dipanggung. Yang datang tu lah, remaja itu itu lah. Dalam promosi ada tak disebut apa tujuan filem ini dan siapa sasaran penonton? Apa concern pengarah dan sebagainya. Didiklah orang awam menonton.

      Saya sebenarnya lebih suka kalau perbincangan keperingkat seterusnya, apa tindakan kita.

      Terima kasih sekali lagi atas jemputan tersebut. Saya tinggal di jb. Dan buat masa ni sangat sibuk dengan kerja hakiki dan volunteering

      • Untuk makluman, bagi seminggu pertama tayangan, PEKAK hanya menerima tidak lebih dari 13 ribu tontonan. Jika dikirakan, secara rambang sekitar 200 orang per hari di setiap negeri.

        Dari jumlah 200 orang per hari itu, ia jauh ketinggalan dari filem yang jadi tontonan kegilaan “remaja2” bermasalah seperti yang dimaksudkan.

        Pekak boleh dikatakan berat berbanding KL Gangster, Bohsia dan siri2 Rempit.

        Dengan komposisi isi yg berbeza, pasti anda ingin cuba faham kepada siapa Pekak dihasilkan.

        Saya cuba membayangkan bahawa kenapa perlu risaukan “remaja” bermasalah, menonton PEKAK sedangkan kiraan box office tidakbpun menunjukkan mereka sbg penonton utama.

        Bahkan, molek jika kelompok2 yg saya katakan di atas hadhor tonton utk dekati dan dengari apa yg dijeritkan golongan remaaja itu.

        Tahniah atas usaha dan kesukarelawanan anda dlm projek2 sosial. Mohon hargai usaha setiap kelompok masyarakat yg lain.

        Filem adalah saluran advokasi juga. Kita bebas mengkritik, namun, halakan dgn baik. Bahkan, sebagai kelompok pembikin kisah visual, kita impikan masyarakat yg berdaya saing cuba mencapai makna dalam tiap naskhah yg dihasilkan.

        Tahniah. Dan, usahlah berputus asa kepada setiap orang yg berfikur dan tindak dalam apa jua cara menyelamatkan masyarakat.

  80. Where’s my comment? I saw comments posted later than mine got approved. Did I just exposed your fraud? There was no underage audience.

    • Encik, sesetengah komen memerlukan saya berfikir lebih lama dari yang lain sebelum memberi respon balas. Jika saya approve terlebih dulu sebelum respond, saya akan lost track dari komen encik kerana ada banyak komen di sini. Bersabarlah dan buangkan buruk sangka tu. Saya approve semua komen insyaAllah kecuali yang berbahasa kasar walaupon komen itu membela saya. Harap bersabar dan selamat hari raya

  81. My father in law and my husband org production. Sebelum penulis buat kenyataan mcm ni penulis kena tahu what is film and what is mesej tersirat yg pengarah dan penulis skrip cuba sampai kan. Dah terang terang pekerja jual tiket tu pun dh ckp filem pekak ni utk 18 thn ke atas saja. Org kita yg kdg kdg suka buat pekak badak tk faham lps tu nk slh kan pkrja pggung wayang. Saya rasa akak penulis ni low class minded. Akak ni tk bergaul dgn kelompok yg bersosial. Sbb tuu semua benda yg dlm filem pekak ni akak ckp rendah nilai moral. Cuba akak tgk dr sudut positif. Org melayu ni kdg kdg bila kita berkias bkn nya faham pun. Filem pekak ni show the reality life rakyat malaysia. Lps tu kalau cerita cinta fantasi cerita dongeng laki kaya kawin dgn pempuan miskin tu bagus sgt la. Gula gula kan rakyat malaysia mcm tuu. And for your information akak penulis. Saya sebagai student arts kami akan kaji dulu skrip smada bersesuaian atau tak. Dan barisan pelakon dlm filem pekak ni pula bkn calang calang org. Sebelum pelakon pelakon ni akan kaji dulu skrip ini baru diorang akan terima tawaran berlakon. Akak kalau akak tk belajar apa itu filem apa itu arts akak jgn suka suka ckp cerita tuu rendah nilai moral. Disebabkan rkyat malaysia ni terlalu suka berangan dan suka ambil mudah dgn bnda bnda yg akak ckp negatif ni. Kaum melayu ni tak maju. Hidup mcm katak dibawah tempurung. Akak kena tahu yg masalah sosial yg filem pekak cuba sampaikan tu dah semakin teruk di malaysia ni. Dan tk ada sapa pun yg cuba nk selesaikan masalah msalah tersebut. Jgn salahkan filem tp salah kan kepada akal yg tk reti nak berfikir kak. Akak sendiri tgk cerita tu tk habis saya rasa akak tk layak pun nak buat review pasal filem pekak. Pekak yg cuba nak sampaikan dlm filem pekak tuu adalah sikap rakyat malaysia yg suka buat pekak dan pandang enteng dgn mslh mslh sosial tersebut.

  82. I beg to differ. Art is the reflection of society. Not acknowledging this movie is an act of being ‘Pekak’ too don’t you think?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s