Dari atas, aku selalu merenung ke Selat Tebrau. Selat Tebrau selalu berubah-ubah. Langitnya dan perairannya. Kadang-kadang senyum, kadang-kadang marah, kadang-kadang gagah, kadang-kadang menangis, kadang-kadang bingung, kadang-kadang misteri, kadang-kadang sunyi. Namun, banyak masa ia tenang-tenang saja.
Banyak orang membaca buku yang sama, tapi mendapat cerita berbeza.
Banyak orang mendengar lagu yang sama, tapi merasa emosi berbeza.
Banyak orang pergi ke tempat yang sama, tapi melalui pengalaman berbeza.
Banyak orang memandang ke arah yang sama, tapi melihat imej berbeza.
Banyak orang, semua tidak sama.
Kerana Tuhan jadikan hati dan fikiran manusia, bukan dengan pencetak.
Bersatu bukan maksud bersetuju dalam segala perkara, tapi bersetuju untuk berbeza.
dear, so deep meaning .. 🙂
🙂 …
agree
^__^
so true.
Setuju..
Indah!