Sebelum ini, saya memang menghadapi masalah untuk ke lapangan terbang Senai. Tambang teksi dari rumah saya kira-kira RM35, kadang-kala harga tiket penerbangan ke Kuala Lumpur lebih murah lagi. Saya rasa tidak berbaloi.
Akhir tahun lepas, barulah saya tahu ada perkhidmatan bas percuma dari JB Sentral ke Senai bagi penumpang AirAsia. Bagi penumpang penerbangan lain, tambang bas yang sama berharga RM8. Kekerapan bas adalah sekali setiap jam. Bas melalui lebuhraya dan tidak berhenti di mana-mana perhentian dalam perjalanan. Perjalanan JB Sentral <=> Senai mengambil masa kira-kira empat puluh minit.
Klik untuk maklumat rasmi dari halaman web CausewayLink
Gambar-gambar di bawah adalah kaunter tiket dan bas di JB Sentral. Jika anda masuk JB Sentral dari pintu Jalan Tun Abdul Razak (berhadapan City Square) keluar di pintu bersebelahan Starbucks, jalan terus melepasi jambatan dan turun eskalator. Kaunter tiket betul-betul di hadapan eskalator. Tiket bas boleh juga di cetak dari halaman web Causeway Link. Tunggu bas di platform satu atau dua.
Kaunter tiket bas di lapangan terbang Senai terletak berhadapan kedai sukan al-Ikhsan
Klik sini untuk lihat Jadual bas
Oleh kerana saya bekerja di JB City Square, perkhidmatan ini sangat sangat memudahkan saya 😉
Selain bas ini, ada juga bas dari Terminal Bas Larkin. Bas tersebut melalui jalan biasa dan mengambil dan menurun pemumpang di sepanjang perjalanan, jadi agak susah menjangka masa perjalanan.
macam mana nak dapatkan tiket shuttle bus for free Senai airport-JB Sentral? dkt kaunter/online?
kaunter di senai airport / jb sentral
Salam hai nak tanya.ada lagi ke bas ni secara percuma untuk Air Asia?
Bas ada tapi tak percuma dah. Tambang rm8 sehala