Rindu Bau Pohon Tin


↑ Jika anda suka, berikan saya bintang-bintang 😉
—————————————————

Diterbitkan kali pertama di limatahun.blogspot.com pada 5 Julai 2009

Rindu bau pohon tin, bukan ditulis asalnya untuk buku. Ia adalah koleksi entry2 di saifulislam.com yang berkaitan dengan kembara Ust Hasrizal semasa menuntut di Universiti Mu’tah Jordan. Koleksi entry2 blog yang dibukukan dipangggil orang sekarang blook; blog + book?

Oleh kerana ia adalah susunan entry2 blog, maka ceritanya bukan mengikut alur masa tetapi mengikut subjek, isu dan peristiwa. Walaubagaimana pun, susunannya kemas. Dari kisah mula2 samapainya Ust Hasrizal ke bumi Jordan/Israk/Syam. Aku tak puas sebenarnya, mesti banyak lagi kisah2 bumi Syam yang menarik dan boleh dikongsi. Pada bahagian ke-2 buku, kembara beliau ke Qatar yang diakhiri dengan ayat – Perjalanan ke tanah arab kali ini, menyembuhkan rinduku pada bau pohon tin.

Cemburunya.. Ust Hasrizal dari remaja sudah pandai menghayati ilmu dan perjuangan. 18 tahun sudah pandai menjejak ilmuan, mencari alim ulama. Aduhh.. malu pula aku, umur 18 apa ya yang aku dapat ingati? errr… waktu itu zaman kegemerlapan Siti Nurhaliza, orang selalu buat2 tersalah sebut nama aku. Duduk dirumah saja menunggu keptusan SPM. Berkeras nak bekerja tapi abah tak izin. Kemudian mula pengajian di UTM. Hidup ku hampir garis lurus.

Berada di lokasi perang Mu’tah, diapit oleh makam2 para shudada terutamanya 3 panglima yang shahid; Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Dan tidak sampai 100km dari Masjidil Aqsa. Memang patut sesiapa yang berada disana punya semangat juang yang penuh. Beliau sempat merasai zaman transformasi Jordan; sebelum dan selepas ‘Perjanjian Damai’ antara Jordan dan Israel. Diceritakan dalam bab Mimbar Jumaat Yang dikhianati. Sedikit tentang Palestine dalam Agar Kaumku beringat2.

Aku teruja sekali dengan susasana kelas diuniversiti seperti yang di ceritakan. Pensyarah selalu mencabar pelajar. Memanglah seramm.. tapi seronok pula bila dipaksa berfikir dan mengeluarkan fikiran sendiri. Aku pernah juga merasai suasana kelas macam tu, kelas Ust Hasanudin (syariah) dan Kelas ayah mayti. Pendek kata macam2 kisahlah, yang lucu, yang kecewa, yg bersemangat ada belaka.

Diingatkan, buku ini ialah himpunan enrty blog, jadi babnya pendek2. Malah terlalu pendek – sampai aku rasa tak puas membaca. Buku ini, lebih mendatangkan banyak soalan berbanding menjawab persoalan.

Aku baca buku ini 2 kali. Kali pertama, baca secara teratur dari kulit kulit, kali ke dua, baca tebuk2.

—————————————————————-
↓ Jika bermanfaat kongsikan. Jika suka Like 😉